"Selangor gagal sekat denggi." Kata Encik Kosmo, hari ini
“Kalau kita tak bayar bil air?" Muhammad tanya.
"Nanti, mereka 'potong' air ke apartmen kita. Uuu... Kena bayar tu. Mesti!" Ayah Muhammad jawab.
"Kalau kita tak bayar bil penyelenggaraan?" Muhammad tanya. Lagi.
"Nanti, mereka 'potong' khidmat selenggaraan ke apartmen kita. Uuu... Kena bayar tu. Mesti!" Ayah Muhammad jawab. Lagi.
"Tapi ayah... Mereka tak boleh 'potong' benda yang memang mereka tak sediakan, kan? kan? kan? Jadi, kenapa kita masih perlu bayar bil penyelenggaraan tu?" Muhammad tanya. Lagi. Dan lagi.
Aaaa...!
KOMA
"Selangor gagal sekat denggi." Kata Encik Kosmo, hari ini. Dan tambahnya lagi, "Dayang (penyanyi) mahu kekasih!".
Uwop! Uwoop!!
24 Comments:
kalau kita tak bayar, mereka boleh buat apa saja, sebab mereka yg mula2 suruh kita bayar... entah..
Januari 15, 2007 12:29 PTG
kalau pegi potong mereka tu tak leh ke?
Januari 15, 2007 2:05 PTG
huh! suka sangat potong-potong.
Januari 15, 2007 3:30 PTG
kenapa mesti ada bunyi kongkang? :-p
Januari 15, 2007 3:42 PTG
Ontah,
Entahlah.
Chik,
Kita ni cuma timun je...
Esis,
Mereka ni suka sangat suruh bayar itu ini itu ini. Ha ha.
Amyz,
Sebab, negara yang akan berusia 50 tahun ini adalah negara KONGKANG! Dan lebih nista lagi, KONGKANG KONGKEK!!!!!!
Januari 15, 2007 4:20 PTG
kongkang tak payah bayar apa2 kan.
Januari 15, 2007 4:24 PTG
Kelam,
Ya. Kongkang tak payah bayar apa-apa. Dah habis baca buku2 tu? Ha ha.
Januari 15, 2007 5:02 PTG
Malam tadi...menteri tv, di tempat meraih undi...berkata-kata lagi.
"Kita perlu percayakan media arus perdana sahaja..jangan percayakan Bloggers-Bloggers!"
Ya...sudah mencecah lima puluh tahun usia kita...dan kita masih lagi berkata-kata...
Uwoop..uwoop..uwoop!...
Januari 16, 2007 9:51 PG
Itu di negeri NEGERI PALING maju...
Yang tak berapa maju...? he he he..
Januari 16, 2007 10:16 PG
Po,
Duit jentera pilihanraya tu elok bagi kat mangsa-mangsa banjir sajalah!
Purp,
Ini Negara KONGKANG, ingat tu!
Januari 16, 2007 11:16 PG
eh area toyo..l lagi...
Januari 16, 2007 1:08 PTG
apalagi yang tinggal bila semuanya dah kena potong? ciput ajeee...
Januari 16, 2007 1:35 PTG
oleh kerana awak tidak mahu bayar, berikan 10 kerana kenapa anda tidak mahu bayar.
Januari 16, 2007 2:13 PTG
bukan kongkang tapi kera.
KERAjaan.
nak buat lagu mana..
dah semua sekali sokong masuk barisan.
cuba kita keluar barisan.
barulah ayah kita jadi bos.
hah hah hah.
Januari 16, 2007 3:20 PTG
udah kongkang pulak?.
kira kongkang dah tahu lah nie ek bang naga?.sebab 50 tahun umur dia?. hehehe
Januari 16, 2007 4:29 PTG
denggi adalah tarikan pelancongan di selangor.
Januari 16, 2007 7:01 PTG
aku lak kena warning tak bayar pembetungan..ampeh...
Januari 16, 2007 11:23 PTG
Amora,
A'ah. Toyo lagi...
Inilah,
Itulah yang dinamakan KEMISKINAN RELATIF.
Ron, Famia,
Ha ha.
Ayob,
Kongkang mana pernah ambil tahu. Ha ha.
Roman,
Ha ha.
Pnut,
Kena bayar tu. Mesti!
Ha ha.
Januari 16, 2007 11:44 PTG
Selamatkan kongkang daripada diancam kepupusan!
*Tiada kaitan dengan entri. Slogan ditaja oleh aktivis alam sekitar dan hidupan liar.*
Januari 17, 2007 4:05 PG
semuanya barua en. baris. bgmanapun, dia lebih baik dari abangnya en. utus. jirannya, en. metr. abang en. metr iaitu en. berit pun apa kurang autanya.
Januari 17, 2007 5:58 PG
kalau tak bayar cukai pintu, nantipintu kene potong, kene bayar tu
Januari 17, 2007 11:37 PG
kau gi dok kat Chukai la EnNaga, tak banyak cukai pun.
Januari 17, 2007 2:48 PTG
Tanah,
Terima kasih. Hadiah x'mas dari kau baru saja diterima. Aku suka.
Zz,
Wartawan cuma melaporkan. Itu sahaja dulu.
Bin,
Wo wo. Kena bayar tu. Mesti. Ha ha.
Chik,
Tahu macam jadi kalu - aku tak balik Malaya!
Internet kat pejabat dah kena catu. Lain kali sajalah aku update. :)
Januari 17, 2007 10:56 PTG
internet pun catu jugak ye?
dude, jangan le macam tu.
Tp aku terpikir jugak, harga rumah sebenarnya kena campur ngan kos² mentenen tu sekali, baru dapat harga sebenar. Ramaikan yang kena...
Januari 18, 2007 7:03 PG
Catat Ulasan
<< Home