"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 Februari 2007

ANUgerah Filem Pendek 2007: ARCA (kategori khidmat awam)

Image Hosted by ImageShack.us

"Siapa kata enche telah membeli sebuah rumah?" Kata encik Mat Khir.

"Habis tu... apa yang saya beli sebenarnya ni, encik?" Tanya lelaki itu. Yang perutnya sedikit gendut kerana tidak berkesempatan untuk bersenam. Tak ada masa. Sibuk. Dia bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap makan.

"Ooo, enche telah membeli sebuah arca! Uuu, karya seni ni, enche! Mahal harganya! Tak ramai yang dapat memilikinya tau! Emmm, satu pelaburan yang bijak!" Jawab encik Mat Khir.

"Oh! Iye ke... Bertuahnya saya, ya!" Kata lelaki itu. Yang perutnya sedikit gendut kerana tidak berkesempatan untuk bersenam. Tak ada masa. Sibuk. Dia bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap makan.

Satu hari. Di radio Panas FM. Encik Mat Khir telah mendapat kiriman lagu dan ucapan dari seorang 'enche'. "Lagu ini saya tujukan kepada encik Mat Khir dengan ucapan..., Selamat Setinggan Sifar, Selamat Selangor Maju, Selamat Hari Wilayah, dan, Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-50 Malaysia Merdeka. Kenang daku dalam doamu!"

33 Comments:

Blogger Pa'chik said...

umah kau tak siap lagi ke?

molotov koktel ada ni, nak jenis mana? berapa batang?

Januari 30, 2007 7:55 PTG

 
Blogger famia said...

mcm kenal aja bangunan tu.

Januari 30, 2007 8:31 PTG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

cantik arca?

Januari 30, 2007 10:18 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

arca?ker acar?

Januari 31, 2007 8:06 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

5 dalil entri ini tidak boleh menang:
1. Ianya filsuf.
2. Komentar sosial menembak Kerajaan Negeri.
3. Makcik-makcik di kampung tidak faham.
4. Jurinya adalah Pakcik Wazata Zain Cimi dan Ciki.
5. Engkau tidak ada kroni dalam urusetia.

Januari 31, 2007 8:23 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Rumah? bila masa aku beli rumah?

Famia,
:)

Inilah,
Cantik tu subjektif. :)

Semut,
Arca.

Rimau,
Kau salah eja. CUMI dan CIKI lah! Ha ha.

Januari 31, 2007 8:36 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

apa tajuk lagu yang ditujukan tu? lagu november rain - gun & roses?

p/s: enche khir sejak kebelakangan ni tak pakai spek, buat rawatan lazer agaknya.

Januari 31, 2007 9:08 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Lagu? Macam biasalah - "Tinggalkan aku satu peluru!"

Encik Khir dah tak pakai spec? Encik Khir mana pula yang kau maksudkan ni? Alahai!

Januari 31, 2007 9:12 PG

 
Blogger zizie ali said...

bila filim ni menang, kau naiklah pentas ambik tropi dan duit. sebab kau penerbit. ini bukan anugerah untuk pengarah atau penulis skrip tapi untuk filim. walau cam manapun, jgn lupa beri kredit kpd semua. jgn jadi begini:
pelakon:lelaki sedikit gendut, lelaki pakai spek
p.skrip: lelaki sedikit gendut
r.bunyi: lelaki sedikit gendut
kesan khas: lelaki sedikit gendut
j.kamera: lelaki sedikit gendut
driver: lelaki sedikit gendut
pengarah: lelaki sedikit gendut
penerbit: lelaki sedikit gendut

Januari 31, 2007 9:29 PG

 
Blogger Korakora said...

naga,
wah, kow-kow tokr bagi komen. soklan aku, tokr menang ke?

hak hak hak... jgn mare ye tokr.

sebenarnya, aku pun tak berapa paham entri kau ni. agaknya dah lama aku tak sempat jenggah blog kawan2.

Januari 31, 2007 9:36 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Encik Mat Khir itu dengar ke Panas FM ?

Januari 31, 2007 10:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
HA HA.
Yang pastinya, filem ini tak akan ada Pengarah Kesan Khas. HA HA.

Nota,
Oit2! Lama lagi ke kau tak boleh minum petang dengan kami?

Purp,
Encik Khir dengar Klasik FM kot, entah! Ha ha.

Januari 31, 2007 10:45 PG

 
Blogger June said...

Oit2, bila nak minum?

Nanti, orderkan aku air berkarbonat, perisa vanilla.

Januari 31, 2007 11:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tifani,
Wuaaao! Sudah tukar nick name pula dahhh... Ha ha. Aku ingat awek manalah tadi.

Januari 31, 2007 11:06 PG

 
Blogger rudy bluehikari said...

thn depan masuk ramai2. pastikan menang.

Januari 31, 2007 11:35 PG

 
Blogger Rie said...

berseni sungguh kamu. tersirat banyak makna kat arca tu. huuuuu

Januari 31, 2007 11:39 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Tak boleh masuk ramai-ramai - nanti Gang Bang dikatakan orang. Ha ha.

Aku janji, 2008 - kau akan berlakon dalam filem aku. Pastikan kau sihat cepat2!

Esis,
Lepas ni, aku ingat tak mahu beli arca lagilah. Nak beli panting pula. :)

Januari 31, 2007 12:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

painting

Januari 31, 2007 12:43 PTG

 
Blogger Sastri said...

yang tersirat tu pergh...

Januari 31, 2007 1:26 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

maaf.. aku tak paham

Januari 31, 2007 1:37 PTG

 
Blogger areyoung said...

Dan Encik Mat Khir itu tersengeh sahaja . Macam selalu-selalu.

Januari 31, 2007 2:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sas,
Tersirat kat mana lak ni weh? Haiya!

Ram,
Faham ke tak faham ke - bukan tanggungjawab penulis. Ha ha.

AreYoung,
Jurujual yang baik kenalah senggeh macam selalu-selalu. :)

Januari 31, 2007 2:15 PTG

 
Blogger Unknown said...

enche naga, itu perut ada gundut ada xcercise ka? ha ha

Januari 31, 2007 3:54 PTG

 
Blogger DeeN said...

Rumah menjadi arca. Sampah berebut nak buang kat mana? setinggarden menjadi rata. Pernah dengar jawapan ini?
"Kita akan memberi perhatian kepada perkara ini..."
"Kita akan kaji......"
"Pihak kita tak dapat maklumat..."
"Saya tak tahu..saya tak tahu..."
"Sebenarnya berasarkan rekod kita ...."

*Malaysia oh tanahairku, tempat tumpahnya darahku....*

Januari 31, 2007 6:52 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Ooooo...

Dah tengok lama-lama baru nampak seninya tu....

Seni sangat sampai kena tengok dengan pandangan makrifat.

Januari 31, 2007 7:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Tarak!!!! Ha ha.

Nura,
Ha ha.

Tanah,
Makrifat? HA HA. Halus sangat ke??

Januari 31, 2007 10:22 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Gang Bang?

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha...

Bukan artistic Orgy ke?

Februari 01, 2007 8:53 PG

 
Blogger Romantis Selatan said...

saya tidak lagi menyukai kuala lumpur. sejak peristiwa yang lalu.

Februari 01, 2007 10:45 PG

 
Blogger Romantis Selatan said...

eh. rasanya saya tersilap pos. gara-gara membuka blog tok rimau dan pak naga sekaligus. he he he

nota: rasa malu di hari thaipusam.

Februari 01, 2007 10:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Usop,
Hari2 aku nampak UNTA. Syarikat D bukankah berpaksikan UNTA juga. Baju kau merah, baju aku merah gelap - UNTA anak beranak jugalah ni. Ha ha.

Po,
HA HA.

Roman,
Bukan tidak cintaku kepada KL, tapi cintaku lebih kepada system peradaban yang baku.

Barangkali mungkin, aku sepatutnya dilahirkan di Cuba. :)

'State' suck!

Februari 01, 2007 11:17 PG

 
Blogger mamabear said...

hehe..

Februari 01, 2007 12:18 PTG

 
Blogger Papa said...

kau bagus politirat....

Februari 02, 2007 9:33 PG

 
Blogger Sayuti said...

sungguh hebat encik mat khir tersebut. sangat seni jiwanya.

syabas! syabas!

air tak boleh minum lagi.

Februari 05, 2007 1:10 PG

 

Catat Ulasan

<< Home