"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Mei 2007

Bila Tuhan Berbicara - buku baru Faisal Tehrani

Kusuruh Rimau menulis sepatah dua kata...

Kau suruhlah Faisal atau Saharil yang tulis... Tok Rimau hari ini bukan Tok Rimau yang dulu... Tok Rimau hari ini adalah Tok Rimau yang baru... tetapi, yang baru bukanlah bererti yang lebih baik.... Aku hilang 'touch', katanya.

Aku tak perlukan kau menulis seperti seorang sasterawan... tulislah seadaanya sahaja.... Apapun aku doakan urat spontan kau agar kembali pulih seperti sediakala, kataku.

Terima kasih. Doa orang yang tinggal di kondo (tingkat tujuh) lebih dekat dengan langit... semoga cepat sampai, katanya.

Di tingkat dua puluh dua tinggal seorang Cina... lebih dekat dengan langit!, kataku.

:)

12 Comments:

Blogger abdullahjones said...

saya suka tulisan (ahli kumpulan lelaki suka merajuk) ini.

Mei 10, 2007 1:22 PG

 
Blogger Samurai said...

Hek eleh..entri yg sama.

Mei 10, 2007 10:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jones,
Aku suka Jones, juga.

Samurai,
Entri tentang keTuhanan dan tentang manusia-manusia yang fitrahnya pelupa/nyanyuk/hilang bentuk. Adalah molek untuk kita saling ingat mengingati.

Tuhan
Mana mungkin cuma di langit sana
sedang kau di mana-mana.

Tuhan
Kepada kau
kami berserah.

Mei 10, 2007 11:58 PG

 
Blogger June said...

Wooo, di tingkat tujuh kondo ada rumah Tuhan?

Mei 10, 2007 1:15 PTG

 
Blogger Unknown said...

u make me grinned ear to ear...ha ha

life is so stressfull nowadays.

Mei 10, 2007 1:29 PTG

 
Blogger DeeN said...

Oh, kalau begitu doa ayah pin lebih cepat makbul kerna dia kan punya kerajaan langit. hak hak hak....

ahli kumpulan lelaki suka merajuk? heh!

Mei 10, 2007 3:23 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kondo?

Aku nak panjat KLCC lah macam tu!

Mei 10, 2007 6:18 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

hari ada sekumpulan manusia, berkumpul di tepi pantai dekat sini. Tunggu tuhan muncul kata mereka.

Geng Illuminati kot

Mei 11, 2007 2:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tifani.
Keluarga Cina di hadapan rumah aku - kalau kami berdua membuka pintu serentak - aku boleh nampak Tuhan Gemuk tu memandang ke luar.

"Halo bos, pagi2 sudah keluat rumah - mana mao pigi?"

"Pigi kirja la, nya! Itu budak kicik - siapa punya anak?"

"Momoi punya anak laaa!"

Sebelah kanan rumah aku - cikgu Benggali mengajar bahasa Inggeris. Aku panggil dia, "Singh, rumah you ada karen ka?"

"Tarak juga! Kita punya floor juga selalu tarak karen!"

Amora,
Ha ha. Bila kau nak tulis dalam bahasa Melayu lagi?

Nura,
Kau rasa, kenapa Tuhan jadikan lelangit untuk kita? (Sila beri ulsan secara klinikal atau merapukal).

Khal,
Tak boleh panjat KLCC - guard marah. Ha ha. Kena tangkap kau nanti...

Berapa kali dah Spiderman tu try panjat, ek? 2 kali?

Cik,
Bukan tunggu Tuhan tu... Mereka pengemar seni fotografi - nak amek gambar matahari terbit le tuh...

"Nabi Muhammad saw itu cantik."

Jadi, agama memang tidak ada halangan dengan perkara2 yang cantik. So, merakamkan keindahan alam untuk dipamerkan kepada orang ramai agar manusia menikmati alam sambil mentafsirkan dengan pelbagai perspektif - aku rasa, IBADAH juga tu!

Mereka itu - bukan menyembah Tuhan lain. Mereka ambil gambar sahajalah. :)

Mei 11, 2007 9:56 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Isk..nak beli penthouse tak mampu la pulak...

Mei 11, 2007 12:20 PTG

 
Blogger DeeN said...

Erk! Fungsi langit .. er..er.. bukan ..Tuhan jadikan lelangit sebab..er.. sebab...tunggu kejap aku kena bukak buku sains rumahtangga dulu.

Mei 11, 2007 1:58 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

ko suka Jones?

Mei 11, 2007 2:19 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home