"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Januari 2007

"Buku ini aku pinjam!" Kata Iwan Fals

“Bagai mencurahkan cuka kepada luka... Rakyat dalam sengsara. Kemiskinan relatif tak diendah. Jus gastrik aku meleleh - belanja aku lunch, hari ini!” Aku kata.

“Ooo...?” Rimau kata.

Dude! Rasa derita akan menyebabkan para karyawan menghasilkan karya-karya derita juga. Ini tidak bagus!” Aku kata.

Dude! Lelucon hanyalah ganja untuk orang yang sengsara. Habis ketawa - perutnya lapar semula. Kecindan adalah topeng. Cukup syukur adalah alasan.” Rimau kata.

“Ooo...?” Aku kata.

Dan. Kedua-dua dude ini sepakat: Untuk tidak meraikan angka LIMA PULUH itu. Kerana, pada fikir kedua-dua dude ini, "Kejayaan yang tak seberapa (untuk diraikan) - banyak lagi perkara yang harus 'mereka' buat & perbetulkan!"

Alahai!

11 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Apa sangat la yang ada dengan 50 tu.

Cukup syukur tu, mungkin menjadi alasan utk sesetengah orang. Bukan semua.

Januari 06, 2007 4:40 PTG

 
Blogger Rie said...

"kita wujudkan gagasan baru daripada generasi itu." Semalam. Dalam kotak fikir aku.

Januari 06, 2007 5:20 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

mu buat kawan sedih kerana 'buku ini aku pinjam' adalah kata-kata lagu yang selalu di nyanyikan oleh arwah kawan baik kawan.

Januari 06, 2007 6:50 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

betul betul. mungkin mereka perlu alat bantuan pendengran dan kanta lekap untuk mendengar dan lihat dengan lebih jelas.

Januari 07, 2007 12:09 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tak baik kau.

Lima puluh itu harus kita raikan.Dengan sorak sorai.Dengan hingar bingar.

Supaya nanti kita tahu. Supaya nanti kita sedar.

Sudah lima puluh berlalu, keretapi sudah tidak guna arang batu, telefon pun bukan lagi sebesar pintu kayu.

Apa pun, blues melayu tetap menjadi blues melayu.

Januari 07, 2007 8:54 PG

 
Blogger zizie ali said...

ya. sudah lima puluh tahun kita melepaskan mereka kembali ke tanah air. di saat perpisahan kita memeluk mereka erat-erat. seolah tidak merelakan mereka pergi. mereka terlalu baik kerana memberi anugerah ini.

"anugerah taik kucin. kau lihat bambu runcing ini.. memalukan banget!" ujar wak karto.

Januari 07, 2007 3:18 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
:)

Esis,
Apa nama alat muzik yang kita ketuk2 semalam tu? Ha ha.

Jones,
Toksah sedeh2 le Jones! Jage kesihatang tu, jangang maing salji banyok2, umbun2 dengang tapok tangang jangang kasi terdedoh kat cuaca!

Bin,
Kita boleh cakap je - deme bukannya tahu yang kita cakap pasal deme.

Po,
Negeri mu doh ade ketelipang doh ke? Setahu aku - takde lagi. HA HA.

Zz,
Rumah yang aku beli kat Shah Alam (untuk AreYoung?) masih terbengkalai! La la la la...

Projek tu Datuk Manan yang punya... Ex-Exco Selangor tuh...

Babi!

Januari 07, 2007 4:27 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

"buku larung tu nanti aku pinjam" kata spyz
:-)

50thn perlu dirai dgn menaiki 'mata...

Januari 07, 2007 10:54 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

aku dengar tiap-tiap malam ada pertunjukan bunga api tahun ni..
betul ke?

kaya sungguh kerajaan malaysia..
padan la tl/minyak naik..

Januari 08, 2007 12:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Tak boleh! Aku belum habis baca. Ha ha.

Emp,
Untuk untung banyak - perlu belanjakan wang untuk promosi juga.

Januari 08, 2007 8:34 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

emph,
Ya. Setiap malam, pukul 8. Katanya.

Januari 08, 2007 4:45 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home