Plaster luka duka lara
“Berkasih tak semestinya bersatu.” Itu klise!
Dan, apabila kau berkasih, kemudiannya tak dapat bersatu, maka kau akan berduka lara. Itu fitrah!
Bagi sesetengah kawan-kawan. Akan mempersembahkan pertunjukan silap mata. Untuk meredakan sedikit perasaan nestapa kau itu. Yang kemudiannya kau akan beritahu kepada aku pula, “Wo! Amir Mukhriz dah pandai main silap mataaaaa!” “Ermmmm… Dia cuba nak happy-kan kau tu, dude!” “Oh, iye ke?”
Tetapi aku. Akan bagi sebatang jarum. Untuk kau cucuk-cucuk pada hujung jari-jemari sendiri sehingga berdarah.
Ha ha.
“Ramli Sarip pernah berkata: Kubujuk hati nan rindu / Melihat engkau berlalu / Terpegun bagai bermimpi / Hilang kau dari sisi / Kini ku bersendiri…”
“Huhuhu! Kau buat aku sedih.”
“Jatt pernah berkata: Sayang / Engkaukah bulan di langit / Teman di malam yang sepi / Untuk seorang penanti… Sayang / Engkaukah mimpi yang indah / Untuk jiwa yang gelisah / Dari serangkai doa… / Kini, adakah kau mengerti sayang / Hatiku sedang merindu / Belai dan kasih darimu….”
“Huhuhu! Kau buat aku sedih lagi.”
“Awie pernah berkata: Cari perhentian di mana nak berhenti / Camar kesucian satu cinta abadi / Di mana dia / Sedang aku terlena….”
“Huhuhu! Kau buat aku sedih lagi dan lagi.”
“Aaa… Alleycats pernah berkata: Suatu hari minggu ku ke taman haiwan / Seronok bukan kepalang / Melihat bermacam jenis binatang / Dengan telatahnya… / Ada yang ketawa ada yang meradang / Melihat orang datang….”
“Hahaha! Lagu tu hanya sesuai untuk kaulah, Naga!”
Ha ha.
Mrs Nathan, guru bahasa Inggeris set six aku pernah berkata “Class! One is singular and more than one is plural! For example, if you give me more than one present for this coming Teacher’s day – I’ll love you more! Ha ha.”
Jadi. Aku belajar satu perkara daripada Mrs Nathan ini. Perempuan akan lebih suka jika mendapat lebih daripada satu hadiah. Oleh kerana itu, untuk cik Nestapa, aku telah hadiahkan kau: 1. jarum, 2. plaster luka duka lara.
Jadi. Tahu sudahlah kalian. Mengapa begitu ramai perempuan memasang fantasi untuk berjalan berpimpin-pimpinan tangan dengan Sinaganaga. Humcha!
34 Comments:
cucuk perut tu karang. haha
November 05, 2007 1:36 PTG
Dug,
Tak boleh tak boleh. Kalau tangan kita pegang jarum - kenalah cucuk perut sendiri; bukan cucuk perut orang lain. Ha ha.
November 05, 2007 1:43 PTG
Jarum tuh utk cucuk cik Naga
Plaster tuh utk tampal luka cik Naga!
Isk, isk.. tak paham, tak paham!
November 05, 2007 2:00 PTG
Nestapa,
A poet must suffer.
Naga,
It's the thought that counts.
November 05, 2007 2:13 PTG
Nura,
Kau tahu tak berapa harga sebatang jarum? HA HA.
Mau,
Tom bo li de say de moi ya
Yeah, Jambo Jumbo
Way to parti' o we goin'
Oh, jambali
O yeah, o yeah, o yeah. Ha ha.
November 05, 2007 2:20 PTG
Setakat luka cucukan jarum, perlukah ditampal plaster?
:D
November 05, 2007 2:30 PTG
Purp,
BANYAK tu dia cucuk-cucukkkkkkkkkkk! Dah jadi macam orang bawa kavadi semasa Thaipusam!
November 05, 2007 3:11 PTG
kerna sifat kasih/adalah sesama insan/dan menyatakan kasih sayangku/kita sama semuanya sama/apa yang ada hanyalah kehidupan
jangan kau alas hatimu itu/dengan secebis warna kehitaman/biar seperti anai-anai/lambat laun hancurlah hidupmu..
November 05, 2007 3:20 PTG
Naga, kalau, saya bilang kalau, saya putus cinta nanti, saya nak mintak jarum dan plaster satu ok!
November 05, 2007 3:42 PTG
Madu,
Kalau nak jarum ngan plaster luka duka lara - pagi-pagi! Petang dah tak ada. Ha ha.
Tanah,
Boleh boleh, tak ada hal punya, ha ha.
November 05, 2007 3:57 PTG
sinaganaga,
salam hormat,
mardihah pernah berkata:
tahukah engkau betapa hebat cintaku...tanpamu di sisi aku keresahan....aicehh...ciplak lagu jamal n fran....uhuhuhuu
November 05, 2007 6:10 PTG
saya pun nestapa bercampur duka darah dan lara... uwawaa~
November 05, 2007 7:04 PTG
Mardihah,
Kau nak jarum atau nak plaster luka duka lara?
Ras,
Wo! Banyak orang aku kena bagi jarum dan plaster luka duka lara ni? Ha ha.
November 05, 2007 8:34 PTG
kalo tak pegang lukisan dan rokok, ko akan pimpin tangan aku dak?
dan kita pun berlari-lari dalam hujan...
November 05, 2007 10:24 PTG
kiranya kalau kita bagi seorang [bukan sebotol ya] madu dia tak suka.. kena bagi dua atau tiga orang.. begitu?
November 06, 2007 12:25 PG
dulu, kawan aku putus cinta, dia tak cucuk tangan dengan jarum, dia pakai serpihan kaca tingkap.
!
November 06, 2007 8:22 PG
Amyz,
Kalau kita berpimpinan tangan dan berlari-lari dalam hujan - nescaya, waktupun seakan terhenti. MUEREKEKEKEKEKEEE...
Chik,
Orang perempuan ni bukan retinya berkongsi. Ha ha.
Amir,
Kalau kaca tingkap - kau liliskan di leher ya! Ha ha.
November 06, 2007 8:44 PG
dulu...
Ramli Sarip pernah bernyanyi dari corong pembesar suara Toshiba Bombeat buruk, di tengah-tengah malam sejuk, dari sebuah bilik kayu sempit, rumah yang senget.
/...kini ku mengerti/ istilah sebenar/ di dalam bercinta/ tiada kepastian/ tiada penentuan/ akan kebahagiaan.../
lantas..dia tersenyum dari hujung dahan pokok tembesu sambil mengilai nyaring dengan rambut panjang terurai sebelum dia terbang di celah-celah gelap malam.
November 06, 2007 9:41 PG
Po : Iee.. seramnya.
Naga : Muahahahahahahaha.. kejilah!
November 06, 2007 1:50 PTG
Berpimpin-pimpin tangan itu fesyen lama. Org sekarang berpeluk-peluk pinggang laa.
November 06, 2007 1:50 PTG
TAHU!
Kalo jarum jahit baju satu set singgit lima kupang. Kalo jarum jahit guni, sebatang lima kupang. Kalo jarum injek doktor2 tak pasti. Kena tanya supplier sbb kalo tanya bahagian purchase, mungkin harga sebatang jarum injek buleh mencecah seratuih dua puluh ringgit sebatang. Pergh!!
hak hak hak hak hak!!
November 06, 2007 3:16 PTG
Po,
Pontianak?
Amyz,
Ha ha.
AreYoung,
HA HA. Ye ke?
Nura,
Ha ha.
November 06, 2007 6:46 PTG
Naga,
Phuying ada plaster Tweety Bird tapi takde jarum. Sebab semua jarum dah guna buat cucuk orang. Ha ha!
November 06, 2007 8:10 PTG
uhuhu... takpe... jarum minta kat pakcik naga..
plaster nak yang ada tweety bird tu... tulun mintakan kat phuying.. leh tak pakcik naga?
He...
November 06, 2007 8:43 PTG
PhuYing,
Dengar cerita Tok Rimau pun kau cucuk ek?
HA HA.
Aku dengar cerita laa... Entahkan betul entahkan tidak.
Ras,
HA HA. Nasihat aku: Perasaan kecewa itu bagus!
Ya, itu sahaja nasihat aku.
November 06, 2007 9:15 PTG
Tak baik main tuduh-tuduh pakcik naga. Kalau betul pun, mestilah tok rimau yang cucuk Phuying.
Ha ha!
November 06, 2007 10:17 PTG
"haha.. tok ramai gf...
hulur lah sorang"
p/s: Rasso pun mintak gf dari Tok.
November 06, 2007 10:38 PTG
zaman aku mrs nathan mengajar di kelas set three.
November 06, 2007 10:47 PTG
PhuYing,
Tok Rimau memang selalu cucuk orang. Cuma bila diperkatakan - dia selalu menafikan. Ha ha.
Gelem,
English teacher aku: Miss Tan, Mrs Nathan, Mrs Ho (Ho ho ho ho... hari-hari dia pakai skirt dan kasut tumit tinggi ho!). Tetapi, cintaku tetap kepada Puan Zuraidah. HA HA. "Hello teacher, good morning, i love you!"
November 07, 2007 8:44 PG
Skrg ramai yg berkasih dan bersatu kat atas katil.Hehe
Cinta halalkan yg haram.
Ada juga yang tak berkasih tp bersatu atas katil.Hebat org skrg ni.
Dude.
Ko taknak try ke?
Try cucuk jarum.
November 07, 2007 10:05 PG
Duke,
Tengok orang cucuk jari sendiri dengan jarum lebih cool daripada kita sendiri cucuk jari orang dengan jarum.
November 07, 2007 10:45 PG
bernas
November 09, 2007 2:09 PG
berpimpin-pimpinan tangan dengan kamu? ee k e j i hahaha
November 09, 2007 3:21 PTG
Wira,
Beras ke? Ha ha.
Hana,
HA HA.
November 10, 2007 6:27 PTG
Catat Ulasan
<< Home