Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Malaysia Hari Ini dan Menteri Kewangan
Pagi ini.
Dalam tivi ada Malaysia Hari Ini. Dalam Malaysia Hari Ini ada A.G. dan Abby. Dalam A.G. dan Abby ada kami. Dalam kami ada kamu.
“Oh! Kita ada pemanggil… Hello, siapa di sana?” Kata Abby. Dalam senyuman paling membunuh.
“Hello Abby! Ni Kak Faridah (bukan nama sebenar) dari Ampangan, Seremban ni. Nilah Abby… bla bla bla… bagi pendapat Kak Faridahlah kan… bla bla bla… isteri seumpama Menteri Kewangan bagi sesebuah keluarga… bla bla bla… orang lelaki kena respect-lah… bla bla bla… Malaysia pun dah 50 tahun merdeka, hape!” Kata pemanggil tersebut.
Damn!
Aku rasa macam nak telefon Kak Faridah. Dan kata, “Hello Kak Faridah! Ini ada pesanan daripada Abang Mahmud (bukan nama sebenar), suami Kak Faridah, ya! Nilah Kak Faridah… bla bla bla… Abang Mahmud kata, Kak Faridah boleh jadi Menteri Kewangan, dia tak kisah, tetapi Abang Mahmud nak lantik Menteri Kewangan Kedua… bla bla bla… Malaysia pun dah 50 tahun merdeka, hape! HA HA!”
Tiba-tiba. Entah datang dari mana entah. Abby muncul. Dalam senyuman paling membunuh; dia cubit pipi aku. Kemudian dia *plop!* Macam selalu-selalu.
“Auwwwww!”
Pagi ini.
If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
~ Socrates.
32 Comments:
Ohooo!! Baru aku tau, kenapa aku suka sangat berfalsafah.
Ha ha!
Februari 21, 2008 10:56 PG
Bro, entri ni jadi halwa minda dan hati gua. Inilah Penulis Angkatan Baru yang kita cari. Astalabista!
Februari 21, 2008 11:02 PG
hakhak...
tu belum kira timbalan menteri lagi weh... setiausaha kementerian lagi.. hahha...
Februari 21, 2008 1:38 PTG
OoooOoo ... baru aku tau!
Tak tau nak tulis hape! Hep! HaHaK.
Februari 21, 2008 2:04 PTG
Satu...selalu. Dua...jarang-jarang Tiga...kadang-kadang. Empat... tak ingat..
Hehehe!
Februari 21, 2008 3:06 PTG
Jig,
Projek pada 3 Mac amacam? Boleh lepas tak? Ha ha.
Ah Tok,
Astalabista! Ha ha.
Chik,
Apa lak nak lantik Timb. Menteri? Kita pasal 1. Setiausaha Sulit dan 2. Setiausaha Akhbar le beb! HA HA.
Purp,
HA HA.
Februari 21, 2008 3:12 PTG
Ohhh.. Menteri kewangan kedua?? Ceiiiss!!
Februari 21, 2008 4:28 PTG
setiausaha politik tak nak tambah ke? hahah...
Februari 21, 2008 4:38 PTG
Oh, patutlah aku pandai berfalsafah.
Ya, Marcus tu parasit paling chomel dalam hidup aku. Wow!
Februari 21, 2008 5:39 PTG
Aku suka PARU. Aku suka falsafah tu. Aku cuma tak suka kempen pak-pak lawak PRU ke(bila2 pun sama jer). Hu..hu..hu..
Eowww...aku suka kak Rafidah(sangat suka hingga tak terkata).
Chaiyok Rafidah!!(er..er.Rafidah ke Faridah?)
Februari 21, 2008 6:30 PTG
Amyz,
Kerusi tu masih lagi kosong. Kau nak cuba mohon? HA HA.
Chik,
Setiausaha politik satu, setiausaha akhbar satu - dah dua tu weh! Ha ha.
Teh,
Kirim salam kepada Marcus! Katakan kepadanya, Abby cubit pipi aku pagi tadi. HA HA.
Water,
Sebenarnya, kami tidak akan melawak jika Kak Faridah tidak mula melawak terlebih dahulu.
So, kamu para wanita - selalu-selalulah buat lawak - sama ada di dada akhbar atau di media elektronik ya! Ha ha.
Februari 21, 2008 9:06 PTG
boleh tukar kalau sudah tidak relevan
Februari 22, 2008 4:28 PG
Naga,
Laut mana tiada pasang surut.
"I am a happy philosopher" - Tok Rimau, 2008.
Februari 22, 2008 8:20 PG
Nizam,
”Terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti!”
Ha ha.
Mau,
Ingat tu, kata kuncinya adalah 'kemasyuran’. HA HA.
Februari 22, 2008 8:48 PG
Menteri kewangan pun kene dgr dan ikut ckp perdana menteri.Hehehe
Menteri kewangan kene pun kene ikut ckp menantu klu suami baik dgn menantu.
An honest man is always a child.
Socrates
Februari 22, 2008 10:13 PG
nampaknya kalau nak jadi ahli falsafah kenalah lantik menteri kewangan kedua. HAHA
Februari 22, 2008 10:59 PG
dunia ini adil sebab ada ahli falsafah....
hahahaa...
Februari 22, 2008 11:37 PG
pesan pd kak faridah, jgn abaikan jawatan asalnya iaitu menteri pertahanan.
Februari 22, 2008 11:52 PG
Yaabbna,
Itu kalu suami Perdana Menterilah! Kalau suami cuma Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani? HA HA HA HA HA!
Dug,
Jadi ahlis falsafah dulu - kemudian baru lantik Menteri Kewangan Kedua. HA HA.
Rasso,
‘ADIL’ adalah nama sebuah parti! HA HA.
Zz,
Jawatan asal Kak Faridah - setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri rasanya. HA HA.
Alahaiiiiiiiiii, Kak Faridah!
Ok, kita tunggu komen dari brother Keng pula weh!
Februari 22, 2008 12:22 PTG
mulanya setiausaha kementerian...
kemedian... jadik menteri pertahanan >> menteri industri dan asas tani >> menteri SUMBER MANUSIA >> menteri kerja raya >> menteri pelajaran...
bila dah lama... jadi menteri di jabatan perdana menteri je lah.. tak pun... PENASIHAT UGAMA PM...
Februari 22, 2008 4:45 PTG
lupa.. kementerian part time...
Menteri PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA.... hakhakhak...
Februari 22, 2008 4:47 PTG
so which one r u? happy man or philosopher? haha
Februari 22, 2008 6:10 PTG
Ying,
:)
Chik,
HA HA.
Amora,
Me? Aaa... Neither nor. HA HA.
Mau cubit pipi aku, beb?
Februari 22, 2008 6:24 PTG
saya belom berkahwin..
tapi kawan saya kata saya macam philosopher..
hahahaaaa....
nampak dah tokoh dapat bad wife kot.
Februari 23, 2008 9:27 PTG
Ha ha ha....
Sayangnya bini aku tak minat politik.
Jadi dia peduli hapa ada menteri kewangan kedua, ketiga atau ke empat!
Ada trick lain bro?
Februari 24, 2008 10:14 PG
Garam,
Bak kata ustazah yang jadi juri dalam rancangan Cari Menantu, “Abdul Adif dan Siti Rubina, walaupun anda berdua tidak terpilih pertandingan ke akhir - tidaklah bermakna anda tidak akan berkahwin dan perkahwinkan anda nanti tidak akan bahagia!”
Ya, perkahwinan adalah satu pertandingan! Ada kalah, ada menang, jarang ada seri.
Ha ha.
Khal,
Trick lain? Aaaa... nanti aku fkir-fikirkan. Ha ha.
Februari 24, 2008 12:33 PTG
Nak tukar falsafah tu. Tak kira, nak tukar juga. Lelaki yang keluarkan falsafah tu tak adil.
Februari 24, 2008 11:36 PTG
If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
~ Socrates.
ps: nak tukar perkataan WIFE jadi HUSBAND. :D.
Februari 24, 2008 11:39 PTG
If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
and u've got no wife,u're gay?
haaah...gay?
~ Saugaramates.
Februari 25, 2008 10:35 PTG
u menteri kesihatan kannn
Februari 26, 2008 9:12 PG
hail party pundak!... full support from borneoking..
Februari 26, 2008 3:43 PTG
Water,
HA HA.
Garam,
Kami tak prajudis! Ha ha.
AreYoung,
Bukan X-Menteri Kesihatan ke? Ha ha.
Bor,
Hidup PUNDAK!
Februari 26, 2008 6:46 PTG
Catat Ulasan
<< Home