"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Februari 2007

Selepas waktu pejabat yang pre.oc.cu.pied

Apabila aku membaca buku, Nordeen akan memperlahankan bunyi lagu.

“Kenapa?”
“Takut mengganggu.”
“Tak apa. Otak aku ada dua. Satu untuk membaca. Satu lagi untuk mendengar lagu.”
“Macam otak Kyle XY?”
“Tak. Macam otak SpongeBob.”

Ekekekekekeke... Kami mengekek.

Seketika kemudian. Nordeen mendengar lagu. Aku membaca buku. Kuben? Kuben mendengkut tidur. Adakalanya, dengkut itu seakan-akan bunyi deruan ombak yang menghempas ke pantai. Fssh! Fsssh! Fssssssh!

Fssh… KruuuuuUOooook ook ook! Fsssh! Fssssssh!

“Bunyi apa pula tu?”
“Oh! Itu bunyi encik Crab. Dia terlanggar batu karang, barangkali.”

Ekekekekekeke... Kami mengekek.

33 Comments:

Blogger areyoung said...

Katun: sponge! bob! square! pants!!
memang gile best.

Februari 22, 2007 9:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Gila kentang sungguh kau ni.

Februari 22, 2007 10:37 PG

 
Blogger Nazri said...

Aku suka spongebob!

Suka juga tengok translation TV9 tu.

plankton itu sungguh jahat!

Februari 22, 2007 10:39 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Balik Johor aku tengok tivi Indon, Spongebob cakap Indon. He he he.

Kalau dengar orang tidur berdengkur ok lagi. Kalau yang berlaga-laga gigi, ngeri. Ngilu...!

Februari 22, 2007 12:26 PTG

 
Blogger Unknown said...

aku ada baca kes isteri minta cerai di US sebab suaminya berdengkur.

bini dia ckp dengkur suaminya macam mesin potong rumput.

Februari 22, 2007 12:52 PTG

 
Blogger Korakora said...

spongebob, kartun utk org tua. sama macam the simpson.

tapi kat sini, kartun2 tu utk budak2.

Februari 22, 2007 1:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Naz,
Bende2 kecik - memang jahat! Ha ha.

Purp,
Apa yang ngilu? Ha ha.

Kelam,
Suami tak berdengkur - ada juga isteri yang minta cerai. HA HA.

Nota,
Untuk tontonan seisi keluargalah tu.

Februari 22, 2007 1:57 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

selepas waktu pejabat yang pre.oc.cu.pied... tengah baca An Ass Tea ke?

Februari 22, 2007 3:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

yg mcm p.ramlee x de ke? ha ha ha

Februari 22, 2007 5:19 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Oi! Apa pre pre?! Salah tu!!

Februari 22, 2007 5:34 PTG

 
Blogger DeeN said...

nasib baik tak berdengkur macam Patrick hehehe..

Spongebob: patrick, apa yg kamu buat tu?
Patrick: saya sedang bermain belon hah!

heh heh

Februari 22, 2007 5:38 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Kata bukunota, Spongebob Squarepants tu untuk orang dewasa.

Dan aku ada baca-baca dan dengar-dengar, watak Spongebob tu gay.

Tapi aku tetap suka Spongebob.

Februari 22, 2007 6:00 PTG

 
Blogger Rie said...

aku suka makhluk pink tu. yang lupa nama tu. yang badan bergerutu tu. hehhe

Februari 22, 2007 6:04 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

en crab sedang tidur pun boleh terlanggar batu karang...?

Februari 22, 2007 6:13 PTG

 
Blogger famia said...

kyle xy.
hah hah hah.
laki makhlok asing tu ke.
kacak lah! tido dalam tab mandi.
mujurrrrrrr kyle tak berdengkur mcm sedara tu.

selalunye tido yang berdengkur tu dipanggel tidur kering.
sebab... tak sempat nak mimpi apa2 akibat penat yg terlampau.

Februari 22, 2007 9:26 PTG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

Kamu-kamu semua mesti tonton SpongeBob the Movie. Best sangat. Ketawa sampai keluar kencing.

Februari 22, 2007 9:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Tak. Tengah baca buku Kesan Globalisasi dan Media Terhadap Sesebuah Ketamadunan Manusia Jlid V1. Ha ha.

Gile kentang sungguh.

Amora,
Tak ada.

Jig,
Ha ha. Dah tua2 ni baru aku tahu perkataan tu. Dulu, masa English set 6 - Mrs Nathan tak ajar pun. Ha ha.

Mrs Nathan cuma kata, "dey boy, if you read to much Bacaria haaaa - will damaged you penis wooo!"

Nura,
Ha ha.
Patrick: Tengok! Saya unjurkan jari tengah saya kepada kamu.
Spongebob: Patrick, kamu mana ada jariiiii...
Ha ha.

Hana,
Patrick yang GAY. Ha ha.

Esis,
(Snail) Gary ke?

Ontah,
Nordeen syak je. :)

Famia,
Oh, iye ke?

Ini,
Ya. Mesti tonton ni.

Februari 22, 2007 10:37 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Asalamualaikum!

Kajian yang pernah dijalankan mendapati perempuan tua tidak suka humor. Saya sudah tua.

Februari 22, 2007 11:05 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Off-topic.

Kenapa orang di Malaya sekarang asyik guna istilah gila kentang tu ek?

Februari 23, 2007 3:47 PG

 
Blogger Pa'chik said...

"spongebob katun orang tua" bukunota...


err.. katun utk orang tua ecchi anime dude, hentai... haha..

Februari 23, 2007 8:14 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Puan Ainon,
April ni saya 40. Kehidupan baru hendak bermula. Ha ha. Apapun, suatu hari nanti - saya pun tua juga dan saya tak kisah.

Untuk rekod: dalam 1 hari, saya menerima tidak kurang dari 10 emel, 5 sms dari wanita2 pelbagai usia (termasuk Kak Eton DS, Hannah T, dll).

Saya berasa sungguh seronok, kak! Ha ha.

Tanah,
'Gila Kentang' adalah perkataan yang digunakan dalam sebuah iklan tv kerepek kentang; merujuk kepada mereka yang gemar makan kentang (macam aku) dalam pelbagai rupa dan bentuk.

So, don't worry to much, ya!

Chik,
Aku pernah merangka 1 cerita politik untuk 1 buku bergambar untuk kanak-kanak pra-sekolah. Apapun, buku itu masih belum siap-siap.

So, tidak ada salahnya orang dewasa menonton siri kartun. Daripda tengok drama Melayu sekitar topik isteri jalang suami curang - lebih baik tengok rancangan sarkis.

Februari 23, 2007 8:45 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Haha.... katun yang buat aku gelak pecah perut selain daripada Oggy and the cockroaches.

Sarkis?

Aku mimpikan nak tengok Cirque De Soleil

Februari 23, 2007 9:53 PG

 
Blogger Amyz! said...

ahaha..
oh, saya tau apa gelaran nordeen - patrick kan? kan?

Februari 23, 2007 3:42 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

siapa agaknya yg buang sponge yg masih elok itu ke laut yaa?....

mana datang kyle xy tu ek?

ohhh.. sponge bob tu alien rupanya.

Februari 23, 2007 3:43 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

dude, banyakkan lagi membaca. Bila dah terbiasa kamu boleh membaca menggunakan fikiran di bawah sedar, sambil mendengar lagu. Tanpa guna dua otak lagi.
Dan boleh juga, membaca sambil menyanyi.
Ha ha.

Februari 23, 2007 9:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mulan,
Kalau perasan, SpongeBob pakai spender warna putih juga. Ha ha.

Khal,
Seumur hidup, baru 2 kali aku tonton sarkis live.

Amyz,
Tak. Nordeen = Gary (the snail). HA HA.

Ram,
Tupai betina mana yang gatal sungguh nak berkawan dengan makhluk2 di dalam air tu? Ha ha.

Kunci,
Kau tahu, SpongeBob mempunyai sepasang otak berwarna merah jambu.

Nandayooo???

Februari 23, 2007 11:16 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

oh spongebob itu mmg comel! dan dia juga suka tidak berbaju. mungkin sebab tak ada saiz kot. haha

Februari 24, 2007 7:12 PG

 
Blogger Jong said...

salam,
bukan main ko ya, dengan aweks jepun dalam dewan siswa....

Februari 24, 2007 11:57 PG

 
Blogger Sastri said...

lama dah tak menonton spongebob...

Februari 24, 2007 3:17 PTG

 
Blogger pondokTampin said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 24, 2007 6:34 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Salut sama NTV9.

Nazri... sebutannya begini

mula-mula rendahkan frekuensi

kemudian

plannnkktown itoo sounggouhh jaaehhat! macam suara si tapak sulaiman itu.

hahahaha

er.. saya belum memberi salam kepada Pak Encik Naga...

salam Pak Naga.

Februari 24, 2007 6:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nim,
Ha ha.

Faisal,
Ha ha. Tak adalah... Mana ada! Ha ha.

Sas,
Jom tonton!

Amin,
"SpongeBob, Lihat jari saya!!!!"
"Awak tak ada jari, Patrick!"

Ha ha.

Februari 24, 2007 8:03 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Lihatlah saya berbogel!!!!!! - Spongebob bukan aku.

Februari 26, 2007 6:17 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home