"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Februari 2007

Cinta yang ini

Ayako tinggal di Sydney, Australia. Cintanya dengan seorang lelaki New Zealand terkandas di pertengahan jalan. Untuk merawat hatinya yang walang – dia mengunjungi kami di Malaysia. Minum teh o dan makan karipap. Ha ha.

Kata Ghafaru sensei, “Tidak perlu untuk bersedih terlalu lama. Satu jam sudah mencukupi. Kemudian, cepat-cepat beritahu kami – kami sedia untuk menjadi penganti.”

Tambah Ghafaru sensei lagi, “Tapi, panggillah aku ‘abang’! Jangan panggil aku ‘sensei’, kerana sensei dan gakusei tak molek bercinta! Ha ha.”

Aku sedikit tersedak. Dan, beberapa butir kiub kentang yang menjadi inti karipap tersembur keluar dari mulut. Ayako? Ayako ketawakan sahaja.

Kata aku pula, “Lelaki Jepun sudah. Lelaki Melayu sudah. Lelaki New Zealand pun sudah. Ayako, kau tak nak cuba bercinta dengan lelaki Maori pula ke?”

Ayako sedikit tersedak. Dan, beberapa butir kiub kentang yang menjadi inti karipap tersembur keluar dari mulut. Aku? Aku ketawakan sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us
Ayoko Maki. Sedikit gemuk, tapi masih cantik seperti dulu.

30 Comments:

Blogger DeeN said...

hehehe.. ingatkan minah melayu tadi hehe. So, skang awek jepung tuh dah ada pengganti ker? :D

Februari 13, 2007 12:38 PTG

 
Blogger Nazri said...

weh weh, latino dia tak mau ke? wakaka!

Februari 13, 2007 12:46 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

Kalau Maori pun sudah, cuba bercinta dengan Mamak pun OK apa?

Februari 13, 2007 1:14 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

aku sokong elmaaniq ha ha

Februari 13, 2007 1:24 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Banyak2 Jepun - yang bertubuh gelap sedikit - Ayakolah. :)

Naz,
Boleh cuba, boleh cuba! Ha ha.

Elly,
Mamak pun boleh cuba! Ha ha.

Jai,
Aku soko NAZMI BUKUNOTA jadi Presiden GJ!!!

Februari 13, 2007 1:55 PTG

 
Blogger Unknown said...

bawa la ayako pergi minum air kelapa pandan mesti dia suka. biarkan.

Februari 13, 2007 2:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Ayako dah biasa dengan Malaysia. Dulu, setahun dia di UKM (bertemankan katak? ha ha). Jangan kata air kelapa pandan - kampung Pandan pun dia tak tahu apa barang!!! Ha ha.

Februari 13, 2007 2:34 PTG

 
Blogger areyoung said...

Lelaki Melayu pun penah.

Erm, putus pasal apa tu en Naga?

Februari 13, 2007 4:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Setahu aku, sebab Ayako kena pulang ke Yokohama setelah tamat pengajian di UKM.

Februari 13, 2007 4:30 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 13, 2007 8:24 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

merawat hati yang walang jumpa Naga? Terubatkah?

Februari 13, 2007 8:25 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

bila nak bawak pergi ngeteh dgn sol-jah?

Februari 13, 2007 9:07 PTG

 
Blogger Kemat said...

err..aku pernah merawat haati org yg terluka dan berjaya..tak nak kasi aku cuba sekali lagi ker..oh Ayoko..

Februari 13, 2007 9:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Pucuk serai pucuk kayu... Ha ha.

Op,
Dah terlambat. Dah cabut balik Sydney dah.

Kemat,
Kumpul duit. Kita ke Jepun. Aku dropkan kau di Yokohama, nanti. Mao?

Februari 13, 2007 10:34 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Uiii... sedapnya karipap.

Februari 14, 2007 3:08 PG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

apa kata kalau mencuba nasib dengan bercinta dengan lelaki melayu yang berkulit gelap seperti saya.

ha ha ha

Februari 14, 2007 9:10 PG

 
Blogger hana_kirana said...

sepanjang persahabatan yang aku jalinkan dengan jepun2 ini, aku mendapati gadis2 jepun di sini amat gemar mencari lelaki bukan Jepun. Aya-san, misalnya teringin bersuamikan orang Iban kerana nampak sungguh ganteng bila bercawat. hahaha aku setujukan saja. ganteng bangat! kami ke sarawak tempoh hari untuk menjejaki jejaka Iban yang bercawat. seksiiiiiii

Februari 14, 2007 9:40 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha yang itu pun aku sokong juga!, errr ada pengundi hantu tak? ha ha. dude, buat la tshirt "kami sokong pak nota" ha ha

Februari 14, 2007 10:07 PG

 
Blogger doff said...

errr aku macam sokong jer part lelaki iban bercawat seksi erkkk

Februari 14, 2007 10:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ini,
Ha ha.

Hana,
Wanita Jepun memang tergila-gilakan lelaki hitam. Lagi legam lagi bagus. Pergilah ke Ueno atau Ropongi - jangan cemburu kalau kau terlihat dude niger tu usung 2 orang amoi Jepun sekali gus. :)

Aku? Aku merah jambu. Ha ha. Limpas dulu, baa!!! Uwop uwoop!

Binjai,
Tagline: Kami Sokong Kepimpinan Bukunota!

Dof,
Kat opis aku sekarang ini - ada wanita Iban sedang edit buku teks bahasa Iban. Cantik juga. Nanti aku curi2 ambil gambar dia ya.

Februari 14, 2007 11:15 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Oi!

Hang gunakan kekerasan terhadap Ayako semasa mengambil gambar dia ka?

Februari 14, 2007 2:29 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

naga, aku setuju tawaran kau untuk skrip samurai tuh. tapi kau tulis dulu dalam Bm. aku translet. ekekeek.

Februari 14, 2007 4:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rai,
He he.

Khal,
Aku pink. Keras ke mende? He he.

Rudy,
Skripnya lebih kurang macam ni tau:

"Chocoreto hoshi?" Tanya Hideyoshi. Pedang Samurainya telah disisipkan semula ke pinggang. Pada hujungnya jarinya yang hodoh ada sebutir coklat yang sangat kecil.

"Nandayo!!!!" Bentak perempuan separuh telanjang itu.

Malam itu, malam memperingati enche Valentino....

Ok, kasi sambung...

Februari 14, 2007 4:25 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Betul tu. lelaki2 Maori gagah gagah belaka....! he he

Februari 14, 2007 6:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ha ha.

Februari 14, 2007 8:50 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Kalau wanita Jepun suka lelaki berkulit gelap....dengan orang PAPUA saja Pak!!

Haha..

Lama tak pergi kesini...Apa kabar?

Bunda Shafiya /Dr.Rosalina

Februari 15, 2007 5:35 PG

 
Blogger Anonymous said...

membuatkan aku teringat pada ayumi hamasaki...

ada getar di keningnya

bak kata latiff mohiddin....

suka dan duka bergetaran di keningnya, hari dan nadi berkejaran di sampingnya.

(dari titik ke titik).

Februari 15, 2007 9:15 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mulan,
Kawan aku, Peter Libau, orang Iban. Empat batang gigi depannya luruh dimakan usia - dibiarkan sahaja.

"Gigi taring ni kamik mau simpan... bikin pengerun!"

p/s: Selepas bersara, Peter Libau pulang ke Lundu. Oit2! Satu kampung sama Zamori Sarupi ke ni?

Buk Dokter,
Kalau berkunjung - jangan lupa bawa tempe deh!

Po,
Dari tetek ke tetek. BHA HA HA!

Februari 15, 2007 10:56 PG

 
Blogger Romantis Selatan said...

teringatkan orang jepun, teringatkan death note.

Februari 15, 2007 3:04 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

tak nampak gambar..

nak tengok gambar! nak tengok gambar!

Februari 21, 2007 12:36 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home