"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Mac 2007

Dari kacamata seorang pengamal visual 2



K HOLE
“Lubang Kubur ke?” Jun teka.

Saya mempunyai teori yang berlain dengan Jun.

Setiap bahan bercetak (four color process) dihasilkan dengan cara mencetak warna sian (cyan) terlebih dahulu, diikuti dengan warna magenta, warna kuning (yellow), dan yang akhir sekali ialah warna hitam (black) pada helaian kertas. Warna-warna asas untuk kerja penyudah dan pisah warna dan percetakan ini ditandai dengan huruf awalan C untuk Cyan, M untuk Magenta, dan, Y untuk Yellow. Kecuali untuk blacK, warna ini ditandai dengan huruf akhiran K.

Mungkin, K pada K HOLE membawa maksud ‘Lubang Hitam/Gelap/Guguk’. Atau mungkin saja membawa maksud ‘Lubang Terakhir’. Atau mungkin saja membawa maksud, “kalau kau ambil dadah – pada suatu hari yang indah permai – kau mesti mati!”. Atau, mungkin saya salah. Ha ha.

Mengambil dadah secara berlebihan cuma ‘suatu penyebab’ atau titik mula bagi naratif dalam filem ini. Jadi, jangan terlalu hiraukan sangat rinci pada bahagian ini.

K HOLE adalah filem tentang sebuah journey (Pengembaraan? Perjalanan?) yang berkembang dari saat pra-mati hinggalah ke saat pra-tanam. Dan, dalam proses itu, si narator bertembung dengan watak-watak lain; dengan cerita-cerita lain mereka sendiri. Sedangkan, pada masa yang sama kisah si narator masih terus berlangsung. Dan, oleh kerana si narator telah idle, maka cerita-cerita lain yang berlangsung itu adalah di luar kawalannya.

Otak saya terbahagi dua. Satu, menumpukan kepada visual dan kejadian yang berlaku kepada si narator, dan pada masa yang sama, satu lagi, menumpukan kepada visual dan cerita-cerita yang dibawakan oleh watak-watak yang lain itu. (Oh ya! Saya memang mempunyai kemampuan yang sungguh magis ini. Sungguh!)

Saya longkahkan bingkai-bingkai K HOLE. Lalu saya bentangkan sebelah menyebelah menjadi sebuah lukisan yang panjang. Dan, saya dapat mengesan harmoni (ulangan/irama) pada K HOLE. Kesepaduan ini telah dirancang dengan teliti oleh pengarah (saya percaya… seawal peringkat papan cerita lagi) untuk satu kesempurnaan.

Di akhir tontonan, mahu saja saya labelkan filem ini (jika saya tidak labelkan sebagai filem avant-garde pun) sebagai filem ‘experimental’ dan ‘progressive (favoring or implementing social reform or new, liberal ideas)’.

Menghasilkan filem adalah usaha yang rumit dan kompleks. Pada saya, K HOLE adalah filem kreatif dan menarik.

Jadi, kepada ‘suara-suara’ yang mengatakan bahawa K HOLE adalah sebuah filem pendek yang tiada potential untuk berkembang/dikembangkan (watak-watak di dalamnya, mahupun jalan ceritanya ) – anda salah! Pada tangan pengarah yang bijak – apa sahaja boleh terjadi. Ingat, filem StarWars itu pun dijelmakan dengan sequel keempat, kelima, keenamnya terlebih dahulu. Tidak mustahil jika sequel K HOLE selanjutnya adalah pada masa si narator mula-mula mengambil dadah atau pada masa si narator di alam selepas mati.

Kongsi Dalam Gelap
Melissa Saila masih cantik. :) Saya harap.

NOTA: Jadi, saya mengundi K HOLE pada hari-hari seterusnya.

Oh iya, Nordeen dan Kuben kata saya terlalu serius apabila memperkatakan tentang seni dan ideas – jadi, ini ulasan saya yang terakhir untuk projek BMW SHORTIES. Esok lusa tulat – saya akan menulis cerita-cerita yang saya tulis macam selalu-selalu. Cerita-cerita yang anda suka baca.

Akhir kata, jika rindu – sebutlah namaku. Humchaaa!

16 Comments:

Blogger abdullahjones said...

terima kasih bang. saya tak boleh tengok filim-filim,sekat-sekat. kirim salam akak.

Mac 07, 2007 3:16 PG

 
Blogger June said...

Wooooppppps, brader, apa barang kau cakap ni????

tapi, K-Hole memang paling best di antara yang aku dah tenguk (ok, aku tak tenguk semua yea!).

Kalau ada sequel K-Hole, aku nak ttik naratif itu sebagai orang mabuk ribena yang mati pasal kalah nombor ekor.

Mac 07, 2007 7:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

>>>kirim salam akak.

Jones,
Sedangkan lidah lagi tergigit... Kata Usop Gajah, “Status Perkahwinan: Berselisih Faham. Ha ha."

Dahlah Jones, jangan gaduh lama2! Ok2, jumaat malam - aku online dengan 'akak'. Nanti aku nasihatkan dia suruh pujuk kau, ek!

Tifani,
Ha ha. Entahlah... aku syak: aku fikir lebih laju daripada aku tulislah, beb!

Oit2! Mao tulis skrip untuk film aku? Ha ha.

Mac 07, 2007 9:53 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aturcara Cadangan
WACANA FILEM PENA
1.00pm Makan
2.00 The Making
2.15 Tayangan Kiri
2.30 Perkongsian Pengalaman + Q n A.

...............


Background Details:



KIRI MEWAKILI UTM SEBAGAI FINALIS BMW SHORTIES
1 Mac 2007

KIRI, sebuah projek filem yang dihasilkan secara Project Based Learning, telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan filem BMW Shorties. Filem ini akan dipertandingkan untuk Judges’ Choice Award dan Peoples’ Choice Award bersaing dengan 9 lagi finalis dari seluruh Malaysia.

Sebanyak 74 entri mencuba nasib dalam BMW Shorties tetapi hanya 10 terpilih untuk ke peringkat akhir. 10 filem ini, termasuk KIRI, akan juga dihantar ke ibu pejabat Global BMW berpengkalan di Munich, Jerman untuk penilaian kelayakan ke festival filem besar lain di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pembikinan filem KIRI melibatkan pensyarah, staf dan pelajar UTM. Majoriti krew dan pelakon filem yang berjumlah 25 orang ini adalah staf dan pelajar FPPSM, manakala 2 dari FP dan FSKSM. Filem ini juga mendapat kerjasama penduduk Kampung Parit Selangor, Parit Baru dan Seri Bukit Panjang, Pekan Nanas, Johor.

Filem KIRI diarahkan oleh En. Ahmad Sharifuddin berdasarkan tulisan En. Ghazali Bunari. Manakala, pelajar En. Muhammad Affendi Azizan yang pernah menjadi finalis Anugerah Filem Pendek RTM-Filem Negara Malaysia bertindak sebagai penolong pengarah. KIRI mengisahkan seorang anak kecil yang mengalami trauma selepas menyaksikan ayahnya dibunuh oleh ketua gerila militan. Apabila dewasa, anak kecil ini menjadi seorang gadis yang taksub dengan dendam. Filem ini mengupas konflik antara dendam dan kemaafan.

En. Ahmad Sharifuddin, En. Ghazali Bunari dan En. Muhammad Affendi Azizan selaku peneraju utama projek filem ini berharap warga universiti akan menyokong filem KIRI dengan mengundi secara online untuk memenangi Peoples’ Choice Award. Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web BMW Shorties di http://www.bmwshorties.com.my/. Undilah KIRI sebelum 7 Mac 2007. Keputusan akan diumumkan pada 9 Mac 2007.

Laman Web BMW Shorties:
http://www.bmwshorties.com.my/.

Mac 07, 2007 10:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tok Rimau,
Sekretariat Penulis-penulis Blog PENA menganjurkan 'Screening KIRI' bertempat di rumah PENA, pada 10 Mac 2007.

Rincinya - Bukunota akan put up detailnya di forum GengJurnal.

Kalau kami tak sempat nak sediakan makan tengah hari - kami akan sediakan 'teh tinggi'. Ha ha.

Datanglah beramai-ramai.

Oh ya, saya lupa, Sinaganaga akan menjadi pengantara majlis pada kali ini, ya! Psssttt! Jangan lupa bawak kamera!!!!

Mac 07, 2007 11:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Screening KIRI:
(((((Semua dijemput datang!))))))))))))))

Mac 07, 2007 11:10 PG

 
Blogger DeeN said...

wah! wah! Wah!
(((( aku ternganga ))))

Mac 07, 2007 12:38 PTG

 
Blogger Unknown said...

sempat tgk 'kiri' saja d blog TOK

Ya! sinaganaga ha ha

Mac 07, 2007 1:41 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau tak ada komentar sebegini aku mungkin tak akan teruja untuk menengoknya. Tahniah kepada Naga !

Mac 07, 2007 1:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nur@,
(((??? ))))))))))))))))))))))) Sorry, speaker tak stereo.

Amora,
Ha ha.

Purp,
Sama-sama.

Mac 07, 2007 2:24 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Lagi:
http://moluskatatami.blogspot.com/2007/03/k-hole-my-subconscious-expectation.html

Mac 07, 2007 3:33 PTG

 
Blogger DeeN said...

yg donlod tuh pakai dvd version ka. Aiseh, patutlah dok leh tgk pakai WMP huhuhu...

(((((( TIDAKKK ))))))

Mac 08, 2007 11:04 PG

 
Blogger Pa'chik said...

k hole, ke hole?
atau khole air?
khole lumpo

Mac 08, 2007 7:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Ha ha.

Chik,
Apa holeeeeee? Ha ha.

Mac 09, 2007 8:33 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

hari tu cerita jilat.. kali ni cerita lubang......


Chisss.....

Mac 09, 2007 11:40 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Uwop! Uwop! Uwop!

Maka ungka pun bersahut-sahutan.

Pssss.... satu cerita pun aku tak sempat tengok. Selain akibat maha sibuk, jalur lebar aku pun maha lembap.

Mac 09, 2007 12:36 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home