"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Jun 2007

Jangan bunuh 'bahasa Melayu'

Nordeen itu. Orangnya jarang marahmarah. Tetapi hari ini. Bibirnya cengek. Hatinya ada protes. Kalau diikutkan hati, mau saja dia terbalikkan meja.

“Buku ni (BM tahun 6) dah nak cetak dah… tapi, editor suruh tukar semua perkataan bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Melayu dan Malaysia tak sama aksara, bang! ‘Lari’lah spacing reka letak buku aku.” Gerutu Nordeen.

“Uuu…. Bukan kerja senang ni... Siapa punya arahan tu?” Tanya aku.

“Orang atasan!” Kata Nordeen.

“Gua tak kisah, bang! Nak guna bahasa Melayu ke, nak guna bahasa Malaysia ke, nak guna bahasa CinTameLayu ke… janji gua dapat tutuh awek tu beramairamai sudahlah... Menteri bukan tangkap pot pun. Ha ha ha ha ha!” Kata Mat Rempit. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop!* Macam selaluselalu.

“Ooo…” Kata aku dan Nordeen.

15 Comments:

Blogger Pa'chik said...

err... kebodohon seseorang yang menyusahkan ramai orang... tapi asalnya, kebodohon ramai orang mengangkat seorang yang bodoh lantas menyusahkan lebih ramai orang.

Jun 11, 2007 10:38 PG

 
Blogger blackpurple said...

Melayu dah tak punya 'bahasa' dah... :(

"...kalau nasib baik gua dapat gi kutub...."

isk...isk...sik...

Jun 11, 2007 11:56 PG

 
Blogger ontahsapo said...

pui.. suruh orang atasan buat sendiri la....

Jun 11, 2007 12:17 PTG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Cheeesss!! Menyusahkan betoi!! Tangkap saja orang atasan tu, lempaq ke kutub utara buat makanan beruang kutub. Er.. lepas tuh buleh cipta rekod baru!!

Jun 11, 2007 1:47 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ni nak kena angkat keranda ka?

Nak tempah keranda dah ni. Saiz orang atasan mana nak ukur ni?

Jun 11, 2007 3:34 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

bodoh lagi membodohkan

Jun 11, 2007 3:50 PTG

 
Blogger rukiah mahmood dan anak-anak said...

budak-budak paling kesian. dimanipulasi. jadi ummat yang keliru. termasuk saya. huhuhuuuu

Jun 11, 2007 5:43 PTG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

keras bau politiknya ni..kita tengok kita tengok

Jun 11, 2007 6:09 PTG

 
Blogger zizie ali said...

awas, blog ini sedang dipan...aaaaacum!...tau. sori, selsema.

Jun 12, 2007 8:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Wo!

Purp,
Ha ha. Gua pun nak gi khutublah kalau macam ni.

Ontah,
Wo!

Nura,
Wo!

Khal,
Keranda free size takde ke?
Ha ha.

Dug,
Ada akai - pakai!

Rukiah,
Wo!

Amora,
Uwoppp uwoppppp!

Zz,
Ha ha.

Jun 12, 2007 8:44 PG

 
Blogger amyz! said...

Bahasa Malaysia~ Malaysia ada berapa banyak bahasa? Memang harus org atas-atas itu dimaki.

Jun 12, 2007 9:28 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

ada lagi ke kes ni? tak sudah-sudah

Jun 12, 2007 12:33 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
:)

Art,
:)

Jun 12, 2007 2:45 PTG

 
Blogger Amir Mukhriz said...

menteri-menteri dan perdana nya sibuk berpolitik dan memanipulasikan isu-isu remeh.

dalam masa sama, isu-isu yang lebih besar, seperti isu video gadis melayu dicabul tanpa belas, terus sekadar menjadi pelaris akhbar-akhbar tabloid tempatan.

dan video-video semacam itu, dan mangsa-mangsa semacam itu, dan dajal-dajal semacam itu,

terus bertambah.

Jun 13, 2007 1:04 PG

 
Blogger Emphbone said...

Hantar pak menteri ke khutub khanah.. baca sejarah balik..

Jun 17, 2007 5:00 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home