John Gray
Dulu-dulu. Seluar aku. Bukannya ada banyak.
Seluar sekolah warna hijau tua, dua. Seluar sekolah warna putih pakai pada hari Jumaat, satu. Seluar rekrut sol-jah warna hijau muda butang depan, satu. Seluar track suit cap Power warna biru dengan stripe tepi dua inci tebal warna kuning, satu. Seluar jeans half overalls cap Texan warna biru gelap, satu. (Seluar jeans tu, aku pakai untuk melawa, semasa prep malam, manalah tahu, kot-kot kakak pengawas tu, Christina Cheng, jatuh hati kat aku. Ha ha.)
Emak selalu komplen. Seluar jeans tu. Ketika basah – berat! Perlu dua orang untuk memerahnya. Ha ha.
“Kenapa seluar jeans kau tak lembut macam seluar jeans Kak Ita (jeans slimfit cap MC)?”
“Dah harganya tiga puluh lima ringgit – mana nak lembut!”
“Ha ha.”
Suatu hari. Aku dapat surat. Panggilan temuduga. Lalu. Emak hulur. Lima puluh ringgit. Suruh pergi beli. Seluar slack. ...Aku pergi PERTAMA. Beli seluar. Slack! Ho ho.
“Kak! Kasi seluar slack satu! Bungkus ya!”
“Uuuuih! Mana boleh terus main bungkus-bungkus – kena try dulu! Apa saiz?”
“24 kot, ntah.”
Aku. Masuk fitting room. Cuba seluar.
Seluar cap John Gray ni. Poket di sebelah depannya. Macam potongan poket seluar jeans. Dan. Poket tampal di sebelah belakangnya. Macam potongan poket seluar jeans. Juga. Pendek kata, seluar slack ni macam seluar jeans-lah juga. Cuma, kainnya bukan kain denim. He he.
“Tak muatlah, kak!”
“Cuba try saiz 25 pula!”
Aku. Keluar masuk fitting room. Cuba seluar.
“Tak muatlah, kak!”
“Hish! Berapa lama kau dah tak beli seluar ni?”
“Ni first time saya beli seluar slack ni, Kak!”
Kakak kedai seluar tu. Ambil seluar lain. Dan. Dia belitkan pinggang seluar tu. Kat leher aku.
“Nah! Try saiz 27! Muat ni...”
KOMA
Malam tu. Aku tidur. Pakai seluar slack. John Gray. Ha ha.
31 Comments:
haha... 24 ke 27.. jauh beno bezanya...
Jun 26, 2007 12:39 PG
Ooo...
Sebelum jadi penulis "Lelaki dari Marikh, Perempuan dari Venus" rupanya beliau itu pengeluar seluar rupanya... Ooo...
Jun 26, 2007 1:14 PG
Salam.
Bang, seluar John Gray itu masih ada tak dalam simpanan? Atau mungkin saja masih menggunakannya?
Hahahaha
Jun 26, 2007 5:45 PG
Chik,
La ni - lagi jauh! Ha ha.
Tanah,
Ha ha.
Helmy,
Bang, seluar tu, lama dah tak muat. Ha ha.
Oit2! Bila kita nak minum2 koko panas sambil membincangkan hala tuju sastera negara ni?
Muerekekekekekee...
Jun 26, 2007 8:43 PG
27? hmm. bulih tahan ramping juga naga yg dulu2. ahaks..
Jun 26, 2007 9:08 PG
la ni seluar tu muat sampai BETIS je HAHAHAHA
Jun 26, 2007 9:09 PG
naga nak cakap satu masa dulu pinggangnya pernah 27.
ok ok, kasi chance la.
Jun 26, 2007 10:51 PG
Salam.
Bang, patutlah saya tak kenal bila jumpa...selama ini cari bang naga yang bersaiz antara 24-27 saja...hahahha
Jun 26, 2007 11:15 PG
Cheh..mintak seluar saiz 24. Perasan ramping le tu.
Jun 26, 2007 11:19 PG
Kelam,
Dulu-dulu tak ada banyak duit. Makan pun kena catu (Biasalah, budak2 boarding school) - tu yang ramping tu.
Oh ya, masa kat boarding school asyik makan maggi - kesan sampingannya boleh tengok pada rambut Tok Rimau.
Dug,
He he.
MatJan,
Walaupun la ni pinggang aku dah 36 - tapi masih kecil daripada pinggang Bukunota dan el-Maaniq. He he.
Helmy,
Mana ada kau cari, bang! Ha ha.
Budak2 sol-jah selalu jer dok perati kau, bang! Kita orang grup 'di bawah anjing'. Ha ha.
Pssst! Tapi, reporter TV3 yang menyelit antara aku dan OP tu memang wangi, bang! Serius, wa cakap lu.
Samurai,
Ya Allah ya Tuhanku, terimalah doa hambamu ini, si Samurai akan berkahwin tidak lama lagi, kau tunjukkanlah kekuasamu ya Allah, kasi gendut dia punya perut dalam masa tiga bulan ya Allah coz aku tahu, anak buah aku tu, si Ahsuez memang pandai masakkkkkkkk!!!!
He he.
Ahsuez,
Kau nak beranak cepat ke atau kau nak man-man dulu? Dinner kita bulan Disember ke? Kak IntanZK tak boleh datang coz time tu dia dah ada baby kecik.
Jun 26, 2007 11:40 PG
Dulu 27, sekarang berapa saiz berapa pulak bang? 37? ha ha ha
Jun 26, 2007 12:48 PTG
pakcik, dulu sekolah mana?
Jun 26, 2007 1:07 PTG
seluar putih pada hari jumaat? ini tahun bile nih bro. jgn marah aarr.... xpe xpe nnt wa ty uncle wa... * lari...... *
Jun 26, 2007 1:21 PTG
muahaha..masa tu pun dah saiz 27..skang mesti lagi besor ek..
Jun 26, 2007 1:52 PTG
Purp,
Wop! Belum 37 lagi hahhhh!!!!
Aqilah,
Kat sekolah sains (yang pertama di Malaysia; saing wujud dengan Sains Kluang) - di hadapannya Kampung Congo, di sebelahnya Cowboy Townnnnn! (Tiru iklan Nombor 5 Persiaran 1).
Amora,
He he. teruk lagi Bukunota - hari2 kena pakai seluar puteh. Ha ha.
Faisal tehrani pun serupa, aku rasa.
Jun 26, 2007 1:56 PTG
Penyu,
La ni - maintain. Ha ha.
Jun 26, 2007 1:57 PTG
Oh ya, cutting seluar John Gray memang kecik sikit. Kalau kau pakai Levis saiz 25 makanya mak kena pakai John Gray saiz 27.
Eeeeeiuuuuuoooo!
Jun 26, 2007 1:58 PTG
Ooooo ... saiz 27. Ingatkan umo naga 27. Oooo..! Tak penah dengaq pon seluaq John Gray tuh. Jane Grey tahu ler :D
Jun 26, 2007 3:07 PTG
Perghh! slim nyaa dia~
Jun 26, 2007 3:35 PTG
Salam.
Astagaaaa patutlah aku rasa "diperhatikan"...ingat SB kaa...rupanya bebudak sol-jah...phewwww...
Jun 26, 2007 4:28 PTG
Aku kira kau dari kalangan yang hebat kerana membeli seluar baru.
Aku dulu, hanya memakai seluar kain denim bekas dipakai orang-orang Jepun.
Levi's dude.Ori.Silver tab.Button fly.Zip bukan cap YKK.
Pasar malam di Dungun, malam Jumaat.
Tauke bundle tu pakai Ford Telstar masa tu. Cakap lu.
Jun 26, 2007 4:32 PTG
Nura,
Kalau ke PERTAMA - masih ada dijual cap John Gray tu, rasanya.
Amyz,
Ya. Sangat slim. :) Takyah susah2 minum sliming tea - aku makan nasi lauk ikan jaket jer... Du du du... merana oooo!
Helmy,
Dah lu taksub sangat tengok Rahmad Haron potong jari - kita orang bantai tengok lu la bang! He he.
Oit2! Bila nak makan roti canai double dengan kita orang? Ada berani ka? Ha ha.
(Kalau wa ajak abang Pyanhabib sekalik - jadik ni! He he.)
Po,
Aku beli seluar tu untuk pergi interview kat agensi kerajaan. Kalau tak - sampai mapuh la kawang paka selua jeanGsss! He he.
Jun 26, 2007 4:49 PTG
bang naga..pinggang saya sekarang 27..seluar john gray tu ader lagi tak
Jun 26, 2007 7:34 PTG
Kemat,
HA HA!
Jun 26, 2007 10:30 PTG
Salam Bang Naga.
Boleh saja...nanti aku nak bawak inche rahmat sekali...bleh dia hiburkan kita sambil pekena teh tarek dan roti prata dabel...hahahhaha
Jun 26, 2007 10:48 PTG
salam,
kelakar betul lah seluar jeans nih..
saya tak pernah beli seluar jeans..belum pi beli lagi..ada 1 nih...tetiba magik ajer ada dalam almari..ape lagi rembat ar...sebab baju kurung idaman hati..he he
nanti nak try pi beli kat PERTAMA jugaklah ...seluar slack tu...??ermmtak nak wat koleksi muzium ke?jual ke....harga pasti meningkat naik...
Jun 27, 2007 8:15 PG
Salam Bang Helmi,
Kami akan bawa Alif Firdaus Aziz. Dia ahli silap mata. Uuuu.... magis tu.
Rahmat? Uuuuu... mistik tu, Rahmat! Ha ha.
Madihah,
Dha ha ha!
Jun 27, 2007 8:37 PG
oooo seluar slack JOHN GRAY?
balik nanti aku selongkau lemari bapak aku ah bang.
kot-kot ada,nanti aku amik gambo. tayang kat ko ek?
Jun 27, 2007 12:00 PTG
Pinggang aku size 27 waktu aku belum kenal apa itu algebra...
Sekarang? Emm... segan nak bagitau. Hehe
Jun 28, 2007 1:14 PTG
Ingatkan kakak tu belitkan leher hang dengan tangan dia.
Terkejut aku.
Jun 28, 2007 5:44 PTG
Yon,
Please do! Ha ha.
Manik,
Ha ha.
Khal,
Kalau itu yang berlaku - terkejut juga aku. Ha ha.
Jun 28, 2007 10:03 PTG
Catat Ulasan
<< Home