"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

17 Februari 2007

Selamat Tahun Babi

Tahun harimaulah best, sebab harimau mempunyai penglihatan yang monocular, semua haiwan di bawah label monocular adalah pemangsa, aummmm, harimau boleh makan kambing, kata Emily, yang lahir pada tahun harimau.

Tahun ayamlah best, sebab ayam mempunyai penglihatan yang stereoscopic, kiri boleh tengok kanan pun boleh tengok, lagipun, Emily memang suka makan ayamkan, kata Muhammad, yang lahir pada tahun ayam.

Aku fikir-fikir juga, kambing tu di bawah label apa… monocular atau stereoscopic?

Hah! Tahun kambing pun best juga, sebab kambing bukan saja ada penglihatan yang stereoscopic, malahan ia mempunyai tanduk dan janggut, kata aku, yang lahir pada tahun kambing.

Haiya! Sumuah taun binatang pun ada ‘ong’ ooo, tapi aaa, ini taun ala lain sikit aaa, ini taun ada ‘oing! oing!’ ha ha ha, kata nyonya, jiran depan rumah, yang lahir pada tahun naga, aku rasa.

Rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagian keluarga yang tinggi. Menurut satu kajian yang dijalankan mendapati, indeks keselesaan dan kebahagian keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10. Lebih menarik lagi, kajian yang sama juga menunjukkan, indeks budi bahasa rakyat negara ini adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10. Kata Abdullah yang satu lagi.

Ha ha. Selamat Tahun Babi, Pak Lah! We lurves ya! Ha ha haiii.

29 Comments:

Blogger Pa'chik said...

Ye ye.. Selamat Tahun Babi, PakLah!!

Februari 17, 2007 2:58 PTG

 
Blogger zizie ali said...

"..indeks keselesaan dan kebahagian keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10. Lebih menarik lagi, kajian yang sama juga menunjukkan, indeks budi bahasa rakyat negara ini adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10..."

pilihanraya dah dekat dah tu..

Februari 17, 2007 6:53 PTG

 
Blogger tapai said...

Baaaaaaaaaabi!! Ha ha!

Februari 17, 2007 7:04 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

betul ke statistik ni?

tahun kambing? gwa pun!

Februari 17, 2007 7:27 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Saya suka nyonya, jiran depan rumah tu.

Pak Lah?

Errr...

Februari 17, 2007 8:18 PTG

 
Blogger saharil said...

SELAMAT TAHUN BARUUU!!

Sempena tahun babi, aku akan mandi lumpur hari ini. (soalan kepada ustaz: kalau mandi lumpur bersama babi, adakah boleh dikira sudah samak?)

Februari 17, 2007 9:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Ho ho yeah!

Zz,
Aku non-partisan.

Rai,
Bila tahun mau kahwin? Kalau lambat2 sangat - aku rembat je si Ahsuez tu. Ho ho yeah!

Pai,
Ho ho yeah!

Mamak,
Aku - fire goat from the south rasanya. Kau?

ARIES SHEEP
These Sheep do better behind the scenes. They are obsessive in love, but make a strong, stable partner.

Ha ha.

Tanah,
Aku pun suka jiran Cina aku ni - kalau bakar mercun - sebutir je, "Tam!" That's all. Ho ho yeah!

Ril,
Huaaaaa! Gi SPA tak ajak aku. Huaaaaa!

Februari 17, 2007 10:23 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

dengan jadinya tahun ini tahun babi, anda semua boleh mencarut sesuka hati ha ha ha mulakan semasa membayar tol "babi betul!" ha ha ha

Februari 17, 2007 10:53 PTG

 
Blogger Unknown said...

kesan thn babi: aku rasa aku lebih byk menyebut kata babi pada thn ni..

Februari 18, 2007 1:15 PG

 
Blogger Illuminati Disorder said...

babi betul la tahun babi ni

Februari 18, 2007 1:30 PG

 
Blogger Ku Keng said...

dia olang bilang ini taun banyak ong, mah!

Februari 18, 2007 10:13 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bin,
Minyak talak tulun harga ka ini taun, haiya!

Kelam,
Selamat Tahun Babi, Kelam.

Kola,
Ho ho yeah!

Keng,
Mana ala 'ong'... Itu Hentian Putra sebelah PuduRaya pun tarak siap2 maaa...

Itu Spyz balik Ipoh, keluar pukul 5 pagi, highway jem juga maaa...

Bila mau ada keretapi laju pun tak tao maaa...

Itu DBP, union piket juga maaa... Ha ha ha.

Itu buku teks free - tarak jadi maaa...

Itu empangan pun tarak tau mau bina ka tarak bina maaa...

Itu terowong SMART tak boleh kasi pinjam sikijap - mau tompang taluk air... Ha ha ha.

Februari 18, 2007 11:25 PG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

Babi lagi...

Februari 19, 2007 2:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mulan,
Cuba tengok kat zoo. Ada tak?

Ini,
Ya. Babi lagi.

Februari 19, 2007 7:50 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Tahun Gajah la best. Ada dalam tawarikh.

Februari 20, 2007 9:45 PG

 
Blogger spyz said...

tahun anjinglah best

doggy..

:-)

Februari 20, 2007 12:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau, Spyz,
Ha ha.

Februari 20, 2007 12:56 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Babi mana satu ni bro?

Hutan atau bandar?

AKA Warthog or Pig?

Februari 20, 2007 8:39 PTG

 
Blogger wook said...

selamat tahun khinzir..
janggal sungguh bunyi nyer.

Februari 21, 2007 10:45 PG

 
Blogger ontahsapo said...

Tak selamat lah babi babi semua...

Februari 21, 2007 12:15 PTG

 
Blogger Unknown said...

BABI bleh minum pepsi ke?

Februari 21, 2007 1:37 PTG

 
Blogger mohdismail said...

ye ke selesa?
ha haa

Februari 21, 2007 4:09 PTG

 
Blogger Nazri said...

Babi comel. Tak comel panda la, tapi kira comel jugak la.

Mungkin kucing lagi comel la.

Februari 21, 2007 5:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Ha ha. Babi yang babilah. Who else.

Panji,
Tahun Babi. Dah ok dah tu. Jangan diubah.

Ontah,
Ha ha. Tak tahulah...

Amora,
Tak.

Mohd,
Itu kata politikus.

Nazri,
Kambing pun comel juga. HA HA.

Februari 21, 2007 8:36 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 21, 2007 10:45 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

selamat tahun babi tonyok

Februari 21, 2007 10:46 PTG

 
Blogger Rie said...

oit kambing!

Februari 22, 2007 5:57 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

selamat tahun baru juga! siapa yang selesa? PakLah je la kot yg rasa gitu.

Februari 24, 2007 7:32 PG

 
Blogger DeeN said...

oink . . oink . .

hanya bebi yg menyambut tahun bebi
opss.. selamat..selamat..

Februari 26, 2007 2:47 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home