Datuk Ungku yang kita suka
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh!
Saya, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu, di bawah limpah perkenan duli-duli tuanku, ekhem…
Cepatlah umumkan, ayah!
Meng… isy… tihar… kan… erkhem… erkhem….
Cepatlah umumkan, ayah!!
Bahawa, hari raya aidilfitri, bagi tahun 1428 H ini… erkhem… hem…. (capai air kacang soya ais dalam mug dan minum kejap)
Cepatlah umumkan, ayah!!!
Ya ya! Ahhhhhs… Oleh kerana awan kolumbus nimbus yang tebal, angin yang kencang, dan laut yang gelora, suka untuk saya menasihati para nelayan pantai yang berperahu kecil, agar berhati-hati ketika menangkap ikan….
Cepatlah umumkan, ayah!!! Hishhhhhhhh!!!!
Ya ya. He he. Ok ok. Dah nak umumkan dah ni… Ready? Erkhem… hem…. Bahawa, anak bulan telah... jeng jeng jeng…
Cepatlahhhh!!!!
Ok ok. Hari raya tahun ini, ‘jatuh kepada’… hari… Jumaattttt!
Yeaaaaaa!!!
(Semua budak-budak kecil bertepuk tangan)
~FINISH~
35 Comments:
Hari jumaat ke raya? yay, yay, yay, yay! Oit, Ungku mana yg isyhtihar nih, Ungku Seman ker?
;p
Oktober 05, 2007 1:28 PTG
Tu 'KU', bukannya 'UNGKU'!!!!
Ha ha,
Oktober 05, 2007 3:07 PTG
Ha hari Jumaat???
*pengsan kejap*
Wehhh hari Jumaat bonus raya kuar daaa...
Oktober 05, 2007 5:05 PTG
Helmy,
Aku syak je raya 'jatuh kepada' hari Jumaat, bang!
Ha ha.
Oktober 05, 2007 5:14 PTG
hari ni hari Jumaat...
Oktober 05, 2007 5:58 PTG
Hari raya jatuh pada hari Jumaat minggu depan... waktu maghrib oke... ehehehe.... hahaha... hari sabtu dah kire untuk sembahyang raya :P
Oktober 05, 2007 6:19 PTG
hari jemaat kalu.. kalut lah nak merebus ketupat nanti.. kekeke...
Oktober 05, 2007 10:27 PTG
pakcik naga dh x sabaq nak raya...pose ada cukup ka? haha
Oktober 06, 2007 11:07 PG
Dah bertahun tak nampak anak bulan oi!! Raya hari Sabtu la!
Oktober 06, 2007 1:24 PTG
.
naga, selamat raya...
.
Oktober 06, 2007 3:34 PTG
awan kumulunimbus tu.. hehe.
selamat hari raya en.naga.
Oktober 06, 2007 10:24 PTG
Janganlah hari Jumaat. Orang tak beli kasut raya lagi ni!
p/s: Nama dia Engku kan? Engku Ibrahim Engku Ngah.
Oktober 07, 2007 5:46 PG
Art,
Jumaat minggu depan!
Ras,
Kalau hari raya pada hari Khamis - ok juga weh. Ha ha.
Chik,
Boli, kan sonang?
Pakcik tak le tua seperti yang disangka, nak oiiii. That's why, insyaAllah, larat lagi pakcik nak berpuasa genap.
Anak-anak yang muda-muda sihat mihat tu - dah naik gunung Kinabalu ke belum? Ha ha.
Tapai,
Tahun ni nampak kot. :)
Dudae,
Selamat Hari Raya, bang! Tahun ni tak raya di Malaya le ek? Aiseymannnn...
So, selamat berkerja di negara orang. Jangan lupa tulis blog ek! Aiwah!
Ma'asalam!
Phu Ying,
Kalau pakcik botak tu tak moh kat kau - jangan sedih2 la - terus je kau jumpa aku; kita berpacaran ek!
HA HA.
Tanah,
Apa barang beli kasut raya? Gi beli talipinggang laaa - RM19.90 di SOGO (wa dah rembat satu).
Baju Melayu Cekak Musang tahun ni - warna... errrr.... errr.... PINK!
Oktober 07, 2007 2:25 PTG
uih..
jemaat ker?
ari jemaat baru nak balik kg nih..
beraya dlm kete aa nampaknya kalau raya ari jemaat
Oktober 07, 2007 2:47 PTG
uuhuhu...
takde raya hari khamisnye...
gwe dah tengok pergerakkan anak bulan minggu lepas semasa belajar rubuk mujayyab tu... hahaha
Oktober 07, 2007 4:22 PTG
Setiap nak berpuasa dan beraya Datuk Ungku itulah yang paling glamer.
Eh! Jumaat ke?
Oktober 07, 2007 6:12 PTG
Tak mau hari Jumaat. Nak kena pergi masjid dua kali.
Mata dah berpinau makan ketupat lemang. Cobaan ooooo..... nak pergi kali kedua tu.
Oktober 08, 2007 7:51 PG
aaa.. cuti berapa lama? hik hik.
Oktober 08, 2007 7:56 PG
Skin,
Ha ha.
Ras,
Kalau tak Khamis - Rabu boleh? Ha ha.
Purp,
Jumaat ok kot. Ha ha.
Khal,
Banyak2 kali pergi masjid le ok, dude!
Amyz,
Cuti 10 - 21 Oktober.
Oktober 08, 2007 9:07 PG
Spyz,
Kedua2 team fav kau dah terkeluar ring.
France (The Blues?) vs England (Kiss from a Rose?) Ha ha.
S. Africa (Springboks) vs Argentina (Pumas)
Meh le teman aku sokong Springboks! Meh le! He he.
Oktober 08, 2007 10:05 PG
*pengsan*
*bangun balik*
*pengsan balik*
*bangun balik*
*tidur*
Oktober 08, 2007 10:34 PG
oit, aku tak tulis komen lagi apahal dah tulis nama aku..
ha ha..
aku jangka final france & springboks.
france dijangka menang sbb dia tuanrumah, sokongan padu. lagipun dia dah kalahkan semuahitam..
tapi, mcm yg aku ckp, aku nak sokong team dibawahanjing kali ni memandangkan kedua2 tema fav. aku dah kalah..
hidup rusa melompat!!!
(ehh.. rusa ke??)
Oktober 08, 2007 11:22 PG
Saharil,
Laaaa... Jadi, tak tengok juga le ni?
Spyz,
Bukan 'semuahitam'. 'Itamsemua'-lah! Ha ha.
Oit2! Tapi, France ada mamat yang macam barbarian tu. Number Eight ke hape ke dia punya position. He he.
Tapi, apa barang pun, wa sokong SpringKotak. La la la la la.
Pssst! Wa syak, Jegang punya team fav. pun sudah pergi shopping2 kat Paris ka, Toulouse ke (mcm mana nak bunyi? Tu-Sol? Su-Lu?)
Oktober 08, 2007 2:45 PTG
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin (wow). Besok aku balik Raya! yahuuu!
Oktober 08, 2007 3:58 PTG
Hana,
Balik semenanjung baa?
Oktober 08, 2007 4:08 PTG
aku sokong argentina.. dan aku syak ramai yang kelam kabut carik aku malam jumaat nanti.... masa aku tengah sibuk rebus ketupat
Oktober 08, 2007 4:24 PTG
Selamat hari raya naga. Maaf zahir batin.
Oktober 08, 2007 8:26 PTG
Hari Jumaat ni? mati laaaa... byk benda tak buat lagi nih...
Oktober 08, 2007 11:15 PTG
Ram,
Meh le sokong S. Africa!
Mau,
Sama2.
Sas,
Aku agak je. He he.
Oktober 09, 2007 11:26 PG
Datuk ungku ni mmg tiap2 muka dia gak... mmg paham dah kalau tukaq org pon...iras iras tu lebih kurang je...
Oktober 09, 2007 12:39 PTG
salam sinaganaga..
tak kisah raya ari apa,cuti aku, aku punya suka..
slamat ari raya!!!
Oktober 09, 2007 1:17 PTG
Amora,
:)
Hazurah,
CUTI adalah hak MAJIKAN. Sila ambil perhatian dan betulkan persepsi anda!
Selamat Hari Raya ya!
Oktober 09, 2007 2:52 PTG
Selamat Hari Raya kapla soljah..
Maaf zahir batin..
Moh, balek Pahang wehhh!
Oktober 10, 2007 12:42 PTG
hehehe en naga..
sy kat sini raye hr jumaat hehehe jgn mare yer
Oktober 12, 2007 9:03 PG
Esis,
Moh!
Ir,
Arggggggggggggh!
Oktober 12, 2007 11:17 PG
Catat Ulasan
<< Home