"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Oktober 2007

Hati bukan percuma

Aku nak hantar kad hari raya kepada kau, minta alamat! Nida kata.

Ok, bla bla bla, 50460 Kuala Lumpur. Aku kata.

Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Nida kata.

Ok, bagi aku alamat surat menyurat kau. Aku kata.

Bla bla bla, 43300 Selangor. Nida kata.

Kau ada setem? Aku kata.

Ada, kenapa pula? Nida kata.

Bagilah kat aku, kalau tidak macamana nak hantar kad hari raya kat kau. Aku kata.

Eeeee kejinya, kalau setem pun aku kena bagi - serupalah macam aku hantar kad hari raya kepada diri sendiri. Nida kata.

Keji apa pula?, setem saja yang aku minta dari kau, kad hari raya aku tak minta dari kau. Aku kata.

Tapi, kad hari raya tu kau dapat free dari syarikat D. Nida kata.

Tapi, aku tulis pada kad hari raya tu dengan ikhlas, dari hati ke hati, hati aku tak FREE!!!! Aku kata.

Yelah yelah... Keji sungguhlah kau ni! Nida kata.

Ha ha. Aku mengekekngekek sambil mengoncanggoncang gesper.

9 Comments:

Blogger artisticklytouch said...

errr...aku nak kad raya jugak!!

bla bla bla 20928, Kuala Terengganu, Terengganu

nanti aku hantar setem..

Oktober 04, 2007 12:38 PTG

 
Blogger Unknown said...

Salam Bang.

Semalam dah dapat alamat...bila nak bagi setem pula?

Oktober 04, 2007 3:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Kau ni kejap Nilai, kejap KL, kejap Penang, kejap Terengganu - kat mana satu ni? Ha ha.

Helmy,
Bang, semalam - semalamnya hal. Hari ni - hari ni punya hal. Semalam - tak ada dalam 'deal' setem tu weh! Ha ha.

Tapi, kan ke aku dah tukar dengan nomer telefon!!!! Ekekekekekeeee....

Oktober 04, 2007 4:13 PTG

 
Blogger siskinny said...

online sudah
jimat, tak yah pakai setem
kalau mau gantung kat rumah, print sendirik!

Oktober 04, 2007 6:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Skinny,
Ha ha.

Oktober 05, 2007 8:36 PG

 
Blogger DeeN said...

Bang, aku nak kad raya jugak..!!

bla, bla, bla 02800 Kangar, perlis

nanti aku suruh posmen pegi kutip kat umah. tak payah pakai setem!

Oktober 05, 2007 1:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Aaaa... Jauh! Posman tak pergi Perlis.
Ha ha.

Oktober 05, 2007 3:08 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tips untuk sedapkan hati ayam
.
.
.
.
bukan.. bukan rendam ngan air asam jawa..

bagi kad raya pun bukan..

jangan sembelih ayam tersebut, maka sedaplah hati ayam.

Oktober 07, 2007 5:53 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

ko memang keji...

nida.. ko ingat aku tak?

Oktober 08, 2007 4:26 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home