Ketika impian dikatakan igauan
Dulu. Aku suka lukis kartun. Jadi, impian abah ialah untuk hantar aku ke sekolah seni lukis. Tapi, berlain dengan emak. Impian mak ialah untuk hantar aku ke sekolah perubatan. Dan, jauh dalam lubuk hati: Aku nak jadi sol-jah!
"Besar nanti nak jadi apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya.
"Nak jadi doktor!" Aku jawab.
"Nak jadi doktor apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya. Lagi.
"Nak jadi doktor orang beranak!" Aku jawab. Lagi.
"Kalau makan nasi... suka makan lauk apa?" Pakcik Jamal Kerdil tanya. Lagi. Dan lagi.
"Tauge!" Aku jawab. Lagi. Dan lagi.
"Ha ha ha. Doktor taugelah ni!!!" Pakcik Jamal Kerdil ketawakan aku.
Sejak hari itu, aku tidak mahu bercita-cita untuk jadi doktor. Dan, aku tidak suka makan tauge lagi.
Tapi. Hari ini, aku tengok tivi. Dalam itu tivi ada Hannah T. Tiba-tiba, rasa kesal menderas bak sekawan lebah. Kenapalah aku tak teruskan impian mak: supaya anaknya ini jadi seorang doktor (sakit puan).... Well, manalah tahu kalau-kalau... aaa... kalau-kalau... manalah tahu....
Ermmm, alahai!
28 Comments:
apsal tak jadi soljah pulak?
Batuk tak jadik ke?
Februari 16, 2007 1:08 PG
pakcik jamal kerdil? ha ha. aku amat suka dengan suaranya yang lemak merdu. broery pun kalah. tapi mungkin faktor saiz menyebabkan beliau lebih dikenali sebagai pelawak dan pengacara.
"gelang si paku gelang
gelang sirama-rama
pulang marilah pulang..."
Februari 16, 2007 5:06 PG
doktor sakit puan utk puan saja ke?
cik tak boleh ka?
ntah.
Februari 16, 2007 6:11 PG
Chik,
Mak tak bagi. Dia kata, askar suka mabuk2! He he.
Zz,
Pulanggggg, marilah pulang,
Marilah pulang, bersama-samaaaaaaa!
Singin' now! Y'all!
Book,
Apa pula tak bolehnya. He he.
Mulan,
Wo! Doktor pusat serenti tu... Wo!
Februari 16, 2007 8:36 PG
nak jadi gynae la ye? wooooooo.....zasssssst!
Februari 16, 2007 9:05 PG
hairan. apsal semua mak seluruh dunia mahu anaknye jadi doktor ye? sejak berpuluh ratus abad dahulu... sampai lah sekarang. doktor juga lah impian mereka. alahai emak.
Februari 16, 2007 9:05 PG
aku pun pernah bermimpi jadi doktor sakit puan.. tapi masa tu tinggal 2 minggu je lagi nak spm... dan subjek bio paling aku benci.....
Februari 16, 2007 9:36 PG
Pak Mat satey beritahu saya, 'kamu besar nanti jangan jadi doktor binatang nanti di kata orang, doktor binatang!'
Februari 16, 2007 11:46 PG
tak suka tauge
Februari 16, 2007 11:56 PG
He he he. Kalau tidak tentu kau dah popular macam Dr Hamid Arshad kan...
Februari 16, 2007 12:12 PTG
Teringin mengusahakan sesuatu yg bukan hakmilik?
Euuu!
Februari 16, 2007 12:37 PTG
Amora,
Eeeeeeiiiuuuuoooo!
Famia,
Sebab, pekerjaan yang bernama doktor - mulia!
Ram,
He he. Aku past bio dan fizik. Kimia? Cangkul!!! Ha ha.
Jones,
Ha ha. Lawak, lawak.
Vovin,
Ha ha. Kau = semua sayur kau tak sukeee...
Purp,
Ya ya. Ha ha.
AreYoung,
Bukan teringin. Cuma berfantasi yang bukan-bukan. Dan, ingin memberitahu: Hannah T sungguh cantik. Posternya sangat mahal... Uwop! Uwop!!!
Februari 16, 2007 12:47 PTG
Sapa yang tak pernah bercita-cita untuk jadi doktor??
Februari 16, 2007 2:25 PTG
uuuuu..... mau jadi doktor Hannah T. tu kalau dulu..... dan kalau-kalau betul jadi...... dan kalau-kalau Hannah T.... hmmmmm
Februari 16, 2007 2:39 PTG
dude, kalau kau jadi duktur, tak dapatla kita berkenalan. tak dapat la kau tahu tentang blog, bertebaranla geng geng sindiket soljah cuba utk memasuki narayuda dan tak dapat jugalah kau mengundi utnuk bukunota! ha ha ha
Februari 16, 2007 3:58 PTG
taugeh, kalau dicampak dalam kuali akan cepat lembik...cepat mati pucuk!
dudeeeeeeeeee, tak yahlah jadi doktor taugeh...
Februari 16, 2007 4:15 PTG
Daun,
Kau pun? Ha ha.
Labah,
Aku - kalau dapat beli - poster Hannah T pun dah kira ok dah weh, alahai!
Jai,
Narayuda kurang hebat! Mana naknya dude2 tu masuk Narayuda. Ha ha ha.
Esis,
Apa, kau masih mao? Ha ha.
Teh,
Tak. Tak akan. Aku makan bendir dan kacang panjang sajalah. Apa, kau akan suka?
Ha ha.
Februari 16, 2007 4:29 PTG
kenapa taknak jadi doktor sakit tuan?????????????????????
Februari 16, 2007 4:48 PTG
dah salah niat tuh. sib baik tuhan tak realitikan impian ko. muhahahaha! nandayo~
Februari 16, 2007 4:56 PTG
naga - doktor terlampau berjiwa marhaen
ha ha ha..
Februari 16, 2007 8:39 PTG
ha! ha!
Februari 16, 2007 8:58 PTG
oh! kaulah budak dalam tv yg ditemuramah pakcik jamal kerdil tu.. aku ingat dah!
Februari 16, 2007 9:33 PTG
Mirah,
Kerja yang berlain. Tapi, jawatannya sama. Doktor Sakit Puan check Tuan juga. Bha ha ha.
Ganai san,
Nandayo!!!!
Kelam,
Tak juga. :)
Roman,
Ha ha.
Nizam Tong,
Kat radiolah! Haiya!
Februari 16, 2007 10:37 PTG
pak cik jamal yang mana ek? bukan sezaman dengan aku kot
Februari 16, 2007 11:17 PTG
Masa zaman kanak-kanak dulu, kakak saya pun ada cita-cita nak jadi doktor.
Tapi cita-cita saya lebih mulia. Saya nak jadi pesakit untuk kakak saya tu.
Februari 17, 2007 3:35 PG
Art,
Tuanya kau?
Tanah,
Kau memang tersangat mulia. Sehinggakan aku suruh kau angkat tangan pun - kau turutkan sahaja.
"Errr... buka baju, doktor nak check dada!"
Februari 17, 2007 2:25 PTG
Aku mabuk darah. Bukan mabuk dara yer.
Februari 19, 2007 2:03 PTG
doktor, cikgu adalah pekerjaan yang mulia dan sampai ke pencen org tetap akan memanggil kita doktor dan cikgu.
tapi dua2 pekerjaan tuh aku tak jadi, walaupun aku kena paksa dgn mak aku. Alahai mak...
Februari 22, 2007 5:45 PTG
Catat Ulasan
<< Home