"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Ogos 2007

Cinta itu Love 2

Ketika aku sedang duduk-duduk di dalam stor yang penuh dengan bola-bola getah berwarna merah biru hijau dan kon-kon kayu bersatah empat dan gelang-gelang rotan hula hup itu - Siah datang menyinggah.

Untuk makluman: Kelab Lost & Found Peralatan Sukan Milik Sekolah – Yang Budak-budak Bangang Dah Guna Tapi Tak Tahu Nak Simpan Semula atau nama singkatannya KLFC ini diwujudkan oleh Cikgu Hasan Umbut dengan alasan untuk memperkasakan jatidiri ahli-ahlinya bagi menghadapi kesan-kesan globalisasi pada era akan datang.

Mengapa KLFC? Kerana… ‘K’ itu Kelab dan ‘C’ itu Club, Cikgu Hasan kata Ha ha.

Awakkk, Siah kata, waktu rehat nanti temankan kita ya, kita nak pergi beli setem!

Ok, aku kata.

Masa tu Siah darjah tiga. Aku darjah lima.

Jadi, apabila tiba waktu rehat, aku temankan Siah pergi beli setem di van Pejabat Pos Bergerak yang (aku tak jumpa perkataan Melayu untuk parking) berlabuh (ha ha) di tepi pagar sekolah setiap hari Khamis pada tiap-tiap minggu.

Siah beli sekeping setem dua puluh sen. Dan Siah suruh aku beli sekeping setem dua puluh sen juga. Siah jilat kedua-dua keping setem dua puluh sen itu dan tampal ke dalam buku simpanan wang Pejabat Pos milik aku, kemudian.

Tak apa, hari ni kita belanja awak, Siah kata, apabila dah penuh nanti kita kahwin ya!

Ya, aku kata.

Bersambung…

27 Comments:

Blogger Amyz! said...

Mesti buku setem tu tak penuh. Sebab itu kau tak kahwin sama Siah. Haha.

Ogos 24, 2007 3:59 PTG

 
Blogger DeeN said...

woah! berfikiran jauh sungguh si siah tuh! agak-agaknya, camnerlah siah tuh skang? hikhikhk..

Ogos 24, 2007 5:42 PTG

 
Blogger June said...

uuuuuuuuuu, romantiknya!

Ogos 24, 2007 5:59 PTG

 
Blogger rasso said...

wow... dengan setem boleh kawin... mahar kawin itu cukup murah.... uhuhuhu....

apa sambungannya? cepat?! hahahhaa

Ogos 24, 2007 6:12 PTG

 
Blogger adiman said...

fuhh.. aku rasa sedikit terhibur

Ogos 25, 2007 1:16 PG

 
Blogger tuan tanah said...

~Sweet~

Errr.. kenapa kena tampal setem dalam buku simpanan wang pejabat pos?

Ogos 25, 2007 4:02 PG

 
Blogger hanny said...

zaman saya sekolah rendah dulu pun sibuk kumpul setem n tampal kat buku pos tuh...dan teringat van bergerak tuh....mengenang zaman dulu lah entri nih......

Ogos 25, 2007 4:32 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Haha.. Siah dah kawin ke sekarang?

Huuuu romantiknya uncle Naga.
Aku romantik terlambat 10 tahun dari umur uncle naga huhu..

Ogos 26, 2007 10:43 PTG

 
Blogger BooK said...

setem dan buku simpanan wang pejabat pos? aku tak faham. gen Y sungguh aku ni.

Ogos 26, 2007 10:53 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

dude, parking bmnya adalah parkir.

Ogos 27, 2007 10:19 PG

 
Blogger Pa'chik said...

kalau siah beli setem satu sen lagi cepat penuh... kekekek....

Ogos 27, 2007 11:31 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Fuiyo!

Bang, buku akaun macam tu aku masih ada simpan bang. Pergh! nostalgia tu.

Tapi... apasal nak tampal setem? Wa tak faham seh.

Ogos 27, 2007 3:54 PTG

 
Blogger doff said...

bila tengok iklan merdeka tv3 sarjan saunders, mesti ingat kat enche naga & siah bila tengok budak pompuan (ayu buntal?) tu. (ishh macam la ako penah tengok enche naga dan siah betul-betul).

Ogos 27, 2007 4:40 PTG

 
Blogger areyoung said...

nampaknya musa hassan dah silap. sapa kata budak dulu lambat baligh? ;P

Ogos 27, 2007 6:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Raftah teka begitu? Ha ha.

Nura,
Hik Hik Hik.

Teh,
Sudah semestinyaaa...

Ras,
Kau tahu berapa harga 'The famous Blue & Orange Mauritius' tu?

Litium,
:)

Tanah,
Ya. Aku tahu. Aku memang 'sweet' Ha ha.

Hani,
Apa khabar kau di Jepun? Apaaa?, tengah goreng kakiage? Arrrrgggghhhhhh.... *slurp*

Embun,
Aku memang dilahirkan romantik. Ha ha.

Book,
Aku Gen X. :)

Jai,
Suka hati aku la nak guna perkataan apa. Ha ha.

Chik,
Setem 1 sen tu = setem hasil le beb! Ha ha.

Dug,
Sebab setem ada nilai. Sama je macam kau simpan jongkong emas kat bawah katil.

Oit2! Kau tahu tak harga 1 keping 'Tre Skilling Banco Yellow'?

Dof,
Hanya kebetulan. Ada kalanya manusia mempunyai kenangan yang hampir serupa. :)
Well, aku tak kata 'dia' plagiat.

AreYoung,
Ada orang cerita, Sultan Selangor ada simpan sekeping Penny Black. Kau tahu berapa harga dia? Fuyooo...

Ogos 28, 2007 4:25 PTG

 
Blogger rasso said...

OIt.. setem itu kah? kalau yang itu.. kahwin 4 pun dah boleh sangat... ako jadi hairan ngan Siah...

hahhahaha

Ogos 28, 2007 4:45 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku dulu-dulu sekolah rendah pun ada tampal setem macam itu. Skim simpanan BSN kan..? Tapi aku tak ada 'kawan perempuan' macam Siah. He he he

Ogos 28, 2007 9:13 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

'parkir' untuk parking atau meletak kenderaan.

20 sen pun nak kena belanje ke??

Ogos 29, 2007 12:01 PG

 
Blogger zizie ali said...

awakkk, nanti kita kahwin. awak kena cinta kat kita. kita pun kena cinta kat awak. kalau tak cinta kita tak dapat anak.

Ogos 29, 2007 12:08 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ras,
Apa nak dihairankah? Ha ha.

Purp,
Ya, masa tu BSN masih under Pejabat Pos kot, entah.

Art,
Belanja ni bukan kira berapa sen... yang penting belanja. Sekali2 kalau isteri belanja kita stoking pasar malam pun kita suka je. ... Perempuan sekarang dah tak macam perempuan dulu2. Perempuan sekarang berkejar2 nak masuk universiti - supaya keluar nanti boleh jadi HR - tangkap pekerja lelaki yang kononnya tak berdisiplin. Ha ha.

Zz,
Jom kita make love, awak! Ha ha.

Ogos 29, 2007 8:45 PG

 
Blogger Sastri said...

sungguh berwawasan Siah tu ek...

Ogos 29, 2007 9:19 PG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

hamboi, bukan main nyer bebudak zaman dulu yerk.. he he

Ogos 29, 2007 10:13 PG

 
Blogger Pa'chik said...

setem sempena limapuluh tahun merdeka, kata orang tak leh nak lekat... pasal orang akan tersilap ludah kat muka depan...
kekekek....

Ogos 29, 2007 12:27 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

uppsss.. setem lima ringget je...

Ogos 29, 2007 12:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sas,
Ya. Sungguh. Ha ha.

Ceri,
Ha ha.

Chik,
Setem pertama yang ada perekat - penny black rasa aku.

Ogos 29, 2007 1:37 PTG

 
Blogger rasso said...

sepatutnya siah dah leh kaya masa itu... dengan koleksi setem begitu :p

nak menanggung pak cik naga memang dah kene pada time dan tempat :p

Ogos 29, 2007 9:03 PTG

 
Blogger Cikgu Era said...

HUAHAHAHAHAHA.UHUK..UHUK...kelako...sib baik jumpe blog ni..bleh gak gelak²..kalau tak, aku nangis keje di hari sabtu begini...

September 01, 2007 4:13 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home