"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Januari 2007

"Jom pergi rumah PENA!" Ajak Vovin

Aku jumpa Ladin Nuawi. Aku kata, "Hai handsome!" Dia kata, "Hai handsome!" Kami peluk-peluk. Macam gay. Ha ha.

Aku jumpa Sutung Umar RS. Aku tanya, "Baca sajak ke nanti?" Dia kata, "Tadi, plan nak baca sajak lain. Aku ingat... nanti aku nak baca sajak lainlah. Baru je aku tulis kejap ni!"

Aku jumpa Zaen Kasturi. Aku tanya, "Baca sajak ke nanti?" Dia kata, "Kalau orang suruh aku baca... aku bacalah!"

Aku jumpa Pyanhabib. Aku tanya, "Baca sajak ke nanti?" Dia kata, "Baca!"

Aku jumpa wartawan meja sastera BH. Aku kata, "Oit2! Yang gemuk tu sila ke belakang ya! Orang belakang tak boleh nampak pentaslah...."

Datuk Johan Jaaffar jumpa aku. Dia tanya, "Siapa yang baca sajak tu?" Aku kata, "Abang Cicakman!" Ha ha.

Lepas tu hujan renyai-renyai, aku ajak kawan-kawan naik ke tingkat atas rumah PENA; kami mengendap bakal cikgu UPSI yang pakai baju kurung warna oren. HA HA.

11 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

suka sajak pyan tu, dengar kat blog amirmukhriz (bukan anak tun tu, kata jimadie shah).
Fuh, abg sutung, dan lagi tulis sajak spontan.

err.. gemuk tu rajaboneka ke?

Januari 08, 2007 8:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Kau buka baca blog aku lima minit sekali ek?
HA HA.

Januari 08, 2007 9:02 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

sebenarnya malas nak jawab, nanti kamu kata memang aku bukak blog ni lima menet sekali.
Hujan la dude. Malas nak keluar. Ngadap pisi je la. lagipun, blog kamu ni jadik link utk ke blog lain juga.

Januari 08, 2007 9:41 PTG

 
Blogger Ron97 said...

kejamnya hang kutuk bukunota.
hahaha.

kau baca juga syair?

Januari 09, 2007 8:37 PG

 
Blogger ontahsapo said...

mengendap cikgu pakai baju kurung masa hujan....? isk...

Januari 09, 2007 9:22 PG

 
Blogger Nazri said...

Takde cerita pasal aku pun.

Tajuk misleading

Januari 09, 2007 11:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Vovin,
Perenggan akhir tu cerita pasal kau le tu, dude. Misleading hape nye...

Januari 09, 2007 12:05 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

cis cis apsal tak ajak cis cis

Januari 09, 2007 2:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai,
NARAYUDA mari malam tu. Mereka tak ajak kau ke?

HA HA.

Januari 09, 2007 3:27 PTG

 
Blogger Rie said...

orang lain mengendap bakal cikgu baju kurung warna oren.
ada orang mengendap bontot orang mengendap.

hahahaha

Januari 09, 2007 4:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Ha ha. Nak suruh aku published ke gambar tu?

Januari 09, 2007 6:38 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home