"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 April 2007

Api-api

Image Hosted by ImageShack.us

...Perbualan secara online dengan Sinaganaga telah membuatkan saya sangat percaya yang saya adalah seorang penulis yang amat bagus dan secara automatik perlu memberitahu lebih ramai manusia mengenainya.

Lalu saya merasa telalu penting untuk segera membukukan tulisan-tulisan saya. Ditambah pula dengan ‘api-api’ dari kumpulan Sindiket Sol-Jah, yang kononnya buku saya ini bakal mencetus revolusi dalam industri penerbitan buku-buku sajak. Dan seperti mana yang kita ketahui, buku antologi sajak adalah suatu produk yang amat payah untuk dijual.

Mungkin itu hanya janji-janji palsu sekumpulan penerbit. Tetapi yang sudah terangsang ini tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Kerana, walaupun sombong dengan pendirian untuk tidak mahu ke arus perdana, saya perlu mengakui yang jauh di sudut hati yang penuh dengan kasih sayang ini, saya memang bercita-cita untuk menulis sebuah buku sekurang-kurangnya.

Impian ini biasanya disertai dengan angan-angan apabila setiap kali melihat gambar yang diambil sendiri lalu berkata, “alangkah cantiknya jika gambar ini tertera di kulit buku aku nanti”...

...Yang penting rasanya adalah menjadi diri sendiri dan inilah hasilnya.

~abdullahjones

14 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Wah...kata-kata yang penuh ber'api-'juga...! Tak sabar menanti kemunculannya. :D

April 04, 2007 11:28 PG

 
Blogger Nazri said...

Err, dude, kat channel 8 ada apa? aku masih kurios...

April 04, 2007 11:57 PG

 
Blogger el-Maaniq said...

ku tunggu...

April 04, 2007 1:41 PTG

 
Blogger June said...

kalau isi dalamnya kosong pun, aku beli.

ha.

April 04, 2007 1:52 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

fuh! tifani. buaya sungguh ayat tuh! haha.

April 04, 2007 1:59 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

wah.. semalam pyanhabib, ari ni pak dollah jones..

ko malas ye...

April 04, 2007 2:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Kena sabar.

Vovin,
Teruskan kurios.

Maniq,
Kekalkan sabar.

Teh (Teh Faridah?),
Ha ha. Power sungguh kata-katamu, Teh.

Jones,
Ha ha.

Chik,
Inilah satu-satunya buku sajak yang mempunyai banyak prakata: dari Pyanhabib sehinggalah ke AbdullahJones ke Sinaganaga ke Dr. Irwan ke bekas pengetua sekolah mamat ni ke bekas ketua pengawas sekolah mamat ni ke orang-orang Kuantan ke Ju budak Salik, pergh!!!!

HA HA!

April 04, 2007 3:18 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

clap!clap!clap! selamat maju jaya

April 05, 2007 2:15 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Naga,

Errr... betul ke ini buku sajak? Ke buku prakata sajak Abdullahjones? Heh. :)

April 05, 2007 3:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
Thanks.

Tanah,
HA HA.

April 05, 2007 8:35 PG

 
Blogger areyoung said...

Berapa hengget.

April 05, 2007 10:05 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

AJ,
Aku tertunggu-tunggu buku kamu ini.

April 05, 2007 10:10 PG

 
Blogger June said...

jones,

buaya? aku sekadar menjadi perempuan kejam yang suci.

April 05, 2007 11:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Mestilah mahal!
HA HA.

Rimau,
Belilah dua tiga! :)

Teh,
Kau bukan sahaja kejam - boleh tahan keji juga!
HA HA.
.
.
.
Part 'suci' tu - tiada celahan dan bangkangan dari aku.

Oit2! Dalam masa terdekat ni, kau tak ada nak jumpa-jumpa si kiti tu ke? Kalau berkunjung - singgah kat opis aku, ek!

April 05, 2007 11:57 PG

 

Catat Ulasan

<< Home