See Emily Play - Pink Floyd: 2007
Cikgu sekolah telefon:
Anak enche, Emily, jatuh (ke dalam) longkang! Aaa... aaa... Enche datang (ke) sekolah ya! Pleaseeeee!
KOMA
Ayah 'tegur' cikgu sekolah:
Cis! Luka sikit macam ni pun cikgu nak telefon saya suruh datang ke sekolah? Cikgu tahu tak... berapa banyak syarikat D akan menanggung kerugian kalau saya keluar pejabat masa-masa macam ni? Errr... Kat sekolah tak ada first aid kit ke?
Cikgu sekolah takut kat mak bapa:
Taklah... aaa... aaa... kalau saya tak telefon enche (untuk memberitahu akan duduk perkara sebenar)... nanti enche lapor ke PPD pula! Saya juga yang akan kena tindakan tatatertib nanti. Tu yang saya telefon tu! Aaa... aaa... apapun, saya dah bubuh minyak gamat dah ke lukanya tadi. *Kan, kan, kan, sayanggggg! (*part ni cikgu tersebut bercakap dengan alibinya, Emily, bagi memperkuatkan hujah/tindakan yang pernah diambilnya tadi).
Kawan satu kelas dengan Emily:
Pakcik! Pakcik ni handsomelah! He he.
Ayah 'tegur' cikgu sekolah:
Ye ke? Wo ho.
Ceritanya, Emily hendak ke koop sekolah yang kesemua murid-muridnya perempuan untuk membeli buku latihan. Ketika Emily hendak melangkah sebuah longkang - langkah kakinya tidak kesampaian (kain warna biru gelapnya dah sempit - baru bulan 7 dah sempit? Haiya!) - lalu dia terjerumus ke dalam longkang. Lalu menangis teresak-esak. Cikgu panik (kerana tak ada skill pujuk kanak-kanak menangis).
KOMA
Akhirnya, Emily di bawa oleh ayahnya ke klinik yang berdekatan. Doktor suruh misi lawa bersihkan luka (adalah panjang sejengkal) di kaki Emily. “Malam nanti boleh buka plaster lukanya!” Kata doktor.
Tapi, Emily minta izin untuk tidak membuka plaster lukanya sehingga petang esok (sesudah pulang dari sekolah). “Nak tunjuk kat kawan-kawan!” Kata Emily.
Hari ini. Emily ke sekolah yang kesemua murid-muridnya perempuan. Dengan kaki berplaster luka.
Syarikat D dalam laporan kewangan tahunannya melaporkan bahawa Syarikat telah kerugian berjuta-juta ringgit (bukan kerana peristiwa yang menyayat hati tersebut). Ha ha.
27 Comments:
jadi, moralnya, apa?!
sediakan bekalan minyak gamat ke sekolah?
Julai 25, 2007 12:38 PTG
Jai,
Aku punya entri mana pernah dititipkan dengan moral. Ha ha.
Julai 25, 2007 12:56 PTG
wahahaha betul. aku lupa. ha ha
Julai 25, 2007 1:05 PTG
moral ker oral..?
Julai 25, 2007 2:04 PTG
Alah luka siket je tu, tak perlu dijahit. Haha
Julai 25, 2007 2:18 PTG
"Lalu menanggis teresak-esak. Cikgu panik (kerana tak ada skill pujuk kanak-kanak menanggis)."
MENANGIS la! MENANGIS!
bukan menanGGis.
sekian terima kasih.
Julai 25, 2007 2:21 PTG
kena saman che'gu neh, saman guru besau, saman pengarah ppd, saman pengarah ppn, saman kementerian pelajaran, saman menteri pelajaran, saman kerajaan malaysia.
ekekekeke...
baru dikata mengikut trend...
Julai 25, 2007 2:42 PTG
Saman! Jangan tak Saman! Dapat pampasan berjuta-juta.Dapat masuk berita. Dapat masuk suratkhabar muka surat pertama!
Alasan : Sekolah dan Kementerian telah gagal menyediakan longkang yang sepadan dengan langkah kaki budak sekolah.
Sebelum itu, aku nak donlod lagu-lagu Pink Floyd dulu...mengembalikan nostalgia.
kaulah!...
Julai 25, 2007 2:51 PTG
Ontah,
Dua-dua boleh. Ha ha.
Dug,
Ya betulllll! Cikgu cepat sangat panik (sejak banyak berita pasal cikgu keluar kat surat khabar).
MatJan,
Ha ha. Aku tau. Hang dah habak mai kat aku dulu semalam (di forum). Tapi, saja la aku nak taip lagu tu - nak uji kat hangpa (soljahs).
Chik,
Ha ha. Tapi, nasib baik klinik dekat dengan sekolah. :)
Po,
Tak salahkan longkang. Ni, nak salahkan mak budak - pi design kain ketat bagi anak pakai nak buat paaa? Ha ha.
Julai 25, 2007 3:02 PTG
Emily dah tak pi sekolah yang pakai kain merah tu ke?
Julai 25, 2007 5:54 PTG
Kontraktor yang buat longkang itu yang patut disaman kot. Ha ha ha!
Julai 25, 2007 6:34 PTG
wow wow kesian wow rugi wow...
Julai 25, 2007 11:40 PTG
Lebah,
Bagi sekolah pakai kain warna merah - Emily pergi pada sebelah petang (setelah pulang dari sekolah pakai kain warna biru gelap).
Harap maklum.
Purp,
Tak boleh nak saman. Sebab penguna yang tak bijak. Oleh kerana itu, kami mencadangkan agar kanak-kanak diajar ilmu kepenggunaan pada masa akan datang. <= saranan TPM.
He he.
Gelem,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. :)
Julai 26, 2007 9:34 PG
zaman aku dulu... ibu bapa/penjaga diberi lesen pada guru supaya merotan anak mereka jika nakal...err... apa kena mengena cerita ini dengan syarikat D?
Julai 26, 2007 9:44 PG
Zuldean,
Mana ada kena mengena. HA HA HA HA HA!
Julai 26, 2007 11:04 PG
Owh! Er.. ada kaitan ker longkang dengan syarikat D? ataupun ada pertalian saudara ke cikgu sekolah Emily dengan boss syarikat D?
*toink*
Julai 26, 2007 11:12 PG
bolehla percaya N3 kali ni kecuali [baca!]kecuali ayat dipuji "handsome" tuh ha ha ha... *lariiiii*
Julai 26, 2007 12:37 PTG
emily budak yg 'tough'... siap takmo bubuh plaster pasal nak tunjuk luka tu weh... :p
Julai 26, 2007 3:25 PTG
Errmmm...
Budak-budak yang manja
atau
che'gu yang manja?
Julai 26, 2007 4:46 PTG
Nura,
Tak ada kena mengena. Ha ha.
Amora,
Part 'handsome' tu boleh dipercayai. Part lain jangan! Ha ha.
Sas,
Dia tunjuk kakinya yang berplaster kepada kawan-kawan yang dia suka. Ha ha.
Khal,
Sekolah sekarang dah tak macam sekolah dulu. Cikgu dulu - kalau melempang sampai tercabut gigi murid pun - mak akan kata, "padan muka hang!"
Julai 27, 2007 8:43 PG
Sykt D rugi sebab asik kena saman je. Hahaha.
Pakai pinafore la, Emily. Mesti comel.
Julai 27, 2007 8:57 PG
Amyz,
Apabila ditanya apa cita-citanya, Emily kata dia nak jadi ustazah (pilihan 1) atau cikgu (pilhan 2): sebab boleh main kapur selalu. :)
Ada hari2nya Emily pakai pinafore juga. :)
Julai 27, 2007 9:37 PG
Sdr. Mat Jan sudah sah menjadi editor!!!
Baca apa pun dia cari ejaan salah!
Hahaha!!!!
Julai 27, 2007 5:48 PTG
Takutnya nak tulis komen kat blog Mat Jan atau post apa2 kat forum lepas ini. Mat Jan asyik cari salah ejaan saja. Hahaha.
Naga : aku pakai pinafore masa darjah satu saja. tak puas pakai pinafore la~
Julai 28, 2007 4:11 PTG
Puan Ainon,
Ha ha.
Amyz,
Tak rasa nak pakai pinafore ke la ni?
Ha ha.
Julai 30, 2007 12:19 PTG
Naga : Nak juga. roleplay budak sekolah.. OPPSS!!
Julai 30, 2007 2:35 PTG
Emily kena pakai miniskrt baru boleh berlari-lari merentas longkang.. Lagipun longkang sekarang besar nak elak banjir..
Ogos 02, 2007 4:40 PTG
Catat Ulasan
<< Home