"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Disember 2007

Selamat Hari Natal, Barbara

Hari ini Hari Natal. Barbara pergi ke Times Square. Barbara mahu beli 'apa apa' yang masih lagi tak terjual. Untuk Hari Mengotak esok hari. "Murah sikit kot!" Kata Barbara. "Mananyeee..." Kata aku.

Selepas membeli beberapa tin biskut (tin bulat warna biru). Barbara tahan teksi. "Jalan Maharajalela..." Kata Barbara. "Sepuluh ringgit!" Kata pemandu teksi berbangsa Melayu tu. "Fuck, biasa tiga ringgit sajalah!" Kata Barbara lagi.

Oh ya, lupa nak beritahu, pakcik gemuk pakai baju merah tiada di Times Square. Hari ni dia bercuti. Sebab, semalam dia dah ber-overtime. Ho ho. Jadi, siapa pun boleh bernakal-nakal pada hari ni. Dia tak akan tahu.

KOMA

"Ellooo!", kata aku, "Kementerian Pengangkutan Negara tidurkah?"

"Entah!", kata Barbara, "hadhari kononnnn...", sambil kunyah biskut yang baru dibelinya tadi. Rangup.

"Hoiii! ! ! !", kata aku, "hadhari hadhari jangan 'main' hahhh! ! ! !"

Barbara buat 'dek' saja. Lantas. Aku ambil sekeping. Biskut empat segi sama. Yang ada gula halus di atasnya. Aku celup ke dalam koko panas. Kejap. Apabila aku nak angkat masuk mulut - sebahagian biskut terjatuh ke dalam kole.

*Cepelup!*

Lembik.

18 Comments:

Blogger Sayuti said...

tadi saya naik teksi dari depan apartment mawar.

"klcc" kata saya.

pemandu teksi melayu itu bawak saya pusing2 jalan2 di bandar baru sentul dulu konon2 cari jalan ke main road. sambil2 dia maki2 keling yang bekerja di dewan bandaraya sebab buat banyak bonggol.

saya tengok aje meter tu berkelip2 sampai ke klcc. saya kena bayar lebih dua ringgit daripada tambang biasa.

takpalah, hari natal. hoho.

Disember 25, 2007 8:10 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

"Hoiii! ! ! !", kata aku, "hadhari hadhari jangan 'main' hahhh! ! ! !"

barbara serius ke memain sebenarnya?

Disember 26, 2007 12:33 PG

 
Blogger areyoung said...

biskut cicah kopi je sedap. cicah plak jgn lama2.

bila pahit dan manis bergaul.. nikmat!

Disember 26, 2007 10:40 PG

 
Blogger DeeN said...

Barbara tau tak yg hadhari tak buleh main2? HoHoHo!!

Beskut pat segi gula cecah melo pon sodap! ;)

Disember 26, 2007 10:53 PG

 
Blogger el-Maaniq said...

Lembiknya biskut yang terendam dalam koko panas, seperti lembiknya sang pemimpin yang berbini baru. Melaungkan Hadhari setiap hari.

Disember 26, 2007 1:56 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sayut,
Pemandu teksi Melayu cuba nak tipu rakyat Republik Sentul. Dia tak tahu - Kl kita punya. Ho ho.

Chik,
Barbara serius.

Yang,
Kau bercakap tentang 'nikmat'? Ho ho.

Nura,
Ya. Ha ha.

Maniq,
Rakyat semakin menderita. Dia tahu apa? Ho ho.

Esok aku 'naik' kerja. Nanti aku uruskan pengantaran buku-buku You Want a Gum, Sol-Jah dan K-Eight ya. Harap bersabar!

Disember 26, 2007 2:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ermmmm... kadang2 aku rasa tak mampu nak mempertahankan 'hadhari' kalau berdepan dengan Barbara.

*sigh*

Disember 26, 2007 3:24 PTG

 
Blogger DeanSham said...

Biskut kau tu naga mesti biskut dari Denmark yang brandnya banyak consonant dari vowel.

Tergeliat lidah nak menyebutnya!

Disember 26, 2007 4:28 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Barbara itu orang bangsa apa ek?

Disember 26, 2007 4:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

DeanSham,
Ha ha. Itu sebab aku tak sebut nama biskut tu.

Purp,
Entah. Tapi dia sambut X'mas.

Disember 26, 2007 6:58 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Barbara pasti suka ke Terengganu. Di sana banyak billboard 'Hadhari'. dan kau pasti tak akan ikut Barbara ke Terengganu walaupun dia serius mengajak.

Teksi Terengganu lebih mahal. Meternya di mulut.

Disember 26, 2007 8:02 PTG

 
Blogger spyz said...

biskut gula yg paling sesuai utk dicecah air ialah biskut hup seng cap ping pong. kenyal dan mantap.
uuuuuuu...
aku sentiasa ada stok kat opis nih..

Disember 27, 2007 5:58 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Iye? Ha ha.

Spyz,
Minta nak rase sitittt!

Disember 27, 2007 2:45 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

barbara dah pesan kan.. jangan celup lama-lama... nanti cepat lembik.. ko degil!!!

Disember 27, 2007 2:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ram,
MUEREKEKEKEKEKEKEKEKEEEEE... Mencarut?

Disember 27, 2007 5:14 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

haha..gua tgh giat memplagiat keight nih..

Disember 27, 2007 5:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pipiyapong,
HA HA. Ke tergeliat? HA HA.

Disember 27, 2007 9:11 PTG

 
Blogger Deo said...

bang, apsal barbara marah sangat tu? kekekekekeke... dan apsal kebiasaannya benda yang dicelup jadi lembik? kekekekeke...

Disember 29, 2007 9:52 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home