"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 September 2007

Ratattattattattoe

Seperti wanita-wanita muslim yang lain, kakak yang kegemarannya adalah memandikan burung pada setiap malam Khamis itu juga mempunyai keinginan yang serupa: jika tidak membeli, maka membuat dan menjuallah ‘pekerjaan’ mereka pada bulan Ramadhan ini.

Belilah satu, kata dia, sambil menyua sebalang penuh kuih tat yang mengebu-gebu.

Aku perati balang kuih tat itu dengan mata bernafsu. Aaa… macam budak lelaki tiga belas tahun, tinggal di asrama, tertengok baju dalam cap BeeDees di sebalik baju kurung cotton rakan-rakan perempuan mereka yang baru balik dari kelas pendidikan jasmani dalam keadaan sungguh berpeluh-peluh. Ha ha.

Ok kak, kata aku, saya belilah sebalang kuih tat tu.

Lima puluh butir kuih tat nenas yang disusun secara bertindih naik dan berkeliling santak ke satah dinding balang plastik lut sinar dengan penutup warna merahnya terdiri daripada plastik juga itu aku simpan di bawah meja kerja.

Dekat-dekat nak raya nanti, kata aku, saya bawa baliklah, kak.

Pada suatu hari, dekat-dekat nak raya, ketika aku berkira-kira untuk bawa balik sebalang kuih tat…

Hah? Tanya aku. Kenapa dah ringan? Aku belek-belek balang kuih tat tersebut. Jika dilihat dari luar - kelihatannya masih lagi penuh. Tetapi, apabila dibuka penutupnya – di tengah-tengahnya sudah bolong!

Demo dok bubuh dale supit gelenyar, kata Wan Risya, tikuh make la tu!

Aku pandang muka Wan Risya. Di tepi-tepi mulutnya ada serbuk-serbuk kuning.

Brengsek!

25 Comments:

Blogger Amyz! said...

Hahahahahaha. Aku fikir tadi kau yang habiskan balang tat itu sebelum raya. Hahaha.

September 14, 2007 12:51 PTG

 
Blogger June said...

Kau. Beli. Kuih Tat. Tak. Ikhlas.


Ooppsss, siapa dulu-dulu berlabel BeeDees di dada?

September 14, 2007 1:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Ha ha.

Teh,
Dulu-dulu kau tak pakai BeeDees kan kan kan, kau pakai singlet saja kan kan kan?
Ha ha.

September 14, 2007 2:27 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

aku tak suka tat.

aku suka batang buruk. tak tak. aku punya ok. cantik.

ha ha boleh gastrik aku macam ni.

September 14, 2007 2:35 PTG

 
Blogger June said...

ha ha ha. wa jeles dude.

September 14, 2007 3:19 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kejadian itu siang ke malam...?

Tat nenas...sedap!

September 14, 2007 3:30 PTG

 
Blogger Unknown said...

Salam.

Lu tatau ka, Ga? Ala olang lain lagi tinggi lia punya napsu ma! Lu pigi cek sama loktor...kasi tenok. Hohohoho! Soli aa gulau bulan lomadan.

Telima ksih laun kelali la ho!

September 14, 2007 3:32 PTG

 
Blogger Unknown said...

haha!
kawe konpius supit gelenyar tu gapo dio?

September 14, 2007 3:38 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

hikhikhik...
tak selotep ke tutup balang tuh?
mesti kakak burung bagitau wan risya mana ko letak.. sebabnya lepas ni mesti ko kena beli lagi ngan dia... kekeke....

September 14, 2007 3:46 PTG

 
Blogger DeeN said...

hak hak hak ... aku ingat bro yang makan curik2 seminggu sebelum posa. Hak hak hak ...!

Kuih tat tuh sebalang berapa duit? ;D

September 14, 2007 3:58 PTG

 
Blogger Unknown said...

hahaha.
aku pun penagih tat juga.

September 14, 2007 4:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
Aku. Paling suka. Kuih siput. Ya, kuih siput yang kena gentel2 tu.

Teh,
Ha ha. Memang patut lu jeles pun. La ni pun sempat lagi kalu nak layan BeeDess, beb! MUEREKEKEKEKEKEEEE...

Purp,
Siang malam dia belasah tat nenas tu. Tapi, hok tepi dinding balang dia tak usik. Ha ha.

Ah Kim,
Allo kawan, minta sama lu hah, itu time olang Islam pigi beli makanan hah, lu olang jangan sibuk mao beli sekali maaa - itu pasar Ramadhan manyak jem oooo!

Ini macam celita, wa pigi lu punya lumah - angkat oder laaaa apa lu mao makan.

Allo2, itu OP hah, mao melanja wa Fathima buffet all u can eat sebab dia tak mo jadi Presiden GengJurnal maaa - mao kasi totop wa punya molot oooo.... Ha ha.

Nizam,
Aku pun kompius gak. Gelenyar tu... errrrr.... macam, aaaa, perempuan gatallah. Tapi, 'supit gelenyar' benda lain weh! HA HA.

Chik,
Dah nama pun designer - cekap oooo bab bukak-bukan selotape tanpa kesan ni weh. Ha ha.

Nura,
Mahal wo!

September 14, 2007 4:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Tat mahal! Sebagai pengguna berhemah - kita kena menagih kuih-kuih lain, dude.

September 14, 2007 4:27 PTG

 
Blogger Unknown said...

Ga, wa muslim ma. Selupa la wa punya timpat. Manyak jem lo! Tapa lo...nanti wa kasitau bandalaya ho.

September 14, 2007 4:36 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Tu nama dia balang tat ditebuk tupai.

Wakakakakakakakakakkakaka

September 14, 2007 4:56 PTG

 
Blogger Cikgu Era said...

hai..Salam....bile nak sambung cinta itu love nih...? haaa? Tat? Pedih ulu hati ingat kan tat..Adeehhh!!

September 14, 2007 5:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ooo camtu ye budak laki pk masa umur depa 13 tahun ye..hheemmm

September 14, 2007 9:05 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

haha saya umur 13 tahun pk apa kah yg guru geografi saya cakap ni.. maklumlah subjek baru hahaha..

dan itu juga..

September 14, 2007 9:33 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ooo ooo ooo aku suka juga. bukan bukan. bukan kuih siput. tapi yang gentel gentel tu.

ha ha ha kompem. sat lagi aku gastrik ha ha

September 15, 2007 8:02 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

aku suka tat nenas gebu-gebu..jadikanlah hidangan di maskara

September 15, 2007 12:18 PTG

 
Blogger Jazli Safwan said...

tat gebu..

aku pun suka tgk baju dlm org lepas klas pendidikan jasmani..

ahahaa

September 16, 2007 12:44 PG

 
Blogger Anonymous said...

selepas teruja melihat baju T yang basah dan membentuk garisan berupa huruf 'Y' di belakang gadis-gadis cilik yang baru selesai berpendidikan jasmani...

kami bertekak...Usin kata kuih Tat, aku kata ..itu kuih Pan..sehinggalah kami disergah oleh makcik kantin kerana berbahasa lucah di sekolah.

September 16, 2007 9:07 PG

 
Blogger Mardihah said...

selamat berpuasa ~ ahlan wa sahlan ramadhan....terlambat beri ucapan yer....

kuih tat, sedap tuh, saya suka yang gulung. suka tgk mak buat, nak buat suka buat mula-mula ajer...bila dah nak habis, malas nak siapkan....

he he he he

September 16, 2007 9:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Ha ha.

Cik Seri,
Nanti2 sajalah akan bersambung.

Amirah,
Ya. Ha ha.

Embun,
Ha ha.

Jai,
Ha ha.

Art,
Oit2! Meh le turut serta.

Pangeran,
Ha ha.

Po,
Baju T kalau basah dengan peluh pun - susah nak nampak bang! Ha ha.

Mardihah,
Ha ha.

Spyzzzzzzzzzzzzzz!!!
England kalah teruk weh.
Final - Springbok vs All Blacks? Amacam? Ada kemungkinan ka?

Oit2! Awal 80-an, aku pernah sepak bola Springbok ooo... kalau kena air - licin dan meleket, ooo... Mitre? Kendian tuuuu...

September 17, 2007 8:43 PG

 
Blogger Sastri said...

keskeskes... tere Wan Risya tu... sampai Naga tak perasan kalau tak angkat balang tu... :p

September 18, 2007 8:43 PG

 

Catat Ulasan

<< Home