"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Januari 2007

Ter

Aku. Lewat lima minit. Ke pejabat.

Bos. Hantar borang. Suruh jawab soalan: Beri alasan mengapa kamu lewat!

Aku. Ambil borang. Dan jawab soalan: TERlewat!

“Alasan tidak diterima!” Bos kata.

Damn! Sejak bila TER bukan lagi alasan?

16 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Ter! ter! ter!
Hoit... mana ada TER jadi alasan.

oit oit, terlewat bukan ke yang paling lewat?

Januari 08, 2007 9:14 PG

 
Blogger Rie said...

surat tunjuk sebab le tu. kesian lu....

Januari 08, 2007 11:28 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku terfikir...

Januari 08, 2007 11:49 PG

 
Blogger doff said...

ehehehehe tak sengaja lewat ;)

Januari 08, 2007 12:53 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Soalan aku sama dengan pa'chik.

TER tu untuk tak sengaja atau paling?

Januari 08, 2007 12:54 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Sejak Terengganu dieja dengan TER dan bukan TREngganu.

Aku pun dah lupa sejak bila tuh.

Januari 08, 2007 12:55 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

sejak ISO rasanya. di opis aku, semenjak ISO 1 minit lewat pun kene isi borang ceh!

Januari 08, 2007 1:13 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

alasan2 palsu atau fiksyen lain (cadangan):
1. motor pancit
2. bangun lambat
3. jam loceng abis bateri
4. terlepas bas/sampan/air-asia
5. lrt abis myk
6. awek kat bus-stand tanya phone #
7. eh! hari ni isnin erk?
8. bukan bos cuti pjg ke?
9. eh! kak bedah kerani tu pon belum masuk!
10. saja!

Januari 08, 2007 1:31 PTG

 
Blogger Ron97 said...

sejak hang adalah juara datang lewat pada tahun lepas
dengan alasan yang sama

Januari 08, 2007 1:36 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

bukan saya yang lambat, tapi jam tu yang cepat lima minit (bukak kasut, panjat meja, capai jam dinding terus ejas 5 minit ke belakang... bos pulak ejas jam tangan dia ikut jam dinding yg kita ejas hahahaha)

Januari 08, 2007 2:14 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ikut pengalaman masa sekolah dulu jawapan yg betul biasanya panjang.

Gabungkan teori ini dengan TER, mungkin berkesan ; )

Januari 08, 2007 4:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
TER bukan alasan ke?

Mulan,
Ha ha.

Esis,
Ha ha.

Ontah,
Bila mao datang ambil itu buku KUDETA? Ha ha.

Doff,
He he.

Khal,
TER tak sengaja. Bukan alasan ke tu?

Po,
TERlupa? Banyak termakan semut tu. Ha ha.

Bin,
ISO ni banyak sangat guna borang ek? Ha ha.

Bicara,
Ha ha. Ok ok, thnks, boleh guna alasan2 tu nanti.

Ron,
Baru first time... ermmm!

Dug,
:)

Yang,
Ye ke? Ha ha.

Januari 08, 2007 4:36 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Sejak boss tu selalu sgt Ternampak orang tu Terdatang lambat hehehe

Januari 08, 2007 4:38 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Ini yang HR tak suka nih...

Januari 08, 2007 6:29 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

TER itupun boleh 'sengaja' boleh juga 'TERsengaja'.... he he...

Januari 08, 2007 6:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Faent,
Sekali ni je yang aku TERlambat sampai.

Murai,
Kena. Ha ha.

Art,
HR ni - semua benda dia tak suka! Ha ha.

Purp,
HA HA.

Oit2! Dah terima buku2?

Januari 08, 2007 6:56 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home