Ratu prepaid
Dulu. Kalau abah dan mak kena pergi dancing party di mess – mak kena telefon maklong di Pasir Besar, Gemas. Suruh maklong datang naik teksi ke Kuantan; jaga aku. Masa tu, industri pembantu rumah belum wujud lagi. Ha ha.
Mak guna telefon awam yang terletak di bawah berek kami. Mak angkat ganggang. Mak tekan butang A (tombol warna merah) dan dail angka kosong. Mak beritahu operator, “Hello hello! Kak Teh nak buat panggilan jauh, ya!” Ya ya, operator tu bukan kenal mak pun…. tapi, mak lebih selesa membahasakan dirinya ‘Kak Teh’. Nama mak, Puteh. Puteh bte Ali. Ha ha.
Kemudian, operator put mak on hold. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaa baru operator suruh mak masukan duit syiling dan suruh mak tekan butang B (tombol warna hitam).
Sekarang. Mak dah tak guna telefon awam lagi. Mak dah ada telefon bersel. Fuyooo!
Trut trut truuuuut!
“Hello! Ini mak, ni!”
“Aik! Nombor baru lagi?”
“Kredit dah habis! Jadi, mak belilah yang lain!”
“Alahai! Kalau kredit dah habis – mak boleh beli top up saja! Tak payah beli nombor baru deh! Mak pergi kat Cina tu, mak cuma kata, boy, gua mau beli top up, hah!”
“Oooo! Macam tu ke… Kalau nak beli top up tu, empunya telefon kena pergi beli sendiri ek?”
“Ho’ lah!”
Syyyt! Kau jangan beritahu mak ya... yang aku pun boleh top upkan kredit telefon bersel mak tu.
Ha ha.
36 Comments:
beli nombor baru lagi murah XD
Februari 05, 2007 9:46 PTG
hoh.. org kuantan ke ?
hek hek.
telefon bersel..?? adeh laa..
esok nak guna la perkataan ni..
contoh:
"ehh ko nampak tak telefon bersel aku?" tak pon.. "alaaaa telefon bersel aku dah abeh kedit.."
=D
Februari 05, 2007 9:50 PTG
hah hah hah.
sejuk perut mak mengandung dpt anak macam ini punya gaya.
p/s: makcik naga... sekarang topup pakai jari je pun dah boleh (macam iklan syampu)
Februari 05, 2007 11:43 PTG
orang kuantan memang brengsek.haha.
Februari 06, 2007 2:02 PG
haha, mak kau tak baca blogkah? kihkihkih
Februari 06, 2007 2:11 PG
makteh! makteh!!! en naga cakap jangan bagi tau makteh yang dia pun buleh tulung topapkan kredit tu....
makteh jangan pulak cakap ngan en naga saya bagi tu ni ye..
Februari 06, 2007 2:39 PG
Encik Naga jahat!
Februari 06, 2007 4:36 PG
mak hang lagi terer.
dia beli yang baru,
boleh dapat kredit free banyak.
hang nak tolong topup?
beli topup pun yang 5 ringgit jer setiap kali. hampeh
Februari 06, 2007 8:08 PG
Ahahahahah bertuah punya anak
Februari 06, 2007 8:34 PG
Nizi,
Ha ha. Ya ya.
Julia,
Ha ha. Ini Julia mana ni? Julia di KLCC ek?
Fam,
Ha ha.
Jones,
Ya ya. Orang Kuantan memang brengsek. HA HA.
Naj,
Tak. HA HA.
Chik,
Syyyyyyyyyyytttt!!!!!
Tanah,
Ha ha.
Ron,
Aku mana ade telefon bersel.
Dug,
Ha ha.
Februari 06, 2007 8:39 PG
bro,
Julia di klcc dah moved to Plaza Sentral..hu hu hu
-jujul
Februari 06, 2007 10:03 PG
ha ha nasib baik la tak dapat sms "macam mana nak hantar sms?" ha ha
Februari 06, 2007 10:20 PG
bertuahnya, anak sapa la nie. hahaha.
kalau kami, biasanya anak2 yang telefon mak mintak top up. huhuhu.
nota : 1st comment *winks*
Februari 06, 2007 11:27 PG
hahaha. manyak busuk itu olang takmau beli topup sama lia punya emak.oooo,aku bilang sama mak ko!!.
Februari 06, 2007 11:28 PG
ha ha ha.. cian makcik teh.
Februari 06, 2007 11:29 PG
jujul,
Oooo... Dia dah pindah, oooo!
Bin,
Mak tak reti hantar sms. Ha ha.
Myx,
Mak suruh belikan telefon bersel yang basic2 sahaja. :)
Yob,
Ye la - part wa - wa busukla... tapi ooo, itu satu orang kawan hah - lokok pong mok dia beri duit oooo... Ha ha. So, siapa lagi musuk? Lu cakap sama wa!!! Ha ha.
Amora,
Takyah nak kesian2lah dengan mak Teh tu weh! Ha ha. Apapun, makcik teh punya masak lemak cili api pisang muda, haiya wa cakap lu, orang Tanah Merah kalu makan - sure berak2 punyalah. Ha ha. Dia punya santan (10 biji kelapa ke ni?) - boleh bikin wa cepat kena sakit jantung wooo. Itu cili api - 10 gantang juga aa wa rasa.
"Masak lemak ni nak bubuh ikan sepat masin ke?"
"Takyah2. Bubuh pisang je dah!"
Kalau dia bikin masak asam ikan pari - wa rasa, itu Faisal Tehrani pun takmoh balik Melake lagi... Ha ha. Lu jangan makan dengan roti - lu cicah dengan roti Benggali je.
Aku nak gi makan. Coz abang Usop Union dah tunggu kat mamak. Tataaaa!
Februari 06, 2007 12:26 PTG
aku suka anak dia.
naif.
Padahal mak dia dah tahu tentang top up apa serba bagai tu.
“Kredit dah habis! Jadi, mak belilah yang lain!”
Dalam maknanya tu, anak dia patutnya dah faham-faham la.
Aku suka anak dia.
Naif.
Februari 06, 2007 2:09 PTG
Nasib baik tak beli telefon baru setiap kali kredit habis...
Kau memangggg.... he he he..
Februari 06, 2007 3:51 PTG
saya tunggu cerita di mess. dancing party tu.
"wow! dancing party tu!"
Februari 06, 2007 7:13 PTG
letih la.. sekarang setiap nombor nak kne regi..huhu...
Februari 06, 2007 7:47 PTG
Po,
Aku pun suka anak dia. Hak hak hak!
Rai,
Kau nak jadi mak aku tak? Ha ha.
Purp,
Tak mustahil tu. Ha ha.
Zam,
Nanti aku cerita. Pre-dancing party tu. Ha ha.
Kemat,
Letih sedikit tak apalah! Letih banyak yang tak bolehlah. Ha ha.
Februari 06, 2007 10:37 PTG
wah. byk la nombor baru mak. tiap kali abis prepaid, tukar nombor baru. tapi skrg ni kan kena register. tak kan nak register tiap kali tukar nombor baru?
Februari 07, 2007 8:55 PG
Mak aku pulak... bila kredit dah abis, dia chas bateri!
Februari 07, 2007 11:12 PG
Dari gemas datang berteksi utk tolong jaga? Perlu ke??
Februari 07, 2007 2:11 PTG
Amyz,
Masa tu masih tak perlu daftar lagi.
Ram,
Mak kau + Mak aku = Kesatuan Kaum Ibu Kredit Habis (Kekobis). Ha ha.
AreYoung,
PERLU!!!! Kalaulah aku demam; muntah - siapa nak bagi makan ubat? Kau?
Ha ha.
Kalau aku nak tidur? Siapa nak tepuk bontot aku? Kau?
Ha ha.
Februari 07, 2007 2:53 PTG
kamu memang...
mak teh oo mak teh, apa nak jadik la ngan anak mak teh nih, kedekut bebenor. Len kali kalo dia kedekut, sumpah je dia jadik Strepsil kaler pink ahaks..
Februari 07, 2007 4:13 PTG
berteknologi sungguh mama soljah. (hi-tech)
Februari 07, 2007 5:18 PTG
hi-tech mother.... mak tech = mak teh
ini satu bentuk revolusi.
Februari 07, 2007 9:19 PTG
en naga, link kat blog ni macam carta lagu popular jugak ye.
berlaku perubahan besar nampak, matjan sudah diturunkan ke merigoraung, areyoung diupgrade ke rolerkoster, dan beberapa lagi perubahan dalam carta.
Februari 07, 2007 10:12 PTG
Kamu sangat nakal naga!
Februari 07, 2007 11:10 PTG
Nura,
Kalau tak kedekut - macam mana nak jadi pemimpin? Ha ha.
Esis,
Ha ha. Psttt, mak aku guna komputer Macintosh wo. Ha ha.
"It's sooo easy!" Kata mak. Mengajuk kata Wan Zaleha Radzi.
Roman,
Ha ha.
Chik,
Ha ha. Aku suka semua orang dan aku benci semua orang. Jadi, tak ada favouritism.
Inilah,
Bukan setakat 'nakal' - 'genius', 'kreatif', dan 'seksi' juga. HA HA.
Februari 08, 2007 8:39 PG
kau pun jgn kasi tau mak aku...
Februari 08, 2007 12:11 PTG
sangat suka dgn cerita tombol hitam an tombol merah tu. ha ha
Februari 08, 2007 12:30 PTG
kalau pandai, ko sambungkan line ke public phone, ko boleh telefon preee... orang lain buat. bukan aku yg buat.
hak hak hak
Februari 08, 2007 2:58 PTG
Mak angkat aku pada setiap awal bulan dia akan top up RM50 dan pada setiap akhir bulan dia akan ada baki RM49.50
"Mak cik tak telepon anak-anak mak cik, diaorang yang telepon mak cik. Diaorang mintak jugak hantar2 kredit tuh tapi mak cik tak reti macam mana nak buat. Kamu kalau nak pakai tepon mak cik, amek le kat atas TV tu. Banyak sangat bakinya, mak cik tak tau nak telepon sapa. Suami pun tak ada...bla..bla...bla"
Aku dah masuk ayat kedua dalam SMS menerusi telepon mak cik
Februari 08, 2007 7:02 PTG
Ontah,
Tak. Ha ha.
Zz,
Oh, iye ke? Ha ha.
Mulan,
MatJan pun jatuh beberapa anak tangga. Ha ha.
Nota,
Ha ha.
Art,
Ha ha. Bertuah sungguh kau.
Februari 08, 2007 10:42 PTG
Catat Ulasan
<< Home