Wanita hutan
Apabila seorang wanita ditemui berbogel dan berkelakuan seperti monyet di dalam hutam Kemboja – seorang anggota polis, Sal Lou, mendakwa ‘wanita hutan’ itu anak mereka, Rocham P’ngieng, yang hilang 19 tahun lalu. Kemudian, hal ini disulitkan lagi setelah seorang lagi, Rocham Khamphi, 25, tampil mengaku bahawa ‘wanita hutan’ itu adalah kakaknya.
Berita itu menghiasi ‘meja’ berita Luar Negara akhbar harian di Malaysia.
Kendatipun, ramai yang hairan mengenai rambutnya yang pendek ketika ditemui dan mengenai ketahanan fizikalnya yang dapat menangani cuaca sejuk melampau dan virus malaria di hutan Kemboja.
Aku syak – ini semua 'jalan' untuk mendapatkan 'duit mudah' oleh mereka yang terdesak mahu keluar dari kemelut kemiskinan tegar. Dan percayalah, tak lama lagi ada orang (yang miskin relatif?) di Malaysia yang akan mendakwa hal yang serupa. Hilang di hutan semasa kecil dan dibela oleh gajah atau dibela oleh pontianak, misalnya. Ha ha.
“Kecil-kecil dulu, kongkang yang bela enche Naga ek?” Awek bertudung dan memakai kemeja t berlengan pendek dan berseluar jeans stone washed itu tanya.
“Choiiiii!” Aku kata.
Uwop! Uwoop!! Uwooop!!!
33 Comments:
..dibela kongkang?
antara kongkang dan naga... sama saja.
takde beza.
Januari 21, 2007 5:20 PTG
bro, kau dibela kongkang masa kecik? hahaha...
macam cerita tazan saja.
err.. gambar wanita tu takde ke?
Januari 21, 2007 7:25 PTG
naga:
dulu aku jumpa kongkang. dalam laiberi sekolah rendah aku. mungkin itu kau. duduk dalam laiberi. sebab tu kau pandai tulis-tulis sekarang.
Januari 21, 2007 10:50 PTG
tampak anak itew bisa berbahasa hutan?
Januari 22, 2007 2:25 PG
..kah kah kah
Apa kaitan antara kau dengan gadis berseluar jeans stone washed itu?
Kenapa dia bertanya begitu?
Adakah dia mencari saudaranya yang telah lama hilang?
Januari 22, 2007 8:21 PG
Famia,
Ha ha. Kelambu kata, Naga di luar blog dan di dalam blog serupa sahaja. Ha ha.
Chik,
Am Tarzan, you Jane! Ha ha.
Book,
Dulu tak miskin relatif. Jadi, bukan akulah tu. Ha ha.
Rasso,
Semalam, 'wanita hutan' tu ada keluar di TV sekejap.
Januari 22, 2007 8:24 PG
err err entah-entah dia memang Cik Ponti??
Aku suka kongkang. Kongkang comel. Kau comel ke? hahaha
Januari 22, 2007 8:25 PG
Inilah,
Hanya kawan. Ha ha. Bukan terlalu istimewa. HA HA.
Januari 22, 2007 8:25 PG
Hana,
Aku? Tersangatlah comel. Tapi, bukan macam kongkang... Ha ha.
Januari 22, 2007 8:27 PG
Pandai pulak Abang Naga speaking chinese. Gadis berseluar jeans stone washed tu amoi cina ke..?
Januari 22, 2007 9:04 PG
berani sungguh awek bertudung tu....
Januari 22, 2007 9:33 PG
orang tua2 kata, kongkang ni tak boleh dikurung.
tembus angin tembuslah dia.
kamu ada ilmu ni bang naga? hehe
Januari 22, 2007 10:19 PG
saya mimpi kelmarin. ada orang jahat kejar. orang jahat itu pakai baju kuning. rambut kerinting.
bila diamati, serupa uncle naga!
Januari 22, 2007 11:30 PG
Kenapa tak dibuat ujian DNA. Di Malaysia sedangkan anak kerbau pun orang sanggup buat ujian DNA. Inikan pula anak orang di Kemboja.
Januari 22, 2007 12:29 PTG
cakap kat awek tu "kau nak kene ciumkah?"
Januari 22, 2007 12:58 PTG
ngaku je la anak tarzan abis cite kan kan
Januari 22, 2007 12:58 PTG
anak kongkang ngan anak orang tak sama. tapi anak naga ngan naga mmg satu spesis. jadi di manakah kongkangnya?
wop! woop!! Wooop!!!
Januari 22, 2007 1:44 PTG
Aku rasa, sudah tiba masa kau ubah Tajuk Blog kau.
Berani berubah; kata penulis buku Berani gagal - Billy The kid.
Hikayat Si Kongkang Origami III.
Atau tajukkan sahaja "Uwoop..Uwooop...Uwoooop III"
Diorang tak tahu ke yang dalam hutan ada kedai gunting? Ada jual ubat nyamuk, ada jual selimut?
Januari 22, 2007 2:03 PTG
po, hikayat sikongkangkongkang origamai I, best jugak.
err.. tapi nanti orang pangge kau kongkang la pulak. Uwop Uwoop Uwooop
Januari 22, 2007 2:34 PTG
Apa?
Kau ni haibrid naga dan konkang?
Januari 22, 2007 2:46 PTG
rambut pendek dan lurus, dia guna teknik rebonding ahaha
buruk-buruk pun ada gak orang mengaku anak.
Januari 22, 2007 6:19 PTG
Dalam hutan tebal kan kurang cahaya, itu yang rambut tak boleh panjang tu...
ha ha..
Januari 22, 2007 6:24 PTG
Chooooiiiilah kongkang! matila pegawai perhilitan
Januari 22, 2007 7:30 PTG
Cat,
Cai cin cau ciau ciau le... Uuuu, mandrin tu beb! Ha ha.
Ontah,
Nak kena cili le tu. Ha ha.
Mulan,
Ya. Ha ha.
Esis,
Wo! Iye ke? Wo!
Ahsuez,
Kau gi AGM? Uncle tak gi. Tak pernah bayar yuran. Ha ha.
Kak Intan kau pun tak gi rasanya. Tengah minggu2 awal ngandung! Syttttt! He he.
Khal,
Orang Kemboja mana kenal DNA. AK47 dia orang kenal le... Ha ha.
Bin,
Awek mana satu? Yang di hutan tu kah?
Amora,
Tarzan mana ada anak - mandul! Ha ha.
Din,
:)
Po,
Kat Hutan Melintang ade le kedai gunting, kedai jual nombor ekor, etc! Ha ha.
Chik,
HA HA. Dengar ni: Hikayat Sikongkangkengkang Onanigumi. HA HA. Tak senonoh sungguh nama tu!
Tifani,
Tak. :)
Dug,
'Wanita hutan' tu - bedaah je le tu!
Purp,
Logik! Logik! Boleh terima alasan kau tu. Logik!
Art,
Choi ciau ciau choi ciau ciau kalaOke ooo ciau ciau ooo... <= budak Cina depan rumah ajak aku gi karaOke kat The Boss.
Ha ha.
Januari 22, 2007 11:46 PTG
Dari semalam saya try-try nak pos komen ni, tapi entah apa salahnya broadband saya ni. Dah lupa dah nak tulis apa sebenarnya!
Kongkang betul!
Januari 23, 2007 6:28 PG
kongkang tiga pupu kingkong.
bila nak bikin filim kongkang?
Januari 23, 2007 7:11 PG
aku suka wanita hutan. lagi hutan lagi best!
Januari 23, 2007 10:25 PG
haha.
kongkang sungguh!
Januari 23, 2007 11:22 PG
Helloo, siapa yg sanggup ditemui berbogel dalam HUTAN?
Kosser!
Januari 23, 2007 6:09 PTG
Tanah,
HA HA. Gile kongkang sungguh ya!
Zz,
Dah shooting filem Power Rangers. Belum edit lagi. :)
Ril,
Hutan sangat pun tak best, tanah rata pun tak best juga. Tinggalkan sejalur - ok kot, ntah! Baru ada estetika weh! Ha ha.
Dof,
Ya ya, sungguh kongkang!
AreYoung,
Ha ha. Kongkang kosser!
Januari 23, 2007 6:22 PTG
Lagi-lagi eksploitasi perempuan bogel. Kenapa yang hilang itu tidak lelaki bogel?
Januari 23, 2007 7:25 PTG
kongkang yang cuma makan kangkung, dan jalannya kengkang, bila hidupnya dikongkong maka matinya terkengkeng, disalak si anjing, kung!kung!
Uwop! Uwoop!! Uwooop!!!
err... lelaki bogel sapa yang nak tengok.
Januari 23, 2007 9:04 PTG
Puan Ainon,
Lelaki bogel siapa nak tengok?
Kongkang pun tak moh... Uwop! Uwoop! Uwoppp!
Januari 23, 2007 11:28 PTG
Catat Ulasan
<< Home