"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 April 2007

Wakil pekerja

Sibuk.

Hari itu. Tangan seorang teman sekerja (WokSir @ M. Nasir Abdullah). Tersepit di antara dua roller mesin cetak yang sedang berputar. Mengakibatkan kecederaan serius - tujuh belas jahitan, aduhai! Lihat, bukan senang nak terbitkan buku...

Seorang wakil pekerja yang baik ada potensi untuk jadi seorang wakil rakyat yang baik juga, beritahu seorang teman yang lain kepada aku.

Ha ha. Aku ketawakan sahaja. Bukan tidak mahu jadi wakil rakyat... cuma, bimbang akan sama tersasul kata macam Tan Sri A. Khalid Ibrahim pula nanti. Alahai Tan Sri! Ha ha.

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada cikgu K. R. Parthiban atas kejayaan di Ijok tempoh hari. Dah jadi YB ni - dah tak mengajar lagi lah ek, cikgu? Dah ada cikgu pengganti dah ke tu? Ha ha. Apapun, Selamat Hari Pekerja, cikgu!

Sibuk.

13 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

aku sibuk juga. menghadapi peperiksaan. isk!
selamat hari pekerja!

April 30, 2007 2:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kama,
Sabarlah. Suatu hari nanti kau akan bergelar pekerja juga nanti. Pada ketika itu, nescaya kau akan menikmati sepenuhnya COTI hari pekerja ini. :)

MatJan,
Selamat Hari Pekerja yang pertama untuk kau, ya!

Pssst! Ada yang mendakwa, clip video Tan Sri tu - clip lama (ketika masih bersama2 dengan Syarikat Gergasi Pelaburan Modal milik state). Betul ke?

Kak Ainon dan keng boleh jawab kot! Pssst!

April 30, 2007 2:49 PTG

 
Blogger DeeN said...

Ooo .. cikgu rupanya dia tuh. Ooo .. baru aku tau. Ooo... kenapa selama nih aku tak tau dia tu cikgu. Ooo.. cikgu pun dapat jadi wakil rakyat. Oooo.. dan Oooo.. lagi.

April 30, 2007 4:09 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Periksa?

Waaa..... aku ada periksa minggu depan dan minggu lagi satu.

Satu haram tak baca!

April 30, 2007 4:18 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah cikgu Parthiban ! Dengan ucapan, jangan diabaikan masyarakat Jawa yang tidak menyokong kamu itu. Meeka cuma menduga-duga kamu. hehehe

April 30, 2007 5:10 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

tahniah juga untuk pengundi-pengundi Ijok. Semoga tidak jadik macam pengkalan pasir yang dijanjikan takkan banjir lagi dah lepas ni, tapi bila tiba tengku juhari hari tu, situ je yang kena, tempat lain tidak.

April 30, 2007 5:24 PTG

 
Blogger Sastri said...

Cikgu Parthiban yg byk tersenyum pada hari pencalonannya itu... :D Selamat Hari Pekerja... harap2 Cikgu Parthiban dapat bekerja untuk masyarakat setempat yg telah mengundinya (samada secara sukarela atau ...)

April 30, 2007 9:05 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

1 mei harijadi abah :)

Mei 01, 2007 12:00 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Encik Naga,

Saya sudah terima Kalashnikov. Terima kasih kerana mewarnakan merah hari Isnin saya yang redup-mendung-gelita hari ini.
Terima kasih banyak-banyak.

Dan, kami di Ireland tidak bercuti 1 Mei ini.
Kami cuti 7 Mei nanti.

Huhuhu.

Mei 01, 2007 2:49 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku ni masuk gak ke golongan pekerja..?

Mei 01, 2007 9:38 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Ooo...

Khal,
Satu haram pun tak baca? Wo, bagus tu...

Purp,
Ha ha.

Chik,
Tegang sungguh Batang Berjuntai itu hari ek...

Sas,
Ada manusia memang dilahirkan dengan wajah tersenyum. Aku rasa. Ha ha.

Jai,
Happy Birthday to Mohd. Said. Yacob! Our beloved brother (brothers in arms he he), salah seorang pengasas Anak Alam, dan masih setia menjadi teman minum teh tarik pagi atau petang.

Mat Said,
Terima kasih kerana berjuang bersama-sama kami menentang Mat John, walaupun kita kalah! Ha ha.

Tanah,
Apa gilanya negara kamu - bercuti pada 7 Mei?

Eh, aku selalu silap: mengingatkan kau di UK, sedangkan kau di IRE, alahai!

Ontah,
Kau 'majikan' - kau tak boleh cuti!
Ha ha.

Mei 01, 2007 10:18 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

en naga,
kalashnikov sudah selamat tiba.

yang terlebih kurang, mintak halal juga ya;)

Mei 01, 2007 8:08 PTG

 
Blogger zizie ali said...

macam orang melayu yg latah. sebut "*****". sebab istilah itu sentiasa bermain dalam kepalanya . agaknya berapa ramai pengundi yg 'lari' akibat ketersasulan itu?

Mei 02, 2007 11:37 PG

 

Catat Ulasan

<< Home