"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Februari 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Love itu datang dan pergi, sesuka hati, yang tinggal hanyalah kenangan

Love hanya datang kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati, kata aku kepada seorang perempuan yang comel, itulah kita. Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kekhilafan.

Kampung Pasir, Segambut itu masih macam dulu-dulu juga. Jalan mopeng. Pili awam dua buah. Kalau ada pun yang berubah – Hassan Kedai Runcit! Hassan Kedai Runcit dah pakai Proton Saga. Proton Saga second hand. Warna hijau air tebu.

Parlimen dah bubar, kata Mail Ketapang, parlimen dah bubaaar!!! Direnggangkan sedikit radio transistor dengan muatan dua butir bateri AA itu dari telinganya yang capang.

Aiik… biar benar, kata Pak Akop Ketua Kampung, semalam kata tak bubar, hari ni kata bubarlah pulak dah!

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Mat Nangka, Harun Serkam, Mat Sanggul, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Mat Kambing, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Mat Rojek, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung terteleng-teleng kepala kepada kedua-duanya. Macam penonton tengok orang main penis… aaa… tenis!

Aziz Ayam tidak kelihatan sama. Kerana masih lagi sibuk menyebelih ayam-ayam di Pasar Borong Jalan Maxwell (di tapak bangunan PWTC sekarang) agaknya.

Kampung Pasir, Segambut itu masih macam dulu-dulu juga. Jalan mopeng. Pili awam dua buah. Kalau ada pun yang berubah – Hassan Kedai Runcit! Hassan Kedai Runcit dah pakai Proton Saga. Proton Saga second hand. Warna hijau air tebu.

Habis…, kata Karim Driving School, kita nak undi siapa kali ni, Kop?

Love hanya datang kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati, kata Pak Akop Ketua Kampung kepada orang-orang kampung yang berkumpul di halaman rumahnya, itulah kita. Sebuah kekhilafan kadangkala mengandungi kebenaran.

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Mail Ketapang, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Mat Nangka, Harun Serkam, Mat Sanggul, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Mat Kambing, Sarjan Kassim, Mat Rojek, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung terteleng-teleng kepala kepada kedua-duanya. Macam penonton tengok orang main penis… aaa… tenis!

Aziz Ayam tidak kelihatan sama. Kerana masih lagi sibuk menyebelih ayam-ayam di Pasar Borong Jalan Maxwell (di tapak bangunan PWTC sekarang) agaknya.

KOMA

"Angkat satu la, kasi lu punya bini hadiah Valentine’s day", kata *Cina Goh, "bukan guna elektrik pun ini barang, Kop!"

Kampung Pasir, Segambut itu kariahnya berbangsa Melayu dan Jawa dan Bawean semua. Kalau ada pun berbangsa lain – Cina Goh yang kerjanya menjadi ejen Singer. Yang bertandang dari rumah ke rumah; menggalas katalog mesin jahit dan buku hutang.

Kampung Pasir, Segambut itu masih macam dulu-dulu juga. Jalan mopeng. Pili awam dua buah. Elektrik pun bukannya ada.

*Selain daripada menjadi ejen Singer (mendiang) Goh juga adalah pelakon drama TV di RTM.

FIN

26 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Tahun lepas kata dia tidak layak sebab tak ada akaun bank. Tak ada gaji tetap.

Tahun ni Mak Jah setinggan digula-gulakan dengan borang permohonan rumah murah. Lagi.

Februari 13, 2008 8:24 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mau,
HA HA.

Februari 13, 2008 9:25 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Aku - dari kampung Maha Laba(Malaya bukan Jepun) telah digula-gulakan dengan pelbagai elaun dan fasiliti. Brengsek!! EPC(elaun pekerja cacat) selalu-selalu lambat. Janji menggunung-gunung.

Februari 13, 2008 9:51 PTG

 
Blogger Ku Keng said...

Bro.,

Goh dah lama mati.

Februari 13, 2008 10:59 PTG

 
Blogger Ku Keng said...

Maksud saya, sewaktu dia datang ke rumah kami dulu dulu, sebelum dia mati, dia kata dia dah mati.

Februari 13, 2008 11:02 PTG

 
Blogger Unknown said...

Dalam masa 60 hari, Kampung Pasir, Segambut akan meriah!hoye!

Februari 13, 2008 11:12 PTG

 
Blogger Korakora said...

aku hanya bercerita tentang ayah loh yang mau renovate surau. tentang sejadah turki yang lusuh. tentang terompah kayu tak berbunyi. tentang first aid kit yang salah cucuk. tentang spekar yang broken english.

Februari 14, 2008 12:34 PG

 
Blogger Pa'chik said...

haha... suka komen bukunota.. hehehe...

dia kan mudah lupa... selalu je tak ingat dan tak tahu.. agaknya semalam tu dia tak tahu yang dia berniat nak bubar.... hahaha...

Februari 14, 2008 6:03 PG

 
Blogger Anonymous said...

Di kampung Mengawan, Kuala Berang.

Mat Sekuk terkais-kais kaki mencari lekuk di batang pokok kelapa sebelum perlahan memanjatnya ke atas.

Tangan kirinya memegang tali rafia dan tangan kanannya memegang bendera dan batang buluh.

Kedua tangannya melelas merah.

Sebaik turun jam 3.00 pagi itu, Mat Sekuk menadah tangan.

Bukan berdoa. Bukan.

"Aii..Pok Aji, semareng (kelmarin) ikat Derre (bendera) biru buleh gok spuluh duapluh riyal..Derre ija (Hijau) buleh bubur puluk (pulut) itang (hitam) je? Tak Mboh (tak mahu) ikat derre ija doh gining (gini)"

Di Kampung Mengawan, Kuala Berang.

Mat Sekuk melahap bubur pulut hitam dengan lahap tanpa menoleh kiri dan kanan.

Februari 14, 2008 8:59 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Kau bukan ada banyak pilihan. Kalau cinta - telan!

Kengku,
Cina Goh pun selalu datang ke DBP. Dulu. Agaknya, mesin jahit Singer memang tak boleh dibeli secara cash kot, entah. Ha ha.

Anuar,
Kampung Pasir dah tak ada lagi dah. Ha ha.

Nazmi,
Ada review buku K-Eight di suratkhabar Wasilah.

Chik,
Makin kita tua - makin kita mudah lupa. :)

Februari 14, 2008 9:02 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Kate kak Mat Sekuk - kalu cinte - telang je, Awang!

Februari 14, 2008 9:04 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Love itu subjektif. Satu jam kita love, satu jam kemudian belum tentu lagi.

Love itu subjektif. Walaupun telah dikhianati kita masih mampu terima love seadanya.

Februari 14, 2008 9:34 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Bubar sempena Valentine?

Ambik berkat kot?

Februari 14, 2008 10:13 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Ni nak tanya sikit ni: Menteri KeKKWa jemput aku gi 'senam seni' ni. Apa barang 'senam seni' ni? Apa gaya aku nak guna ni weh????

Fer ya info: Amir Mukhriz pun tanya mende yang sama? 'Senam seni'?

Khal,
1+3=4. 4 = mati wo, kata Cina Goh yang dah mati.

Februari 14, 2008 10:28 PG

 
Blogger June said...

LOVE adalah cinta kontemporari.

Februari 14, 2008 11:18 PG

 
Blogger Amyz! said...

Love datang dan pergi.
Mcm YB datang waktu pilihanraya dah dekat, dah pergi waktu parti dah menang.

Februari 14, 2008 11:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Love itu Cinta. Ha ha.

Amyz,
Maskara datang dan pergi, dan datang lagi. Masih dengan penganjur yang sama.

Undilah Sindiket Sol-Jah yang hip!

Februari 14, 2008 12:38 PTG

 
Blogger DeeN said...

Wah, agak serius entri kali nih. Menjerumus ke arah politik retro HaHaHa ... pandai2 jer aku neh!
Latarbelakang masa utk kejadian tuh, berapa tahun yg lalu, PaK CiK Ge?

Februari 14, 2008 1:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

gini la....taing taing gini molek kita pangge TV3 buak liputang.. mintak sume dapak selalu..

selow selow duduk tepi di nu tunggu... kito makang limau duluuuuu...

Februari 14, 2008 3:28 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

wohooo korang dapat jemputan ke? ha ha ha.. senam seni itu ialah bersenam - sihat ala Malaysia.. eerrr bersenam guna pergerakan tarian-tarian Malaysia dan sedikit jurus silat..

kau mau bersenam kena la gaya yang sesuai.. baju sukan la weh..

eerrr kenapa Amir Mukhriz tak telefon aku? ahahaha

Februari 14, 2008 4:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Lama dah. Hari dulu - Malaysia macam hari ni juga. Hari ni - Malaysia macam hari dulu juga.

Amora,
Wo! Mung maing petri ke ni weh? Ha ha.

Madu,
HAH! Apa standard blogger simbol sex pakai baju sokan pergi menari makyong kat Dataran Merdeka weh?

Februari 14, 2008 4:34 PTG

 
Blogger zizie ali said...

kau datang dan pergi sesuka hatimuuu..ooo kejamnya dikauuu. kejamnya dikau padaaakuuu.

Februari 14, 2008 6:55 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kampung Pasir Segambut memang malang. Kampung Pasir Hulu Klang, dan Kampung Pasir Jalan Klang Lama, ok. Ok sedikitlah kot.

Hehehe!

Februari 15, 2008 11:45 PG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Saya antara pekerja perempuan DBP yang tidak pernah beli (berhutang) apa-apa daripada mendiang Goh.

Setiap kali saya terjumpa beliau dengan katalog mesin jahit dan buku hutangnya, saya akan berkata kepadanya:

"Apa khabar, En. Goh! Saya peminat En. Goh!"

Beliau ketawa seronok dan berkata, "Angkatlah mesin jahit satu. Bagus!"

Februari 15, 2008 12:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ha ha.

Zz,
Sedap suara kau. Aaa, dulu main takraw ke? Ha ha.

Puan Ainon,
Tak beli mesin jahit sebab selalunya beli skirt paras lutut dah siap ek? Muerekekekekekekeeee....

Puan Ainon,
Ada contact Pak Ajikik? Sihat ke dia?

Februari 17, 2008 7:38 PTG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Naga. Pandai Sdr tulis cermin (cerpenmini) begini. Macam gaya satira juga kat dalam blog saya. Seronok baca. Tapi akan ada org marah pasal rasa terkena.

Lepas ini boleh fikir terbit jadi buku ni.

Aku sokong sangat benda yang nampak merdeka dan tidak mengampu sesiapa begini.

Februari 23, 2008 11:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home