"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Julai 2007

Gaysha

Image Hosted by ImageShack.us

Pagi itu hujan melebat. Aku capai sepersalinan baju Melayu. Lipat dan bubuh di dalam beg sandang warna hitam. Aku capai payung. Lalu bergegas ke hotel Metropolitan, Ikebukuro, Tokyo. Tengah hari nanti ada persembahan kesenian.

Op op op, Am kata, penari tak payah bawa apa-apa, penari bawa badan saja, peralatan menari biar crew yang bawakan.

Uwop uwooop, aku kata, ini sudah terlalu bagus.

Nama dia Am. Bekas penari kebudayaan negeri Kedah. Oleh kerana perut dia dah buncit (kalau menari, perut Am kelihatan seperti balang ikan mas yang berkocak-kocak airnya) – tugas menari ‘jatuh’ kepada lelaki-lelaki yang berperut leper. Macam kami. Macam aku. Alahai!

Kalau kami penari, aku tanya, hang apa?

Aku mamasan-lah, Am jawab, mari sini aku makeup-kan hang.

Sejak hari itu, di bawah sedar, aku syak, Am telah menggeishakan kami.

KOMA

Sedang kami menari. Muzik terhenti. Tape putus (masa tu belum ada mp3 lagi)! Penonton Jepun bertepuk tangan; suruh teruskan juga. Ada empat ekor kongkang jantan panik di atas pentas. Uwop uwooop!

Turun turunnn… kita mula semula dari awal, Am kata, nasib baik aku bawa tape spare.

Sejak hari itu, aku dah tak menari dah, sampai la ni.

45 Comments:

Blogger hata said...

wah, naga dah jadi geisha tapi menari melayu, cantik gambar! sekali lagi gambar ajer bukan orang kat dalam.

Julai 30, 2007 12:31 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

chewah! ewah! gelek bang! jangan tak gelek!

Julai 30, 2007 1:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hata,
Ha ha.

Rimau,
Ewahhhh! Chak pong, chak pongggggg!

Julai 30, 2007 2:17 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Wahhh! macam bintang asli remaja. muda belia! hahaha

Julai 30, 2007 2:30 PTG

 
Blogger June said...

Bintang asli remaja?

feeeeeeeeeeeerrr...

Julai 30, 2007 2:57 PTG

 
Blogger Anonymous said...

bang...

Ko menari ke bersilat pulut?

Dari amatan aku..itu gaya jurus ke -14, hikmat halilintar membelah angkasa.

err..tak de awek Jepang lempar bunga berikat no. talipun masa ko berjoget?

Julai 30, 2007 3:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz, Teh,
HA HA!

Po,
Kalau tak ada muzik - macam kongkang sedang bersilat pulut le. Ha ha.

Aaaa... nak tengok ke awek-awek yang bergambar dengan aku (selepas persembahan)?

Kena piket dulu la - baru aku tunjuk.

Julai 30, 2007 3:49 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha

Kalau Ramli Ibrahim tengok pun kagum ni! ha ha ha!

Julai 30, 2007 3:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ramli Ibrahim tengok tak cukup kagum lagi... Yang aku bimbangkan kalau Jaafar Onn ngan Fauzi Maya Studio yang tengok.... Eeeeeiiiuuuooooo!

Julai 30, 2007 4:24 PTG

 
Blogger Rie said...

hahaha...

sekarang agak2 kalo menari macam tu kat malaya, dah boleh jadi artis tu...

Julai 30, 2007 5:18 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Hensem. Mengapa kaki ayam?

Julai 30, 2007 5:42 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

Oooo patutlah MASKARA III (4 Ogos 2007, 8:45 malam, Rumah Pena) nanti, Sinaganaga mahu menari tradisional. Ooo...

Julai 30, 2007 7:47 PTG

 
Blogger Papa said...

Noor Kumalasari tak ambik kau jadi penari iringan ke bro?

Julai 30, 2007 11:56 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

lelaki kabaret ye?

Julai 31, 2007 2:57 PG

 
Blogger Pa'chik said...

badan nampak sikit keras... tapi muka.. auwwww.... mujo ada misai... kekekeke... tulin bangggg??

Julai 31, 2007 4:58 PG

 
Blogger spyz said...

kah kah kah...

KAH KAH KAHHHHHH...

1, 2, 3, 4,
pusing kanan
5, 6, 7, 8..
pusing kiri..

cakpong cakpong..

Julai 31, 2007 7:04 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

wahahahahaha... adeh sadisnya cerita abang.

Julai 31, 2007 8:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Sekarang ni pun dah artist (wi' no 'e').

Puan Ainon,
Ya, saya tahu, saya memang handsome.

MatJan,
Ya, sila datang beramai2. Kita kasi picah itu rumah PENA ya!

Gelem,
HA HA!

Pipi,
Dulu. La ni dah taubat. Ha ha.

Chik,
Bukan sikit keras lagi - keras banget ni. Kalau tak macam kongkang - macam transformer. Ha ha.

Spyz,
Kah kah kah! Kau pun tau menari tu dalam kiraan 8? Ada pengalaman gak ke? Jegang & Ali pernah paksa kau menari ek, Labu? Kah kah kah!

Dug,
Ya, sangat sadis dan tragis. Ha ha.

Julai 31, 2007 8:51 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Agak-agak kalau kami tak cukup penari boleh import kau tak??

ha ha ha

Julai 31, 2007 8:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Daun,
Baca Kosmo semalam (30 Julai). Ada cerita tentang sosiobudaya di sekitar Tateyama (gunung Tate). Tateyama ini terletak di Toyama Pref.

Rencana ini (sekurang2nya) menjawab mengapa ada ramai warga emas di Toyama.

Julai 31, 2007 8:59 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Lebah,
Kenapa tak ajak anak-anak ikan kau je? Ha ha.

Julai 31, 2007 9:00 PG

 
Blogger doff said...

vaahh vaahh vaahh bole celen itu sivaji the boss la enche naga ;D

Julai 31, 2007 10:18 PG

 
Blogger ontahsapo said...

menarilah lagi....

Julai 31, 2007 10:37 PG

 
Blogger cik puan daun said...

Arghhh.. aku tak komen tapi ada nota untuk aku... X files sungguh.. :)

Owh.. naga ada lah legasi lelaki melayu terakhir di Jepun masa tu.. tu la nak tak nak kena menari gaks.. :P

Nanti aku mintak kosmo daripada si Nida.. dia tu tokan suratkabo.. Thanks

Julai 31, 2007 11:20 PG

 
Blogger Unknown said...

haha! buruknya!

Julai 31, 2007 2:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dof,
:)

Ontah,
:)

Daun,
Ha ha.

Cikgu Gitar,
:)

Julai 31, 2007 2:26 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

anak ikan hanya pandai berenang.. tidak pandai menari..

tapi naga itu pandai menari

Julai 31, 2007 3:07 PTG

 
Blogger Samurai said...

Macho sungguh.

Julai 31, 2007 4:51 PTG

 
Blogger Unknown said...

HOOOO bro! bleh tahan ha ha

Julai 31, 2007 5:24 PTG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

macam tak caya jer.. he he.

Layan.. jgn tak layan..

Julai 31, 2007 10:32 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha ha ha ha ha ha ha wei wei nantimaskara 4hb ni kau menarilah nantiaku call vovin suh bawak lagu aku bawak baju melayu dan bekung ha ha ha ha ha

Julai 31, 2007 11:43 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mari kasik idea kat entri baru saya bro ...

SF

Ogos 01, 2007 3:18 PG

 
Blogger spyz said...

jegang n ali tak ajar aku joget
depa ajar aaku hakka dance..

huuugh
hugghhh
hughhhhhhhh
jelir lidah...

Ogos 01, 2007 6:47 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Lebah,
Seumur hidup - itulah sekali aku beronggeng.

Samurai,
Ya. Aku tahu.

Amora,
Ya. Masih boleh tahan. (aku mencarut). HA HA.

Ceri,
Mau tak mahu kena percaya! Ha ha.

Jai,
HA HA.

SF,
Ok, nanti aku jenguk.

Spyz,
Lama betul aku tak jumpa Ali (Ali Akhbar bin Gulam Nabi). Masih NUBE atau dah join 2nd officer union?

Ogos 01, 2007 8:38 PG

 
Blogger zizie ali said...

nasib baik kau bukan politikus. kalau tidak, partai musuh boleh eksploit gambar ni. tak merasalah kau jadi yb.

Ogos 01, 2007 9:47 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

ewaahh!,boleh book masa RAPAT nanti ni!. ker dah standby utk MASKARA III?. ewahhh!

Ogos 01, 2007 11:19 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
HA HA!

Yop,
Kau tak pernah datang ke MASKARA lagi, ek?

Rudy,
Kau pun tak pernah datang ke MASKARA lagi, ek?

Ogos 01, 2007 12:50 PTG

 
Blogger faridmw said...

salam....

best ka jadi penari????????? munkin orang tertentu ja yang ada minat mcm tu kan...

Ogos 02, 2007 12:20 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

wah..... hang tak menari ronggeng ka?

Ogos 02, 2007 1:54 PTG

 
Blogger DeeN said...

hahahahahahahahahahahahahaaaaa!!!

Opss. Maaf. Aku selalu rasa pelik kalau lelaki beronggeng. Memang nampak macam kongkang! Sungguh! *pengakuan jujur dari aku* Tapi nasib baik dah insap he he he ... ;O

(tp menari rap memang sesuai dgn jejaka-jejaka macho!hak hak hak!)

Ogos 02, 2007 1:59 PTG

 
Blogger Unknown said...

mati2 aku ingat naga cuma tau menunggang kuda koboi saja..

Ogos 02, 2007 1:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Farid,
Dalam keterpaksaan - semua boleh jadi. Ha ha.

Khal,
Cikgu tak ajar. Ha ha.

Nura,
Macam akrobatik pun ada juga, rasanya.

Kelam,
Yang macam koboi tu - bukan aku. Tok Rimau!

Ogos 02, 2007 3:36 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Ajar aku! (cara memikat awek Jepang)

Ogos 02, 2007 4:37 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Naga geisha? Laku ke? Ekekekke..

Ogos 03, 2007 11:13 PG

 
Blogger fusarium solani said...

wakakakaka! nage! kalah geisha kat jepun nih! he!he!

Ogos 03, 2007 8:41 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home