"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Februari 2007

Batu karang di pusat bandar Bikini Bottom

Kawan aku. Adam Malek. Dulu, kami satu dorm. Kami panggil dia 'Minang'. Sebab, dia satu-satunya dude berketurunan Minang di kalangan kami.

Hari itu. Minang masuk hospital. Kerana disyaki mengidap sakit batu karang.

"Tak tahulah. Doktor kena scan dulu. Nak tentukan jantina batu karang tu lelaki atau perempuan, agaknya!" Minang beritahu.

Aku tergelak.

KOMA

Tadi. Aku tidur tengah hari. Dan. Aku bermimpi.

"Lihat SpongeBob, saya ada batu karanggg!!!!"

"Patrick, awak mana ada batu karanggg!!!! Encik Minang adalahhh...."

Plop!

Aku terjaga.

32 Comments:

Blogger Pa'chik said...

hikhik... Dulu ada sorang pemain tenis negara nama adam malek..

batu minang tu karang puisi ke cerita

Februari 25, 2007 2:40 PTG

 
Blogger jagoan said...

En. Naga,
Hamba sedar kesilapan hamba. Sudilah maafkan hamba di atas kealpaan hamba ini.

Hamba belajar darinya dan terima kasih kerana menyedarkan hamba. Sesungguhnya itu lebih berharga bagi hamba. Sedangkan nabi ampunkan umat. Maafkanlah diri hamba yang baru belajar ini :D

Februari 26, 2007 8:39 PG

 
Blogger areyoung said...

Jus obor-obor satu!

Haha.

Februari 26, 2007 8:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Minang kata, dah lama dia berkecimpung dalam scuba diving - kalau nak cerita pasal batu karang ni - 2 hari 3 malam pun tak selesai. Ha ha.

AreYoung,
Ha ha. Order 2 lah! Kita minum bersama-sama ye! Ha ha.

Kelisa,
Tujuan aku minta kau MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA bukanlah untuk menghukum. Tapi untuk dijadikan pengajaran kepada Penerbit dan teman-teman lain dalam industri perbukuan ini.

Dah, kalau kau minta maaf macam teks minta maaf mak aku semasa hari raya - siapa yang boleh tahu butir bicaranya? So, siapa yang boleh belajar dari permohonan maaf style kau ni? Tulislah betul2. Ayat rasmi!

Nandayooo...

Februari 26, 2007 9:15 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Taksub betul kau dengan spongebob ek sampai termimpi-mimpi...

he he he

Februari 26, 2007 11:31 PG

 
Blogger jagoan said...

Bismillah,

Encik Naga, maafklanlah kesalahan yang telah saya lakukan terhadap En. Naga di mana saya telah menyalin dan menerbitkan entri En. Naga tanpa sebarang keizinan En. Naga terlebih dahulu. Lain kali saya tak buat lagi. Tapi, En. Naga juga harus berusaha untuk melindungi entri En. Naga agar tidak mudah untuk disalin.

Sekian, saya pohon kemaafan.

Februari 26, 2007 12:43 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ha ha.

Kelisa,
1. Tambah nama buku yang kau terbitkan itu dalam Permohonan Maaf Secara Terbuka kau tu.

2. Siarkan juga Permohonan Maaf Secara Terbuka kau tu di Forum Geng Jurnal.

3. Siarkan juga di blog kau.

Kemudian baru aku maafkan kau.

Februari 26, 2007 1:04 PTG

 
Blogger Rie said...

batu karang berjantina jugak ker??

biru - lelaki
merah - perempuan
pink - pondan

Februari 26, 2007 2:29 PTG

 
Blogger Pakteh said...

Naga di TAGGED. Kua kua kua

Februari 26, 2007 2:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
HA HA.

Pakteh,
"Lihat SpongeBob, saya ada tagging!"
"Awak mana ada tagging, Patrick!"
"Ooo..."
"Ha ha ha!"

Februari 26, 2007 2:52 PTG

 
Blogger DeeN said...

antara patrick ngan gary sapa yg lebih bijak?

Wah, sampai macam tuh sekali ko nak maafkan yer. DIa tak sengaja kot. Ko nih tak baik tau buat macam tuh, len kali suruh dia bayar royalti sudahlah.
*oh, bercakap pasal royalti teringat aku satu cerita ttg gunting dlm lipatan @ kawan makan kawan [bukan patrick vs spongebob tau hik hik]. nanti aku citer kat blog ar [hhe..saje nak suruh bro naga singgah blog haku ahaks..]

Februari 26, 2007 3:11 PTG

 
Blogger Pnut said...

SpongeBob-fav katun anak aku tu....menular di kalangan dewasa gak ek..

Februari 26, 2007 3:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Prinsip aku jelas. Apa yang kita buat - kita mestilah bersedia untuk bertanggungjawab.

Bukan aku nak menghukum. Cuma mahu memberikan pengajaran kepada yang bersalah dan yang lain-lain yang belum buat salah.

Pnut,
Semalam. Aku jalan jauh. Penat. Berpeluh. Nida, Daun, dan Amyz kipaskan aku. Wo! Wo! Sayang kau tak ada sekali. La la la la...

Februari 26, 2007 4:33 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

adik aku ada patung spongebob dan patrick yang sangat besar...awek dia bagi katanya...aku jeles! patung2 itu bukan untuk dipeluk katanya lagi...mereka hanya sesuai diam di atas lemari.

Februari 26, 2007 6:13 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku rasa hang start tengok Spongebob pun sebab TV9 translate ke Melayu.

Kalau tak.... haram.....

Psss... awat tajuk depa tak tukaq kepada Bobspan Seluarpetak?

Februari 26, 2007 6:14 PTG

 
Blogger famia said...

kalau spongebob pakai kain pelikat kan bagos.

Februari 26, 2007 10:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelisa wrote:
...Lain kali saya tak buat lagi. Tapi, En. Naga juga harus berusaha untuk melindungi entri En. Naga agar tidak mudah untuk disalin.

Encik Kelisa,
Saya rasa Encik Kelisa tak patut cakap macam tu... 'Macam sial' bunyinya tu... :)

Tak kanlah kerana entri di blog saya tidak dilindungi agar tidak mudah disalin - menjadikan Encik Kelisa sewenang2nya copy and paste - kemudian menerbitkannya sebagai buku dan menjualnya? Encik Kelisa belajar dari siapa berperangai keji macam tu?

Kalau nak minta maaf - minta maaf sajalah. Tak perlu ada penambahan ayat2 yang tidak sepatutnya itu.

Februari 27, 2007 12:01 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Kat rumah Vovin tak ada Patrick tapak sulaiman. Tapi, ada Elyana tapak sulaiman. Wo!

Khal,
SpongeBob dan Patrick cakap Melayu tu sangat cute. Ha ha.

Famia,
Ha ha.

Februari 27, 2007 12:06 PG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

Kenapa takde watak mr crab dalam entri kali ini.

Argh!!! Aku merindukan butter crab disaat malam yang dingin ini.

Februari 27, 2007 12:54 PG

 
Blogger Pa'chik said...

kalau buleh jawab macam tu kat tokey wayang, senang la penjual-penjual sidi tu kan.

Februari 27, 2007 1:24 PG

 
Blogger abdullahjones said...

hahhahahahhaha. ketawa ini ditujukan kepada kelisa emas yang meminta maaf sambil memberi amaran supaya naga melindungi tulisannya dari di tiru. sekali lagi, hahahhahaha.

Februari 27, 2007 3:07 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Errr... Apa khabar Encik Minang sekarang?

Februari 27, 2007 4:44 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ini,
Entahlah. He he.

Chik,
"Hukum tetap hukum," kata MatJan. Aku pun bukannnya faham istilah lawyer2 ni. Tunggulah, ulasan dari Po pula.

Jones,
Dia tak tiru. Dia ambil 'bulat-bulat' je. Ha ha.

"Lihat SpongeBob, jari sayaaa!"
"Awak mana ada jari, Patrickkk!"
"HAHAHAHAHA!"

Tanah,
Dah mula mengajar murid-murid main touch rugby, rasanya.

Februari 27, 2007 8:38 PG

 
Blogger kingbinjai said...

lama betul aku tak tengok spongebob!

Februari 27, 2007 10:31 PG

 
Blogger DeeN said...

oo kisahnya. Isy..isy.. tak patut..tak patut! Macam cd cetak rompak la ek. Isy..isy..

Februari 27, 2007 5:09 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

aik bang naga?.sejak bila lak kipas susah mati spongebob ni?.

gagagagaga (gelak spongebob)

Februari 28, 2007 11:14 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bin, Nura, Ayob,
Ha ha.

Mulan,
Spender dia mmg warna putih. :)

Februari 28, 2007 1:53 PTG

 
Blogger Unknown said...

yo bro naga! so dah keluar batu karang si minang tu? apa jantinanye ha ha

u've been tagged. pls proceed to my blog ya!

Februari 28, 2007 2:33 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

spender putih cap buaya. haha..

Februari 28, 2007 4:44 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Mulan,
Lepas ni perhatikan intro dia sebab masa tu ada part SpongeBob pakai sepender putih. gagagagagaga

Februari 28, 2007 4:56 PTG

 
Blogger Sastri said...

batu karang ada jantina ek, LOL... Naga ni dah minat sgt dgn spongebob kot sampai termimpi2... LOL

Februari 28, 2007 7:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Tak reti aku mende tagged2 ni. He he.

Februari 28, 2007 10:55 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home