"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 Mei 2007

Hujan pagi

Tajuk sebenar entri ini:
Perempuan itu melukis wajah lelaki yang Faisal Tehrani gambarkan sebagai, “Hensem tiada, tapi manis ada!” Ha ha. “Dua gelas koko panas dan lima keping rempeyek itu (yang Faisal minum & makan) saya yang akan bayarkan, ya Hameed!”

Hujan turun sejak tengah malam tadi. Tiada tanda-tanda akan segera reda. Kendatipun, cuaca musim panas kali ini lebih panas daripada selalu-selalunya, alahai!

Miyuki. Pipi dan dagunya mudah saja menjadi kemerah-merahan dalam cuaca sebegini –tanpa perlu lagi bersusah-susah menyapu blusher, cukup dengan sepalit nipis gincu warna momo, urai rambut di sebelah kiri kepalanya tersisip klip damar panjang sejengkal warna putih, dalam blaus polos warna putih dan skirt paras lutut bercorak bunga-bunga kecil warna tanah– sesekali mencicip koko panas. Ada sesuatu yang sedang dia kerjakan…

Aku. Masih lagi terkial-kial menaip laporan yang perlu disegerakan.

“Taraaaaaaaaaa!”

“Kau lukis Tateyama (gunung Tate di Toyama) atau pulau Dayang Bunting ni, Miyuki?”

“Eeee… menyampah betullah! Eeee…”

Image Hosted by ImageShack.us

16 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Isk...tak faham.

Tapi yang "hensem tiada, tapi manis ada" tu aku rasa aku tau siapa...

he he he..

Mei 16, 2007 5:19 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

Mooo...
hensem tiada ye.. haha...

Mei 16, 2007 5:31 PTG

 
Blogger zizie ali said...

kau simpan lagi lakaran miyuki? huh, lelaki urban romantik. penuh nostalgik.

Mei 16, 2007 6:49 PTG

 
Blogger doff said...

hehe. comel. lukisan miyuki.

Mei 16, 2007 10:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
HA HA.

Chik,
HA HA.

Zz,
Bukan saja urban romantik yang nolstalgik - tapi, manis macam gula dan seksi juga.
Ha ha.

Dof,
Oh, iye ke?

Mei 16, 2007 10:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Perhatikan tulisan 'kanji' nama Miyuki tu - macam lipan! Ha ha.

Miyuki kata macam misai aku. HA HA.

Mei 16, 2007 11:10 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

gincu momo? aku ingat stereng kereta je yang momo. oh aku suka katana. tahukah kau katana diadun dari 2 jenis besi?

Mei 16, 2007 11:47 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

katana tu motor yang sangat popular zaman cerita azura dulu kan... hehe

Mei 17, 2007 4:44 PG

 
Blogger DeeN said...

Miyuki tuh keturunan ninja atau samurai? sebab dia pandai lukis katana la. canteek. ha ha ha tapi kat belakang tuh bukit ke pulau?

Mei 17, 2007 11:01 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
Hideyoshi mengadun katananya dengan 9 jenis besi. Adakah kau tahu?

Cik,
:)

Nura,
Aku teka pulau. Miyuki kata gunung. Tapi, oleh kerana pada lukisan itu ada captionnya 'tate yama' - makan aku biarkan Miyuki menang.

Orang perempuan, kalau menang, nak hadiah kan? kan? kan?
Ha ha.

Mei 17, 2007 11:11 PG

 
Blogger pjoe said...

Lukisan Miyuki comel..
Maybe mcm tuan dia.
hehehe

Mei 17, 2007 11:12 PG

 
Blogger Sastri said...

miyuki tu berapa usianya? comel hasil kerja tangannya... :D

Mei 17, 2007 2:00 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Pulau Dayang Bunting?

Subteks kepada Miyuki ka?

Hah! Apa hang dah buat kat dia?

Mei 17, 2007 2:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nez,
Iye le kot, ntah.

Sas,
Ntah, dah lupa.

Khal,
Aku tak buat apa2. Ha ha.

Mei 17, 2007 3:54 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

aku suka waktu hujan. hoho! siap ada gambar rokok tu. haha.

Mei 17, 2007 11:39 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lama jugak rasanya tak baca/ada entry pasal miyuki/japan kat blog en naga.

comel sungguh lelaki yg di lukis miyuki, mmg lelaki itu "ensem tiada tapi manis ada" =P

Mei 18, 2007 11:44 PG

 

Catat Ulasan

<< Home