"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 2

Dari ber'jenaka berdiri' macam menteri-menteri kita tu, kata emak, lebih baik mak cerita pasal hantu, ada juga faedahnya.

Ooo, kata aku.

Pada zaman dahulu, kata emak, ...

Ada seorang Siti. Ber'getah' orangnya. Kulitnya mulus. Kerana sering disental dan dilulur dengan bedak kulit langsat. Senyumannya macam bulan lima belas. Lantas, lelaki manalah yang tidak jatuh hati kepadanya, alahai.

Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan puluh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Hatta, sembilan puluh sembilan orang kesemua lakinya pun habis matilah.

Ooo, kata aku, kenapa mati?

Arakian adapun, pabila malam menjelma, maka keluarlah jengking berbisa dari mulutnya, maka keluar keluarlah lipan berbisa dari celah teteknya, maka keluarlah ular berbisa dari vagina-nya. Habislah lakinya disengat haiwan-haiwan berbisa itu sehingga mati. Jika adapun lakinya yang terlepas daripada jengking, tidak pula terlepas daripada lipan. Jika adapun lakinya yang terlepas daripada lipan, tidak pula terlepas daripada ular. Hebat sungguh firewall Siti Jalang itu.

Dikatakan orang banyak, pada hari yang sama orang kampung memasang khemah, pada hari yang sama jugalah orang kampung menggali liang lahad. Tidak pernah miss sekali pun, alahai.

Ooo, kata aku, tak merasalah Siti nikmat malam pertama?

Nanti dulu, kata emak, mak belum habis cerita lagi!

Pada suatu ketika. Hendak berlaki lagilah Siti Jalang. Orang kampung pun memasang khemah. Dan. Orang kampung pun menggali liang lahad. Seperti selalu-selalunya. "Mati lagilah laki si Siti ni kang!" Kata Pak Mat Sanggul Hujung Tanjung. Tetapi, yang menjadi pelik bin ajaib bagi orang kampung, pengantin lelaki biasanya berkeris, tetapi pengantin lelaki yang satu ini menyisip kacip di pinggang pula. "Ooo... suka makan pinang orangnya. Ermmm... mamat KeKKWa rasanya ni."

Dipendekan ceritera, berkahwinlah Siti Jalang. Dipendekan ceritera, maka hari pun malamlah.

Baru sahaja pasangan ini hendak bersemenda, maka keluarlah jengking berbisa dari mulutnya, lalu segera dikacip oleh lakinya, maka keluar keluarlah lipan berbisa dari celah teteknya, lalu segera dikacip jugalah oleh lakinya, maka keluarlah ular berbisa dari vagina-nya, lalu segera dikacip juga-jugalah oleh lakinya. Sudahnya, tidak matilah lakinya yang ini. Akhirulkalam, hiduplah mereka dalam aman dan damai serta beramallah mereka dalam khusyuk dan tawaduk (Contoh penerapan nilai-nilai Islam dalam cerpen aku. Ha ha).

Ooo, kata aku, habis... liang lahad tu?

Orang kampung biarkan begitu sahaja, kata emak, esok lusa kalau nak tanam menteri yang tak reti nak control bekalan minyak masak di pasaran tu dah senang dah.

Eeeeiiiuuuoooo...

44 Comments:

Blogger abdullahjones said...

mok kita serupa. hahaha.

Januari 07, 2008 10:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jones,
Cerita yang serupa juga ke? Ha ha. Cerita-ceriti orang Kuantang rasanya or kejadiang berlaku kat Kuantang.

Januari 07, 2008 10:54 PTG

 
Blogger pengkao said...

mana ada org kuantang macam tu..
jangan wat malu kampung aku..

Januari 08, 2008 6:47 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Aku pun nak cubalah. Erm.. nyarm... nyarm... Aduh!...

bang Naga lidah saya digigit ular bang. Lidah saya digigit ular!

Apasal ketawa? Tak kesian kat aku ke? Lidah aku kena gigit ular ni ha ha.

Januari 08, 2008 8:39 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Lalox,
Bukan ye? Ok. Ha ha.

Dug,
Moral: Jangan bercumbu dengan haiwan2 liar.

Januari 08, 2008 9:02 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Naga,
Dari mengguna kacip, seeloknya guna sahaja racun makhluk perosak (Penerapan nilai-nilai sains). Racun boleh dibeli di dalam perjalanan ke rumah Jones (Penerapan nilai negeri 9). Tapi minyak masak juga kurang di situ.

Januari 08, 2008 9:12 PG

 
Blogger Layla Haq said...

"kenapa siti jalang? dia bukan menjalang dan tak sempat menjalang" kata-kata orang kampung yang berminda positif.

dipercayai juga kekurangan minyak berpunca dari siti jalang yang asyik mengadakan majlis kenduri kawin.Sehingga kini, isu minyak masak tak selesai-selesai lagi...

'owhhh...sebab tu la dia digelar jalang"...kata mereka lagi.

Januari 08, 2008 9:23 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Laki Siti yang ke 100 tu tidak gelojoh (penerapan budi bahasa budaya kita) maka sempat lah dia mengacip semua binatang berbisa yang keluar itu.

Aku suspek dia memang orang KEKKWA lah.

ha ha ha..

Januari 08, 2008 9:27 PG

 
Blogger Amyz! said...

Laki yang ke 100 tu orang tua agaknya. Yang misai tebal juga kot?

Hahaha.

Januari 08, 2008 10:09 PG

 
Blogger DeanSham said...

cerita ni best kalau dibuat filem.

tapi macamana nak tunjuk ular keluar dari vagina?

lipan berbisa dari tetek?

heh..heh..

Januari 08, 2008 10:41 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Deansham,
Gunalah daun keladi basah dek hujan yang bertimpa-timpa haha

Januari 08, 2008 10:51 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mau,
Kau guna racun makhluk perosak - lambat - nak bancuh ikut dos yang disarankan (penerapan nilai-nilai sains kimia).

Ulat buku yang comel,
Tak semua orang kampung berfikiran positif (penerapan nilai-nilai sains sosial).

Madu,
Kan aku dah cakap - mamat tu memang budak KeKKWa. Budak KeKKWa sahaj yang mengekalkan dan mermartabatkan kesenian, kebudayaan dan warisan setempat. Ha ha.

Amyz,
Sorry dear - lelaki tu tak kerja kat KeKKWa hahhhh! Ha ha.

DeamSham,
CGI le weh!!!!!! Mat Sentul ngan Aziz M. Osman boleh bikin - takan lu tak boleh bikin? Ha ha.

Januari 08, 2008 10:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Semiotik (penerapan nilai2 seni visual) ni Uwie selalu guna. Klise beb, klise. Ha ha.

Januari 08, 2008 10:59 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha

mok serupa?? adik beradik???

kat sepang nak cari minyak masak macam tanya plug motor kat kedai runcit!!! terasa betul diperbangangkan!

Januari 08, 2008 11:33 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
"Kat sepang nak cari minyak masak macam tanya plug motor kat kedai runcit!!!" Wo. Penerapan nilai-nilai seni perusahaan ni. Ha ha.

Januari 08, 2008 11:46 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

ha...ha..ha..terelewat pulak membaca cerita seram yang diubahsuai mengikut fenomena semasa dengan baik sekali oleh bang naga(clap...clap..clap)

Januari 08, 2008 12:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai, Yapong,
Seni Perusahaan - kaji sawat tu. Ha ha.

Waterlily,
"Lambat lagi hari ni, kak?" Ha ha.

Januari 08, 2008 12:23 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ini cerita seram ke, cerita lawak ke, cerita berunsur islamik ni?

Suka! Suka! Suka!

Hehehe!

Januari 08, 2008 12:44 PTG

 
Blogger Unknown said...

lama dulu....mok aku pakai minyok nyior wat minyok rambut......

Januari 08, 2008 12:51 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

erotik sikit..,islamik sikit..,komedi seram..,wachaaa..!!-karate kibod..

Januari 08, 2008 1:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Entah. Macam bangsawan je. Ha ha.

John Hafiz tak retinya baca sastera klasik ni. Ha ha.

Liau,
Mok mu membazir. Minyak wak bubuh kak rambuk tu boleh buak goreng telo. Ha ha.

Yapong,
Oit2! Awal Muharam ada free time ka?

Januari 08, 2008 1:57 PTG

 
Blogger Unknown said...

....mase tu...cam kate Jones...Guthrie..Felda...dan sewaktu ngan dok anto sawit ke obersi...minyok ler tu berlanar dipasarang....

Januari 08, 2008 2:22 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

What is going on in Malaysia..??
Dulu tepung. Gula. Now Minyak. What is next? Telur..??
Ish, GERAM betul!

Januari 08, 2008 2:38 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Liau,
Dolloh Jones ada gak sebuk LAM SOON. Ha ha. Lame beno kawang dok denga syarikak tu.

Kate,
Kalau telur pun naik sekali - merana le Siti Jalang kita tuh. Ha ha.

Sori. Aku mencarut. La la la la la.

Januari 08, 2008 2:50 PTG

 
Blogger spyz said...

cerita ni pun ada di kota tinggi.
siap ada makam lagi.
apa nama dia ntah...

Januari 08, 2008 3:12 PTG

 
Blogger DeeN said...

Ooo ... itu kut asal usul Janda Baik hak hak hak!!
Er..er.. ntah, ntah bapak2 atasan tuh tanam minyak masak dlm liang lahad tuh. Sbb tuh semua minyak hilang kat pasaran. kan, kan, kan ;)

Januari 08, 2008 3:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Ya ka? Wo. Kita (soljahs Sindiket Sol-Jah) kena buat lawatan sambil belajar kat sana tu. Aaaa... kau buat costing, Spyz. Minta Tok Rimau tunggu kita kat simpang Kulai ka, Bukit Pasir ka, Serom ka... He he he.

Kalau Nida dapat bekalkan rombongan kita dengan sambal tempe pun ok gak weh. :)

Nura,
Asal usul Janda Baik bukan dari cerita hantulah. Haiya.

Januari 08, 2008 3:46 PTG

 
Blogger zizie ali said...

masa kecik-kecik ada gak baca komik cerita lipan keluar ikut mulut pengantin. kalau tak silap pelukisnya halim teh. tapi kisahnya dah tak ingat. rasanya ada sedikit persamaan dgn certot (cerita kontot)kau ni.
halim teh mungkin dah sensor banyak. sebab haiwan berbisa cuma keluar ikut mulut. bukan dari rongga-rongga yang lain.

Januari 08, 2008 5:03 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Aku syak..cerita mak kamu itu dari Terengganu. Maaf, Bandaraya Warisan Pesisir Air...

Sebab namanya Siti Jalang. Kawin siang. esok, laki jalanggg. Kawen siang. esok, laki jalanggg.

Aku juga syak yg laki dia ke 100 itu kontraktor Lebuh Raya Pantai Timur. Buat jalan.

..dan masjid kristal juga.

(jarang amat naga tulis panjang ni..)

Januari 08, 2008 5:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
Pak Halim Teh dah meninggal. Kanser tulang. Pada akhir hayatnya - apabila x-ray - tulang rangka dah tak berapa nak ada. Anak arwah (Adlina) kerja di syarikat D sebagai pereka grafik.

Po,
HA HA. Aku syak pun begitu juga. "Kawin siang. Esok, laki jalanggg. Kawen siang. Esok, laki jalanggg." HA HA.

Januari 08, 2008 5:25 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

siti dan laki dia yang keseratos tu tak de buat dividi ke?

Januari 08, 2008 8:10 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Big Boss di opis ada kata..

Art..jangan gali lubang kubor sendiri..

Repot itu dipulangkan kepada aku

Januari 08, 2008 10:15 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Ada versi lain cerita ni.

Versi lain cerita lakinya yang ke100 tu bawa periuk ada ketam di dalamnya. Bila ular, lipan, kala-jengking keluar, ketam tu lah yang menyepit-nyepit menatang tu sampai mati.

Woooo! Malam pertama menyaksikan binatang-binatang yang bertarung instead of errr.. err..

Januari 08, 2008 10:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Ha ha. Aku tak tanya mereka part tu pula.

Art,
Galikan kubur untuk orang lain boleh ke? Ha ha.

Amyz,
Version kau kurang tepat - sebenarnya ketam tu keluar dari anus mamat KeKKWa tu. HA HA HA HA HA.

Lepas jengking, lipan dan ular tu mati kena kepit - Siti Jalang tangkap ketam tu; siang dan buat gulai masak lemak cili api. HA HA HA HA HA.

Januari 09, 2008 8:37 PG

 
Blogger jagoan said...

Astalabista! Babe!

Januari 09, 2008 9:01 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Entri Terbaik Romantik Thriller, Geng Jurnal 2008.

Ha ha ha HA

Januari 09, 2008 9:05 PG

 
Blogger sinaganaga said...

KE,
:)

Dug,
Wo. Anugerah yang baru diperkenalkan ke? Wo.

Januari 09, 2008 11:43 PG

 
Blogger Mutawwifah Maisarah said...

ide baik juga bab tanam2 orang ni, sampai terselit pulak nama naga dalam post terbaru aku.

Januari 09, 2008 11:50 PG

 
Blogger Abu Irfan said...

NC-17 nih.

Januari 09, 2008 12:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mangos,
Hah?

Amir,
NC? Apa tu?

Januari 09, 2008 12:19 PTG

 
Blogger Unknown said...

mok mu hebak hebak!

bab menteri tu....mmg menteri tu kene tukar.... lembut sangattttt!

Januari 09, 2008 12:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Kalau kita 'tanam' saja menteri tu - tak bolehkah? Ha ha.

Januari 10, 2008 4:50 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

oit oit ni apa sebut-sebut KEKKWA ni?

Januari 11, 2008 12:39 PTG

 
Blogger ahmad said...

Naga.

Kena pergi Kampung Tembioh (Tepi Sungai Kota Tinggi.)

Ada kisah rakyat yang macam kau buat tu.Siap ada makam lagi.

Tapi Siti tu tak jalang la.Tu ilmu bapak dia bagi nak lindung anak dia (elok bagi kat perempuan-perempuan zaman sekarang :b)

Januari 16, 2008 12:18 PG

 

Catat Ulasan

<< Home