Gaylang Si Paku Geylang
“Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya“. Ungkapan ini. Adakalanya seperti sebuah deja vu. Adakalanya seperti sebuah ironi.
,
Sue moody. Seminggu sebelum period Sue moody. Seminggu selepas hari pertama period pun Sue moody. Pendek kata, dalam satu bulan, hampir 15 hari Sue moody. “I tak ada mood nak cakap apa-apa nak dengar apa-apa nak buat apa-apa,” kata Sue.
“Tapi, dalam majalah ni kata, mendakap pasangan masing-masing selama 10 saat pada setiap hari boleh memanjangkan usia,” kata Fir. Nama lelaki Sue - Firdaus. Macam nama syurga – Firdausi.
“Kan I dah kata… I period, I tak ada moodlah!!!” Kata Sue.
Jadi, jika ditolak 15 hari ketika Sue moody + total beberapa hari lagi pada ketika Sue tidak dapat berinteraksi secara lisan (ketika tidur, ketika berada di tempat kerja, ketika masak, dll) dengan lelakinya – teka, berapa minitkah dalam sebulan yang Sue benar-benar ada mood untuk ‘Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya’?
,
Di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku terserempak dengan Ayis. Kami ke restoran Insaf, kemudian.
Ayis dah makan. Jadi, dia cuma pesan satu gelas teh tarik. Aku belum makan. Jadi, aku pesan satu gelas teh ais dan satu pinggan rojak. Jangan bimbang, Ayis kata, aku belanja!
Kemudian, mamak Insaf hantar satu gelas teh tarik, satu gelas teh ais, satu pinggan rojak, dan dua pasang sudu garfu. Hah? Ha ha. Mamak Insaf ingat kami ni apa?
Bayangkan kalau… Aku pesan teh ais. Dan Ayis tak pesan apa-apa.
Kemudian, mamak Insaf akan hantar satu gelas teh ais, dan satu pasang straw?
HA HA.
49 Comments:
setuju.
November 28, 2007 10:27 PG
Berjaya pun kerana perempuan.
Jatuh pun kerana perempuan.
November 28, 2007 11:32 PG
Setuju dalam tidak setuju.. (bersambung)
November 28, 2007 11:56 PG
kenapa deja vu?
kenapa ironi?...
ada bersangkut-paut dgn Gay ke?
November 28, 2007 12:18 PTG
Kejayaan wanita? Ada tak lelaki kat belakang dia? Huhuhu.
November 28, 2007 1:39 PTG
Dug,
:)
Mau,
Jatuh bangun tu, kerana - Perempuan yang sama? Atau perempuan yang lain?
Nura,
:) Kita tunggu sambungannya.
Leez,
Ha ha. Entah!
Amyz,
Itu doggie, beb! HA HA.
November 28, 2007 2:22 PTG
Naga : HAHAHAHAHAHA. KO KEJI!!!!!
November 28, 2007 2:34 PTG
Di belakang?
Kenapa tidak di atas atau di bawah?
Ha ha.
November 28, 2007 2:56 PTG
kecuali kalau dia mandul macam D*p
hahaha
November 28, 2007 3:48 PTG
old skool!
November 28, 2007 4:29 PTG
Amyz,
HA HA.
Khal,
Dah depa nak dok belakang... HA HA.
Ron,
Siapa mandul? Ha ha.
Teh,
Oit2! Nanti aku publish gambar 2 orang budak old school ek nanti! Tunggu!
November 28, 2007 4:42 PTG
Seelok-eloknya di tepi...
he he he
November 28, 2007 5:18 PTG
Kadang-kadang, jatuhnya lelaki pun disebabkan perempuan yang berada di belakang.
Kadang-kadang mereka suka tolak lelaki di hadapan sampai tersungkur.
Begitulah, adanya.
November 28, 2007 5:26 PTG
Purp,
Nak ke mereka berada di tepi?
Jig,
Kadang-kadang? Bukan selalu ke? HA HA.
November 28, 2007 6:17 PTG
dulu... bangun jatuh lelaki memang selalunya ada perempuan di depannya... kalau belakang tak sampai lah...
sekarang.. banyak juga bangun jatuh lelaki kerana ada lelaki di depan atau dibelakangnya... ekekek...
November 28, 2007 7:59 PTG
lemahnyaaa...
November 29, 2007 12:03 PTG
Chik,
Jatuh - bukan disebabkan graviti ke?
Daun,
:)
November 29, 2007 2:07 PTG
Rebah bangkit lelaki memang kerana perempuan.
Lelah lelaki pun kerana perempuan.
Cuma..kenapa GAYlang si paku geylang?
Gay tiada.
period.
November 29, 2007 3:31 PTG
kata tok tu ada betulnye...sbb lelaki slalu hilang pertimbangan bila ada perempuan.
November 29, 2007 5:22 PTG
Po, Amora,
Perempuan memang jahat? Atau lelaki memang 'mandul minda'? HA HA.
November 29, 2007 5:55 PTG
itu.. jatuh berdebuk ke lantai.. ekekke... ini... bangun dan jatuh balik... macam sebelum dan selepas lah... ekekek...
November 29, 2007 9:21 PTG
ha ha
November 29, 2007 11:02 PTG
ada lelaki yang menumpang kejayaan perempuan..
November 30, 2007 9:10 PG
alaaa...
bukan pompuan tu je ada dlm hidup lelaki..
mungkin kejayaan lelaki itu adalah kerana mak..kakak..adik..makcik sebelah rumah or nenek kampung sebelah...?
November 30, 2007 9:12 PG
btw to amyz,
biasanya perempuan berjaya kerana ketiadaan lelaki dibelakangnya..
sbb die dah takder cara lain atau pilihan lain untuk bergantung selain dr berusaha untuk bjaya..biasanya pompuan bejaya sebab terdesak...!!
ermmmm...
November 30, 2007 9:16 PG
Abang Naga,
Itu Sue... Kalau Cath, hari2 ada mood... HAHA!
November 30, 2007 10:07 PG
Sue itu wanita Geylang ke?
November 30, 2007 11:44 PG
Encik Naga, kita sedang bincangkan masalah hormon wanita atau lelaki?
November 30, 2007 12:03 PTG
yahoo.comChik,
Apa yang kau cakapkan ni? HA HA.
Chika,
HA HA.
Madu,
Perempuan tu yang bagi lelaki tu tumpang. HA HA.
Seri,
Bukan ke kejayaan seseorang manusia itu bergantung kepada dirinya sendiri? Pengaruh persekitaran itu cuma 'pengaruh persekitaran'. Tidakkah begitu? Ha ha.
Seri,
Perempuan-perempuan terdesak? Ermmm... Tajuk yang bagus untuk MASKARA akan datang - Malam Perempuan-perempuan Terdesak (MAMPAT). HA HA.
Cat,
HA HA HA HA HA.
Purp,
HA HA. Dulu-dulu, orang perempuan suka pergi Geylang. Beli towel dan laici dalam tin. HA HA.
Teh,
Hormon wanita dalam tubuh lelaki. Mungkin.
HA HA.
Eh, kau tahu, kromosom Y lebih kecil, lebih lemah, tetapi lebih laju daripada kromosom X!
HA HA.
November 30, 2007 12:25 PTG
(...sambungan)
Erk! Aku hanya pandai menghitung akaun untung dan rugi bagi kewangan berakhir pada setiap tahun. Tapi, nak kira yg ini, aku macam blur tiba2. Er.. pak cik Ge, camner nak kire neh?
hohoho ;p
November 30, 2007 4:11 PTG
Nura,
HA HA.
Ok, 15 hari tak ada mood +
kerja 8 jam 1 hari x angkali 22 +
dalam kereta 2 jam 1 hari x angkali 22 +
mandi 2 x sehari = 1 jam x angkali 30 +
masak 1 jam x angkali 30 +
tidur 7 jam x angkali 30 = TOTAL.
Try tengok.
November 30, 2007 6:18 PTG
TOTAL tu kau bahagi 24 = GRAND TOTAL.
Ha ha. Kalau dapat -ve 30 hari - kau bagitahu aku. Aku nak gelak lagi. Ha ha.
November 30, 2007 6:22 PTG
HAK HAK HAK!!
Biarlah aku yg gelak dulu Pak Cik Ge.
(((((( HAK HAK HAK )))))))
Erk! Dah kire, tapi nak letak dlm bahagian debit ke kredit neh? *garu2 kepala*
Disember 01, 2007 11:51 PG
Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita period. Haha
((((((((((((HAHAHAHA)))) <<-- pekak sebelah
Disember 01, 2007 2:34 PTG
err.. kejayaan apakah yang dimaksudkan ini?
Disember 01, 2007 5:44 PTG
orang isap rokok kena sentiasa di peluk untuk pjgkan usia..
Disember 02, 2007 1:05 PG
disebalik kejayaan mat rempit, ada wanita yang mendakap dan menggesel2 belakangnya hahahah..
Disember 02, 2007 10:12 PTG
salam,
kalo ppn peluk kuat2, lelaki berjaya.. pastu dia peluk balik ppn tu sbb buat dia berjaya..
kalo dia peluk ppn lain, camana? haaa
kes naya tu.. hehehe
Disember 03, 2007 3:19 PG
firdaus tu..tak bertuah...tak sumer pompuan moodnyer gitu..huhuhu
Disember 03, 2007 1:40 PTG
Nura,
Letak di kredit boleh, di debit pun boleh. Ha ha.
Dug,
Ha ha.
AreYoung,
Segala jenis kejayaan. Atau kau pergi tanya si pembuat fitnah tu. Ha ha.
Kelam,
Ya. Ha ha.
Embun,
Ha ha.
Posmen,
Itu kot maksud perpatah tu. Ha ha.
Amirah,
Tak tak semua lelaki yang berjaya itu di belakangnya ada perempuan. Ha ha.
Disember 04, 2007 10:55 PG
Aku paling suka air mangga India kat situ. Pergh!
Disember 04, 2007 12:14 PTG
Abis? Korang kungsi2 makan rojak tu ker, pak cik Ge? Owh! Romantikayu nyer korang!! Hak hak hak!!!
Disember 04, 2007 12:36 PTG
Purp,
Ya.
Nura,
Mula2 ingat nak kongsi juga. Ha ha. Tapi, nanti apa pula dikatakan orang. HA HA!
Disember 04, 2007 1:51 PTG
Romantiknya mamak tu. Haha.
Hari tu ko tak mahu kongsi pun telur separuh masak ko dengan aku?
Hahahaha.
Disember 04, 2007 2:17 PTG
Sebab bang Naga kan hensem.
Dan mungkin si Ayis jambu orangnya. Mungkin.
Hahahahahaha
Disember 04, 2007 2:32 PTG
Waduh Dug...
Disember 04, 2007 3:23 PTG
Amyz,
Kan aku dah tanya hari tu - kau nak ke tidak?
Dug,
Kami berdua tak hensem, tak jambu - kami GROOVY! Ha ha.
Yis,
Ha ha. Dah jumpa password ek?
Disember 04, 2007 8:50 PTG
"Rahsia Bisnes Mamak"
- bijak 'membaca' persekitaran.
Disember 06, 2007 1:23 PTG
ermm.. let me rephrase..
'di sebalik kejayaan lelaki, akan ada wania mengekor di belakangnya.. kemudian...'
maaf pempuan2 semua, ini satu lagi kenyataan kalau kau rajin baca 'mingguan wanita'..
'di sebalik kejayaan wanita, selalunya, selepas mereka ditinggalkan lelaki...' ie. x-wife nash, makcik jadi model utk iklan produk sendiri etc...
Disember 09, 2007 11:29 PG
Catat Ulasan
<< Home