Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Menangguk di air yang keruh
“You dah putus?”
“Dah! Kenapa?”
“Kalau betul dah... I nak hantar Cik Teh ke rumah keluarga you!”
“Sungguh ke, you? Betul ke you nak suruh mak you datang jumpa mak I? Alahai, you buat I rasa malulah!”
“Apa pula tak betulnya! I nak suruh Cik Teh ke rumah keluarga you; hantar tender katering untuk majlis perkahwinan you esok-esok nanti!”
“Ha ha! You ni kejilah, Ge!”
32 Comments:
Sah....memang keji.
ps: Kepada para wanita,jangan mudah menaruh harapan. Jangan menggunung-gunung harapan hahaha.
Mac 01, 2008 4:46 PTG
Lain kali menangguklah di air yang jernih...
Hehehe!
Mac 01, 2008 5:31 PTG
menangguk di air yang keruh mencabar sikit berbanding dengan menangguk di air yang jernih kan? :p
Mac 01, 2008 6:41 PTG
Edisi Bahasa Melayu Tinggi:
"Awak sudah buat keputusan?"
"Sudah! Kenapa?"
"Kalau sudah buat keputusan, Saya akan menghantar Cik Teh ke rumah keluarga awak!"
"Awak ini bersungguh-sungguhkah? Betulkah awak mahu meminta emak awak datang berjumpa dengan emak saya? Oh, alahai, saya berasa malu dengan tindakan awak!"
"Apa pula yang tidak betulnya! Saya hendak meminta Cik Teh datang ke rumah awak; hantar tender katering untuk majlis perkahwinan awak pada masa akan datang nanti!"
"Ha! Ha! Awak ini kejilah, Naga!"
Ha! Ha! Saya pun tidak tahu kenapa, tetapi saya rasa saya telah gagal membahasa tinggikan karangan Pak Sinaganaga.
Mac 02, 2008 12:49 PG
Cik Teh buat katering eh? Dapat diskaun tak kalau tempah 2 tahun awal? Hik hik hik.
Mac 02, 2008 10:41 PG
selamat menyonteng!
Mac 02, 2008 3:38 PTG
parti PUNDAK xde buat makan2?
kalau PUNDAK memerintah bolehla cik teh masuk list kroni..
yer dok?
Mac 02, 2008 5:05 PTG
cik teh jangan kechiwa ya!
Mac 02, 2008 5:17 PTG
err..
apa menu??
lapar..
Mac 02, 2008 8:29 PTG
Boleh tak nak jumpa Che Teh? Bukan apa. Nak kenal-kenal je.. Sumpah!
Mac 02, 2008 9:59 PTG
k.Amyz,
nak ikuttttt... ekekkekeeee
Mac 03, 2008 1:44 PG
YB Ge,
Takkanlah tender katering jer...balik-balik tender katering, balik-balik tender potong rumput cuci longkang, balik-balik tender mencuci dewan, bagilah tender yang mencabar sikit - pemasangan lampu lebuhraya misalnya. HAHA
Mac 03, 2008 8:43 PG
Water,
Ya, membukit-bukit harapan saja sudahlah.
Purp,
Menangguk di air jernih memerlukan intergriti yang tinggi la weh. Ha ha.
Sas,
Menangguk di air jernih lebih mencabar. Ha ha.
Amiene,
HA HA. Tolong jadi editor aku, boleh?
Ying,
2 tahun lagi? Kahwin sekaranglah weh! Ha ha.
Jai,
Menyonteng? Menyunting? ??? Ha ha.
Lalok,
Kroni? Nope! Cik Teh cuma nak jadi emak calon PUNDAK sajalah!
NOTE: Sambal petai + udang buang kulit Cik Teh - superb, tahap dewa! Kalau kau makan - kau akan memerlukan air yang banyak (untuk siram bilik air). Ha ha.
Atiqah,
Pesan Cik Teh, kalau untuk kenduri kahwin - jangan masak ala-ala kampung ada ulam segala ... sebab nasi akan selalu tak cukup.
Neezie,
Masak lemak pisang! Cik Teh punya santan kelapa - 2 2 biji juga wo!
Amyz,
Tak caya aku kalau setakat nak kenal2 ni! He he.
Ying,
Ha ha ha ha ha. Berebut le nanti ni. HA HA.
Dug,
Untuk kau - tender rel kereta api (utk projek shinkazen yang pertama di Malaya).
Aku cuti hari ni, ada meeting kat Setapaklah. So, kamu orang borak-boraklah dulu ya!
Mac 03, 2008 9:28 PG
Datang Setapak jangan lupa bawak borang tender katering sekali. Ok. Aku tunggu. Nanti aku bawak makan nasi ayam manchongkam. Heh!
Mac 03, 2008 11:31 PG
Aku nak tender band pengantin.
Mac 03, 2008 2:36 PTG
Jadi editor untuk Pak Naga yang merupakan salah satu daripada hero utama dunia blogger? O.o"
Itu satu penghormatan tertinggi pernah diterima.
Saya sedang bermimpikah?
Mac 03, 2008 2:52 PTG
Ge,
Farah suka cerita babi kat hiway. Feat suka pakcik pengacara.
Mac 03, 2008 4:36 PTG
Azzam,
Terima kasih kerana belanja makan nasi ayam manchongkam tu tadi. Sampai rumah terus ngantuk. Ha ha.
Mau,
Kau tender pengantinlah. Lagi best! Ha ha.
Amien,
Tolongkan teks aku. 'Dari', 'daripada' pun tak pas2 lagi ni. Hak hak hak.
Teh,
Untung le pakcik pengacara tuuu... Ha ha.
Pssst! Teh! Lain kali bawak Farah dan Feat lagi ek! Tolong bancuh teh, boleh?
Spyz,
Jangan lupa pergi beli cerek elektrik satu!!!!
Daun, Nida, Amyz,
Cerek besar mana nak beli?
Mac 03, 2008 6:40 PTG
aku baru tulis cerpen yg ada lah konon2nya kena mengena dengan pilihan raya dkt kawat.
mula2 aku mau tulis pasal misi yg cun masa masuk spital hari tu. tapi sebab aku tulis ni kat rumah, tak jadilah pulak. hak hak hak.
cerpen ko ni tak ada unsur personafikasi. terutama pada watak "you" tu. tak seperti kalau ko bercerita pasal minah jepun.
Mac 03, 2008 11:00 PTG
Ha! Ha! Ha! Katakan ini mimpi!
Oh, tadi pun Ramlee Awang Murshid yang merupakan hero dunia thriller datang ke blog saya.
Wah! Apakah sekarang musim saya bertemu hero-hero dalam dunia penulisan?
Ini pasti mimpi?
KOMA.
Mac 04, 2008 12:51 PG
Nazmi,
Saja aku tak mahu mendedahkan identiti awek tu. :)
Amien,
Senang-senang - jom minum teh tarek bersama-sama.
Mac 04, 2008 8:41 PG
Terima kasih. :)
... dan saya tahu Pak Naga pernah minum teh tarik bersama Faisal Tehrani. Itu pula hero novelis Islami!
Wah! Seorang hero lagi!
KOMA.
Saya berada di Johor.
KOMA.
Mac 04, 2008 9:27 PG
you ni kejilah..
Mac 04, 2008 10:18 PG
Cerek besar boleh beli kat Giant la, Ge!
Mac 04, 2008 1:18 PTG
you ni kan suka buat org salah faham tau *sambil cubit bahu*
eeeeeeee geli!
Mac 04, 2008 3:02 PTG
Art,
*Ahaks!* I tauuuu....
Amyz,
Kat Rep. of Sentul mana ada GIANT daa!
Amora,
Hari tu ada awek cubit pipi. Ni, kau pula cubit bahu. - Asyik kena cubit je ni, alahai!
Mac 04, 2008 3:51 PTG
Hey, been reading your blog for awhile, YB Sinaganaga.
This time i want to do more with you.
Eh apa daa speaking berterabur!
I'll link u to Suicide Park, k?
Mac 05, 2008 10:28 PG
ko memang keji.... ge.
Mac 05, 2008 12:09 PTG
Kildong,
"This time i want to do more with you."
WO! Ho ho... HA HA.
Ram,
Kau lagi keji, Ram! Aku nak tiru jawapan treasure hunt pun kau tak moh bagi - team aku kecorot, tau tak!!!!!
Tapi la kan, amacam team kita boleh kecorot sedangkan soalan bertulis kita (hampir) betul semua? Ermmm...
Mac 05, 2008 12:41 PTG
Ha ha ha ha....
Aku dok rasa macam tengok berita kat tivi pulak sejak kebelakangan ni.
Mac 05, 2008 3:12 PTG
pilihanraya kotor, politik kotor..tok naga...ehekk..keji..huhu
Mac 05, 2008 7:25 PTG
Khal,
HA HA.
Amirah,
HA HA.
Mac 06, 2008 8:41 PG
Catat Ulasan
<< Home