Yin II
Aku. Ajak. Menginap di chalet kecil-kecil. Yang membontoti Istana Pulau Santap itu.
Kiblat arah mana? Ajak tanya aku. Dia dalam wuduk.
Nun! Aku beritahu Ajak. Sambil memuncungkan bibir. Ke arah Istana Pulau Santap. Di tangan aku ada pisau Swiss Army dan ubi kentang.
KOMA
Pagi esoknya. Setelah subuh. Aku perhatikan. Matahari terbit dari sebelah belakang Istana Pulau Santap.
Alamak! Maghrib. Isyak. Subuh tadi. Aku dan Ajak... menyembah matahari!
Tik! Tik! Tik!
“Jak! Aaa... Boleh kau qada sembahyang maghrib, isyak, subuh.... Aaa, aaa, pasal... aaa....”
“Hah?”
NOTAKAKIBANGKU: Ajak akan muncul manja di kolum Rakaman Pengembara, Dewan Siswa, MEI 2007.
15 Comments:
He he he. Lain kali bawak kompas kiblat tu. Baru sepuluh ringgit...
April 24, 2007 2:41 PTG
Aku baru je nak suggest pakai kompas. Hik hik hik ... dah memang tak dak cara lain melainkan Qada' or kalo nak buat cara 'Setan' .. cubalah buat TAK RETI jer.
April 24, 2007 4:07 PTG
Hahaha... kompas kiblat tu banyak dijual di Jln Masjid India...
April 24, 2007 4:29 PTG
berapa ringgit, ek?
biasa tgk matahari je...
kalau dah jerebu tu, nak buat lagu mana?
hehhehe
April 24, 2007 4:59 PTG
teringat masa aku baru pindah ke rumah sewa ni. pon main belasah je! huhu...
April 24, 2007 11:39 PTG
Heh :)
Ada pendapat kata kalau tak tahu arah kiblat, hadap je mana2 asalkan hati kena yakin dan jitu bahawa itu arah kiblat yang betul. Masalahnya, saya ni jenis yang tak suka memandai2, kalau ada kawan beri suggestion, "Solat je arah mana2! (especially ketika dalam musafir) saya selalu kata, "Eee... kau nak solat menghadap Baitulmaqdis ke?"
April 25, 2007 3:27 PG
jungle survival lesson no. 12 :
Kalau nak tahu arah matahari naik atau jatuh. Perhatikan kepada kulat pada batang pokok.
Lesson no. 7 :
Kalau malam dan nak tahu arah kiblat, perhatikan kepada bintang yang bersusun tiga memanjang dan satu yang menjadi kepala 'arrow'.
Lesson No. 32 :
Kalau pergi mencandat sotong, nak tahu arah kiblat, tujukan kepada cahaya Jambatan Kuala Ibai (ikut kata Juragan bot aku naik dulu) selesai solat...cahaya jambatan dah ada di belakang aku. Tak pe kata Juragan, yg penting 'iqtiqaf' masa mula2 tuh, halakan ke Makkah, kitakan naik bot..kalau ko nak solat lurus tak bergerak..aku hantar ko balik ke darat dan kau jangan nak mimpi ikut aku mencandat lagi! kata juragan bot aku suatu ketika dahulu.
huh? Sajan Leman tak de ajar ko itu hari?
April 25, 2007 8:49 PG
Purp,
He he.
Nura,
He he.
Iden,
Oh iye?
Joe,
Kau nyanyi lagu Apo Nak Dikato - Blues Gang.
Kama,
He he.
Tanah,
Ha ha.
Po,
Sarjan Leman tengok kompas untuk cari arah perjalanan je. Cari arah kiblat dia tak ajar.
HA HA.
April 25, 2007 8:56 PG
pak sinaganaga,
solat itu adalah sah. sebab kalau tak tahu arah kiblat dan masa solat tu yakin arah kiblat tu betul, sah...
oh, saya berbesar hati kalau pak naga si pandai grafik (dan faisal tehrani si pandai tulis) dapat memberitahu saya apa kelemahan rekaan blog terkini saya di blog saya.
saya tak siapkan sepenuhnya sebab tengah tunggu respon orang ramai..
la la la la
April 25, 2007 9:35 PG
Amin,
Bagi mortal2 yang tak berapa menguasai ilmu - daripada was-was - qada adalah lebih baik.
Blog kau - nanti senang2 aku tengok.
Ainun Nazrin,
Sudah terima surat-surat cinta kau. Sudah terima juga 5 Euro tu. :)
April 25, 2007 11:37 PG
masa p aus hari tu, yakin betul guna kompas kiblat tu, balik2 jer, Blackie ckp cara baca yg betul adalah lain dari yg dah dipraktikkan... huhuhu...
April 25, 2007 12:25 PTG
Lepas ni bolehlah pak naga dengan penuh bangga berkata, "Aritu aku solat ngadap Istana Pulau Santap!"
April 26, 2007 7:47 PG
ahaha..takde arah kiblat ke.. :P
April 26, 2007 2:40 PTG
oh. chalet tu takde arah kiblat eh? hahaha.
selalu confuse waktu solat..
sikit-sikit call kawan bilik sebelah..
Dah masuk waktu ke belum? Kat sini, masuk waktu pukul berapa??
keji sungguh lah
April 27, 2007 9:19 PG
Pemilik chalet2 itu adalah Tok Empat Janda Baik dan Ketua Cawangan UMNO Janda Baik. Apa kaitannya dengan kiblat? Lain kali menginap saja di chalet saya, Sdr Naga!
April 29, 2007 10:16 PG
Catat Ulasan
<< Home