"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Mac 2007

Singapore: oh seven hundred hours zzz...

Malam itu, peratusnya adalah kesenyapan. Yang selebihnya adalah bunyi roda-roda keretapi yang menghentak landasan. Aku di antara lena dengan jaga.

Tik! Tik! Tik! (Ada jari yang mengetik bahuku.)

“Aaa… Dah pukul berapa ek?” Tanya gadis yang duduk di bangku sebelah, “Saya lupa nak pakai jam.” Tadi, dia tengah sibuk memamah Twisties berperisa sos bbq. Krup krap krup krap!

Aku hulur tangan. “Tekan punat tu… nanti lampu menyala!” Aku kata. Dia cakup pergelangan tangan aku hampir ke dadanya, aaa… ke mukanya. Dia pandang jam aku lama-lama. Masih, aku di antara jaga dengan lena.

Tik! Tik! Tik! (Ada jari yang mengetik bahuku.)

“Aaa… Pukul berapa sebenarnya ni, ek?”

“Twenty-three-hundred-hours.”

“Aaa… Awak ni army, ek?”

“Taklah!”

Alien, ek?”

“Tak!”

“…ek?”

“…!”

“…ek?”

“…!!!!!”

.

.

.

Psst! Ada siapa-siapa yang boleh tolong campakkan gadis ni ke luar keretapi?

Image Hosted by ImageShack.us

21 Comments:

Blogger sinaganaga said...

Entri ini ditulis bersempena dengan Hari Spyz Membeli Jam “Tekan punat tu… nanti lampu menyala!”

Mac 26, 2007 5:05 PTG

 
Blogger blackpurple said...

Ah.. jam itu berada di tangan siapa sebenarnya ni ek..? Kau ke spyz...?

he he he.

Mac 26, 2007 5:16 PTG

 
Blogger spyz said...

kih kih kih..

anak aku masih kagum bila aku tunjuk kat dia..

Mac 26, 2007 5:31 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Dia tak nampak clear tu, memang kena letak kat dada baru boleh nampak.

Mac 26, 2007 6:02 PTG

 
Blogger Sastri said...

peramah betul gadis itu ek? LOL

Mac 26, 2007 6:29 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

gadis tu, kawan kyle xy agaknya.

Mac 26, 2007 10:04 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

gadis itu gadis Johor ek?

Mac 26, 2007 10:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Jam aku dah punah. Jam Spyz baru lagi.

Spyz,
Nantilah... aku nak beli jam lain. Nanti aku kasi tunjuk kat Arif. Biar dia kagum. Ha ha.

Khal,
Aku di antara jaga dan lena. Aku syak dia dah letak tangan aku kat dadalah...

Sas,
Ha ha.

Chik,
Aku syak begitu juga.
Ha ha.

Art,
Agaknya.

Mac 26, 2007 11:15 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Saya pun ada jam tangan yang ada lampu boleh menyala jugak. Kalau dalam gelap, akan nampaklah dinosaur Triceratops. Yea!

Mac 27, 2007 2:10 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga,

Jam Cat lagi terrar. Ada musik... Lagu Britney Spear.

Cat

Mac 27, 2007 3:24 PG

 
Blogger BooK said...

jam tangan aku. putus talinya. tak. jam aku tak mati lagi.
Chong ada?

Mac 27, 2007 7:18 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tanah,
Aku tengah tanah cita-cita untuk beli jam khas untuk pendaki2 gunung tu.

Kat,
Aku guna jam randik je ni...
Ha ha.

Book,
Chong dah pindah! Mak Bee jual laksa je tinggal ni.
Ekekekekekekeke...

Mac 27, 2007 8:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Jaga kau! Aku nak beli Casio PAG40-3 Pathfinder Altimeter Compass Watch, nanti!
Ha ha.

Mac 27, 2007 8:55 PG

 
Blogger amyz! said...

Alaa.. susahlah nak tengok lampu jam tu. kena bergelap-gelap dulu...

Mac 27, 2007 9:45 PG

 
Blogger Tifani Teh said...

dude, jangan buang gadis tu keluar tingkap. RUGI!

kau patut awet dan framekan dia... untuk koleksi khayalan yang peratusnya kegelapan tu...

Mac 27, 2007 9:53 PG

 
Blogger esis said...

ekekeke

Mac 27, 2007 10:08 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Bukan ke kau memang suka bergelap-gelap? Ha ha.

Tifani,
Peratusnya adalah kegelapan? Ha ha.
Oit2! Bila blog kau nak pulih seperti sedia kala?

Mac 27, 2007 10:16 PG

 
Blogger red said...

dia nak bermesra la...

Mac 27, 2007 11:56 PG

 
Blogger spyz said...

oit naga,
kau nak naik gunung mana pakai jam mcm tu?
naik gunung dekat rumah pun boleh sesat ke?
ekekeke..

Mac 27, 2007 6:41 PTG

 
Blogger nimy said...

macam mana awek tuh makan twisties dalam kegelapan? *musykil*

Mac 28, 2007 9:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nimy,
Dalam keretapi mana ada 'kegelapan'nya weh!
Semua penumpang dok balun tidur dalam terang je.
Ha ha.

Mac 29, 2007 12:03 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home