Siri Bercakap dengan Hantu 5 (finale)
Meh le duduk sini jap, emak kata, mak nak cerita ni.
Ooo, aku kata.
Dulu mak ngan abah tinggal di kuarters, emak kata lagi, di Si Rusa, Port Dickson....
Ada seorang bini sarjan ni. Sedang sarat mengandung anak pertama. Dia terpaksa tinggal seorang diri. Sebab laki dia masuk hutan. Lama juga laki dia kena masuk hutan. Tiga empat bulan – sekali baru dapat balik kem; jenguk bini. Maklumlah, zaman tu komunis belum pupus lagi.
Pada suatu malam. Ketika bini sarjan tu sedang tidur-tidur ayam. Dia terdengar. Ada orang memanggil-manggil namanya, “Romlah! Romlah! Abang balik ni! Romlah! Romlah!” Lantas, dia pun bangun. Membuka pintu. Menuju ke beranda. Menjenguk ke tingkat bawah.
Bini sarjan tu nampak laki dia. Sedang berdiri di tingkat bawah. Sambil melangut ke atas. Sedang melambai-lambai.
“Romlah! Turunlah kejap! Abang ada beli 'Singer' untuk Romlah ni! Abang tak boleh lama... nak kena pergi mess (mess hall)! CO abang dah tunggu!”
“Ok bang! Arom turun ni!” Romlah 'bahasakan' diri dia Arom.
Ooo, aku kata.
Kau ni, emak kata, asal emak cerita je – kau wooo wooo wooo!
Dipendekan cerita, bini sarjan tu pun turunlah. Dipendekan lagi cerita, bini sarjan tu sampailah ke bawah. “Aik?” Laki dia tak ada. 'Singer' pun tak ada. Apa pun tak ada. “Aik, aik?” Dia dah rasa tak sedap hati. Dia dah rasa macam ada yang tak kena. Dia dah rasa macam orang dah tak ada rasa lagi dah.
Dipendekan cerita, bini sarjan tu pun naiklah semula. Dipendekan lagi cerita, bini sarjan tu sampai sahaja di rumah – melata badan dia tumbuh lebam-lebam. Sebesar duit dua puluh sen. Seminggu selepas kejadian. Bini sarjan itu pun meninggal dunialah. Laki dia menangis, wo!
Ooo, aku kata, blood clots kot!
Tiba-tiba. Aku terdengar. Orang memanggil-manggil nama emak, “Teh! Teh! Buka TV, Teh!” Lantas, emak pun bangun. Membetul pintalan kain. Menuju ke TV. Menekan punat ‘On’.
TV terpasang. Ada mamat rock dalam itu TV. Sedang menyanyi-nyanyi. Sambil membahagi-bahagikan. Kemeja-kemeja T berlogo ‘DD’. Yang masih bersampul plastik. “Assalamualaikum! Apa khabar Kuala Lumpurrr! Saya menyanyi sambil beramal ni tau!”
Eeeeeeiiiuuuuoooo….
Oh ya, lupa nak beritahu, ketika itu mamat rock dalam itu TV berkemeja T ‘Hari Sukan Sek. Ren. Convern Sentul 1’. Ha ha.
23 Comments:
mamat rock tu YDP PIBG Sek ren Convent tu kot ek...
Januari 18, 2008 9:55 PG
Hehehe!
Dipendekan cerita, DD itu singkatan apa agaknya ek?
Januari 18, 2008 11:43 PG
Asyik pendek jer cerita tuh. Er..er.. mamat rock tu kene tindakan tatatertib ke? Kene berkelakuan baik? Auw!
hik hik hik hik hik!!
Januari 18, 2008 12:42 PTG
Siew,
YDP PIBG Sek Ren Convern Sentul 1 tu yang bagi t shirt hari sukan tu kat mamat rock tu kot, entah. Ha ha.
Purp,
'DareDevil'.
Nur at,
Hantu tu yang kena tindakan tatatertib kot, entah. Ha ha.
Januari 18, 2008 1:05 PTG
penyanyi tu.. tak de bukak-bukak ke baju hari sukan tuh?
Januari 18, 2008 1:07 PTG
Chik,
Kalau nak buka baju pun boleh, tapi kena pastikan seluar dia cawat panjang sehingga menutup pusat. Ha ha.
Januari 18, 2008 3:01 PTG
Naga,
Rocker tu bukan kau ke? macam kenal jer..?
Januari 18, 2008 3:13 PTG
tertinggal la... mamat rock tu sape?
Januari 18, 2008 4:01 PTG
Om,
Hah? Mamat rock tu terkenal ke? HA HA.
Amour,
Alaa... mamat rock yang lepar t shirt kat penontot tuuu... HA HA.
Januari 18, 2008 4:48 PTG
Dipendekan cerita,yang buka baju tu laaaa...kan..kan..kan..
Januari 18, 2008 8:53 PTG
laaa...
dah finale?
baru nak warmed up...
baru panas separuh badan...
pusat ke bawah...
Januari 18, 2008 11:11 PTG
woo woo wooo..
Januari 18, 2008 11:17 PTG
mok mu memang pandai cerita. ada unsur suspen. ada unsur suprise. dan mu pulok, memang anak mok
Januari 19, 2008 8:01 PG
Waterlily,
Nak mandi mesti kena buku baju, kan kan kan? Ha ha.
Deo,
Finale dah ni. Ha ha.
Kelam,
Wo.
Zz,
Bukan sekadar anok mok - adik kakok pun iye jugok - ape toh lagi laki bini. HA HA.
Selaing John Hafiz - lelaki ini lebih dulu menjadi kegilean perempuan-perempuan mude belia. HOH HOH HOH!
Tok buleh nak cerite lebih2 - pak imam masjid Al-Hukamah bace blog aku ni rupenya weh! Ha ha.
Assalamualaikum sheikh ustaz!
Ma'asalam!
p/s: anna uridhu azhabu ila hamam. permisiiii...
Januari 19, 2008 12:23 PTG
:)
Januari 19, 2008 3:49 PTG
napa laki2 sekarang dah tak suka pakai singlet kat dalam baju cam dulu ek? ;p
Januari 19, 2008 5:56 PTG
Bang Naga,
saya mandi pakai baju wooo. Siap bertudung lagi dan berstokin. Mandi kat Port Dickson dan kawasan2 yang sewaktu dengannya :D
Januari 19, 2008 6:05 PTG
mamat rock mana yg lempar t-shirt pada penonton ni ek?
Januari 19, 2008 6:33 PTG
Season finale untuk cerita Hantu tapi siri baru untuk cerita 'Arom' kan?
HA HA HA HA
Aku suka amat nama tu..Arom.
Januari 20, 2008 9:40 PG
Nizam,
Kau bila nak perform kat MASKARA?
AreYoung,
Sebab Malaya semakin panas. Pada tahun 70-an Malaysia taklah panas macam sekarang.
Sas,
Entah!
Lily,
HA HA HA.
Po,
Arom? ... HA HA.
Januari 20, 2008 10:17 PTG
tak best cerita hantu2 ni. buat aku seram sejuk je.
haha.
Januari 21, 2008 2:03 PTG
Arom terlupa tgk bahagian bawah suami dia.ntah-ntah terapung-apung aja...wo
Januari 21, 2008 3:21 PTG
alamak..ini cerita hantu yang paling hantu aku pernah dengar..he he he..
Januari 21, 2008 6:07 PTG
Catat Ulasan
<< Home