Selipar si Jepun
Selalu. Apabila ayah Miyuki sampai di pejabat. Dia buka kasut dan pakai selipar dan susun kasutnya elok-elok di rak, kemudian.
Aku tanya, kenapa begitu?
Dia kata, untuk mengelakkan staf ponteng (mengular?) kerja.
Aku tanya, apakah kaitannya tu?
Dia kata, kalau staf pakai selipar - sudah pasti mereka tak akan pergi jauh-jauh. Tak macholah kalau pergi kedai AM:PM (macam kedai 7 Eleven di Malaysia) pakai kot, pakai talileher dan pakai seliparkan, kan, kan? Ha ha.
Logik!
Selalu. Apabila Miyuki singgah di pejabat. Dia jinjing kasut...
"Hai!!! *keluh* Kau tertinggal kasutmu di rumah, lagi!" Kata Miyuki.
18 Comments:
Nota untuk Jig: Aku selesaikan masalah tu dengan sign in blog aku di kafe siber. :)
Januari 26, 2007 7:23 PTG
orang kita buleh saja pake selipar. janji buleh jadik ular
kamu bro, ular yang jadi naga ke?
Januari 27, 2007 12:05 PG
Selipar Jepun?
Orang putih panggil flip floplah. Baru hip.
Januari 27, 2007 4:58 PG
ah-ha! abang buat apa kat umah miyuki malam tadi? jeng.. jeng.. jeng..
Januari 27, 2007 9:31 PG
naga kenapa kau *keluh*?
Januari 27, 2007 12:35 PTG
Salam... Baru pertama kali komen di sini... :D
suka gak pakai selipar/flip-flop ni... lebih santai...
Januari 27, 2007 2:26 PTG
Boleh tak kita meminjamnya untuk menyampaikan kursus mengatur kasut dan selipar di masjid-masjid?
Januari 27, 2007 2:27 PTG
Kalau di masjid di susun-susun begitu lebih senang la kerja pencopet selipar...
he he..
Januari 27, 2007 2:37 PTG
macam kena pula hari ini dengan pak sinaga
selipar jepun buruk saya yang sudah bertahun-tahun itu,
dicuri orang hari ini...
kebetulan hari itu junior-junior saya ajak pergi main bowling, maklumlah dia orang baru belajar hulk... err... huk... err..... hook....
dengan jurulatih....
tak dapat pergi main hari itu sebab masa diskaun sudah terlepas gara-gara kehilangan selipar jepun...
agak-agak miyuki itu tahu di mana mahu cari selipar saya?
Januari 27, 2007 8:13 PTG
Hilang selipar, bagaimana mahu dibandingkan dengan hilangnya cita-cita, ya Pak Naga?
Januari 27, 2007 11:46 PTG
sapa bilang tak macho kalau pakai selipar hah..? sapa? sapa?
aku pakai baju kurong dengan selipar jepon.. oke aja. kadang2 pakai baju kurong sama sport shoes. hensem bergaya aja.
kalau pakai kasot sama baju kemeja sama itu tali leher.. namanya orang yg SKIMA lah.
Januari 28, 2007 9:48 PG
kau pakai selipar miyukilah. mesti ada logo kitty. cute gitu.
Januari 28, 2007 6:15 PTG
Chik,
Aku, orangnya berdisplin tinggi - tak mengular. Kalau nak keluar dari pejabat - isi kad keluar masuk.
Tanah,
Oit2, orang Downunder panggil thong ke mende... Bukan ke thong tu... aaaa... seluar dalam jenis terselit celah jubur tu ke?
Dug,
Selama tinggal di Toyama - aku memang menginap di rumah Encik Kasai ape...
Inilah,
Bila masa aku *keluh*? Ha ha.
Sas,
Selamat datang!
Keng,
Masyarakat di Malaysia dah korup. Dah tak boleh dibetulkan dah. Idea saya ialah: Tanah Melayu telah dijajah hampir 400 tahun (kalau tak salah saya) - jadi, kita perlukan lagi 350 tahun untuk merobah mind set masyarakat kita. Sila beri ulasan dan emel kepada saya.
Purp,
Kenapa perlu copet2? Apa perlunya? Apa faedahnya?
Amiene,
Selama ni orang sedekah pisang dan sejadah di masjid. Kenapa tidak kita derma selipar sajalah!
NOTA: Selipar hijau yg aku pakai, di kedai nyonya bawah - berharga RM2. Kalau kau ada RM10 - kau akan dapat 5 pasang. Kau bagi kpd masjid - dengan label: SELIPAR INI UNTUK DICURI. Ha ha.
Roman,
Tak apa kalau kehilangan. Kerana, kita ni pun hanya pinjam2an. :)
Famia,
Itu yang tak adilnya. Di pejabat: orang perempuan pakai selipar - tak kena isi borang tunjuk sebab but orang lelaki pakai selipar - kena isi borang tunjuk sebab. Sedangkan, semasa sembahyang - mana sesuai kalau berselipar!
Rudy,
Miyuki tu macam anak dara yang berangan nak jadi isteri mithali - selipar pun macam 'ayu2' gitu. Selipar dengan motif ume no hana gitu. Ha ha.
Yang paling best jadi lelaki di Toyama - kasut kau buka sendiri BUT stoking ada orang tolong bukakan.
No wonder kau pernah jatuh cinta dengan awek Jepun. *ahaks*
So, apa cerita awek tu, John?
Januari 29, 2007 9:10 PG
Ril,
Peta gallery tu - http://www.townhouse-gallery.com/contact_us.htm
Januari 29, 2007 9:21 PG
Kalau terlalu protokol...
opis dengan selipar memang takkan serasi.
Januari 29, 2007 10:36 PG
anak sapa la yg panjang akai ni..? he he
Januari 29, 2007 1:23 PTG
selipar memang tahan lasak. Sungguh bergaya dengan apa fesyen sekalipun. kerana seliparku begitu berharga. ahaks...
tapi aku tertanya2 kenapa kalo attend formal event takleh pakai selipar? kenapa?kenapa?
[naga: Sila beri ulasan dan emel kepada saya]
Januari 29, 2007 6:03 PTG
Famia,
Undang2 mana yang mengatakan selipar dan pejabat tak serasi?
Ha ha.
Amora,
Entah. Anak siapa ek? Ha ha.
Nurdeen,
Siapa kata tak boleh? Kalau dah memang kaki kau ada cagu dan kau kena attend formal event - boleh (pakai selipar)!!!
Januari 29, 2007 6:38 PTG
Catat Ulasan
<< Home