"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Januari 2007

ANUgerah Filem Pendek 2006

Pagi tu. Aku pergi jumpa Tok Rimau, Sam Dean, dan pelajar-pelajar mereka yang bikin filem berjudul MALING tu.

Aku kata kepada pelajar-pelajar tu, "Kalau nak menang - kena banyak tengok blue film! Study lightingnya (yang lain-lain jangan study!). Ingat, pembikin blue film - jujur - tak guna camera trick! Ha ha."

Dan, mesti pelajar-pelajar yang tengah kecewa ya amat tu (kerana tak 'sangkut' satu hadiah pun) berkata-kata di dalam hati, "Apa ke mereng mamat baju merah ni, weh?" Ha ha.

Pagi ini. Negara dikejutkan dengan berita "Pemenang hadiah AFP06 didakwa mencuri hasil kerja orang lain."

Sungguh! Aku merasa amat kesal dan dukacita. Lain kali, kalau aku jumpa pelajar-pelajar tu lagi, aku akan kata kepada mereka, "Kalau nak menang bergaya - kena jadi pembikin filem yang jujur!"

16 Comments:

Blogger areyoung said...

Ah.

Bijak lagi penting dari jujur!

Januari 29, 2007 7:44 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

mereka banyak guna 'sound trick'.

Januari 29, 2007 7:49 PTG

 
Blogger zizie ali said...

yang paling besar MALUnya bila karya plagiat mencapai kemenangan ialah para juri. kerana mereka tidak punya kemahiran mengesan karya plagiat.

Januari 29, 2007 10:22 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

hum.tapi aku respek filim pendek 'tupah'

Januari 30, 2007 1:37 PG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
'Bijak' kalau tertangkap - jadi 'tak cukup bijak'. Ha ha. Aku fikir, 'bijak' pun tak penting, 'jujur' pun tak penting... Yang penting, "kita bisa hepi!" Aku rasalah, mungkin salah.

Chik,
Sound trick? Biasa... Banyak filem2 pun guna sound trick. Dah namapun 'berlakon'.

Zz,
Ada orang memang 'tak tahu malu'.

Semut,
Aku respek semua pembikin filem pendek. Walaupun pendek - akal mereka panjang.

Tok Rimau,
Walaupun sedang birah bikin filem - jangan lupa update blog, ya!

Januari 30, 2007 8:38 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

ya,ya akal mereka panjang.

aku suka cerita satu malam.macam karim pin jek lawak dia.huahuahuahau.

tapi itu olang manyak musuk,culi idea olang mau makan luit solang-solang,kasi masuk lobang ah woiii!

Januari 30, 2007 9:54 PG

 
Blogger famia said...

Anugerah filem pendek patutnya jatuh pada mereka yang berjaya buat filem dalam tempoh masa paling pendek. Atau pada mereka yang berjaya memendekkan filem menjadi yang terpendek. Atau pada mereka yang berjaya mencari jalan terpendek untuk menghasilkan filem terpendek.

Lagi pendek.. lagi bagus.
Dengan syarat.. orang paham mesejnya.

p/s: Bos kata... stealing is genius. Ya kah? Macam keji aja.

Januari 30, 2007 11:55 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Oitt,
Aku tak komen pun, kau jawab juga? Kau boleh baca fikiran aku.

Januari 30, 2007 12:15 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Yang menciplak itu baru betul 'maling...'

He he he

Januari 30, 2007 12:43 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

yang penting ikhlas, satu suara yang ikhlas akan tetap didengar walaupun dihalang oleh seribu suara curang...haha

Januari 30, 2007 2:11 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

usaha tangga kejayaan. ingat! mesti dapat nombor satu!

Januari 30, 2007 2:16 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

juri amatur.

p/s: bang Naga tak ulas konsert Rain? bwehehehe

Januari 30, 2007 2:31 PTG

 
Blogger DeeN said...

abang aku cakap, nombor satu tu tak best. sket bebenor. baik amik nombor besar2. lagi besar nombor lagi bagus. Hahaa..maka aku bernasib baik kerna tak termakan kata2nya yg masuk akal itu ngeee.

dah tahu plagiat, tarik la balik. bertanding la lagi. pastu masukkan Maling 2. Erk..bernas ke tak nih. Xper..xper..haku tlg jwb bg pihak bro naga: "korang bernas" [ye ke]

Januari 30, 2007 3:51 PTG

 
Blogger saharil said...

kalau fikirkan, tidak ada yang original dalam dunia. semuanya dicedok dari benda lain..

Januari 30, 2007 4:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yob,
Haiya, mana olang sudah masok lobang wo? Ha ha.

Famia,
Keji ke? Entah. Ha ha.

Tok Rimau,
Bukannya susah sangat nak baca pemikiran kau. Ha ha.

Purp,
Dia tak ciplak. Dia dakwa filem tu dia punya. :)

Amirah,
Aku rasa tidak! :)

Bin,
Bersekutu Bertambah Mutu. Tahun ini - peraduan mencipta logo Hari Kebangsaan sudah kembali. Mesti masuk ni. Mesti!

Dug,
Mana ada juri yang amatur! Juri mesti terror le dude.

Nuradeen,
Bila masa mamat tu plagiat?

Saharil,
Aku setuju dengan kau. Satu, dicedok sana sikit sini sikit dan dua, pengulangan.

Dalam seni pengiklanan - kedua2 elemen ini memang wujud.

Januari 30, 2007 7:00 PTG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

ho ho ho

Januari 30, 2007 10:20 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home