"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Mac 2007

Dari kacamata seorang pengamal visual



Kekuatan sesebuah filem terletak pada jalan cerita, skrip, dan garapan visual yang seimbang. Keseimbangan boleh sahaja terbentuk daripada kesan imbangan tidak simetri atau imbangan simetri.

KELAPA
KELAPA mengisahkan seorang kanak-kanak kecil, Haziq, tiada teman untuk bermain kerana kakaknya demam. Dan Haziq tahu, air kelapa muda boleh menjadi penawar kepada demam; dia mahu kakaknya cepat sembuh agar dia ada teman untuk bermain bersama-sama.

Pada sesetengah babak (part), KELAPA agak meleweh (dragging). Kendatipun, KELAPA diselamatkan dengan visualnya yang cantik. Sebagai seorang pereka grafik, Muhammad Faiz Ramli, menerap prinsip-prinsip rekaan dalam garapannya terhadap KELAPA. Faktor imbangan, kadar bandingan, penegasan, pergerakan dan pertembungan (opposition), harmoni (ulangan/irama), dan kepelbagaian mencetuskan kesepaduan; menjadikan KELAPA ini cantik.

Babak Haziq berjaya memperoleh sebiji kelapa muda dan menyerahkan kepada emaknya untuk dijadikan penawar kepada demam kakaknya itu sangat ‘sweet’, saya rasa. Dan saya tersedu! (Kan, saya dah kata… saya ini seorang lelaki yang sentimental. Ha ha.)

Tapi, alangkah lebih moleknya jika KELAPA dimulai dengan jeritan, “Haziiiiiiiiiiq!” dan diakhiri dengan jeritan, *“Haziiiiiiiiiiq!” juga?

*Pada satu paparan gelap tanpa imej apa-apa yang pegun beberapa saat selepas credit title selesai. Kemudian, tamat.

NOTA: Saya mengundi KIRI pada hari pertama. Kerana Ghazali Bunari dan DeanSham kawan saya. Ha ha.

KIRI
KIRI mempertaruhkan jalan cerita dan mesejnya yang kuat dan tersendiri.

Visualnya agak biasa. Imejnya agak glare akibat daripada penggunaan kostum pelakonnya yang berwarna cerah. Masalah glare ini boleh diselesaikan sekira Ghazali Bunari dan DeanSham merendam kostum itu ke dalam air teh terlebih dahulu dan dibiarkan kering kemudian.

Audionya tidak sekata.

Babak al-Quran dan rehal yang terlepas dari tangan kanak-kanak perempuan lalu jatuh ke tanah membuatkan saya berfikir. Barangkali, saya menjumpai ‘sesuatu’ pada sela-sela visual babak ini. Atau, mungkin juga tidak.

Babak ketua peminangan mengelak apabila dibaling dengan dulang sungguh mencuit hati. Saya suka. Ha ha.

Apapun, saya percaya, banyak usaha telah dicurahkan untuk filem ini. Bravo!

NOTA: Saya mengundi CAN YOU HEAR ME? pada hari kedua.

CAN YOU HEAR ME?
Sama seperti alasan kenapa saya menyukai KELAPA, begitu jugalah alasannya kenapa saya menyukai filem ini. Cuma, saya lebih sukakan CAN YOU HEAR ME? kerana Chee Kar Ching bijak memanfaatkan sepenuhnya tone putih (off white), hitam, dan warna tanah (shades kelabu, coklat, dan hijau) dalam mode filem garapannya ini. Visualnya sangat dinamik (tidak statik). Dan, saya rasa kesepaduan idea ini sangat best.

Berkisar tentang kisah wanita yang kehilangan suami dan anak lelakinya dalam satu kemalangan: wanita itu percaya (atau berusaha untuk memujuk dirinya agar percaya?) bahawa sampan origami itu menjadi penghubung (link) di antara mereka yang kini berada di dunia yang berlain.

CAN YOU HEAR ME? bukanlah cerita hantu atau cerita seram. Ia adalah kisah yang tepu dengan emosi hasil daripada visual-visualnya yang *bersemiotik. Kerja kamera, suntingan dan runut bunyi filem ini juga sangat baik.

*Ada kawan saya kata, imej air penuh di dalam takungan, air menitik, air mengalir, air berbintil, paip air dan seumpamanya itu melambangkan gelodak rasa/perasaan si isteri setelah kehilangan suaminya. WO!

WESTBOUND
WESTBOUND adalah filem seram kelakar yang menghiburkan. Kerja kamera dan suntingan untuk filem ini agak cantik juga. Lebih-lebih lagi semasa babak selepas senja sehingga ke malam.

NOTA: Saya sudah tonton habis J’AI PAS SOMMEIL dan A LONELY MAN. Saya belum habis menonton K HOLE dan saya kira, filem ini juga harus diberikan perhatian. Dan saya berkira-kira juga untuk mengundi CAN YOU HEAR ME? pada hari ketiga.

Bersambung… (kalau rajin).

20 Comments:

Blogger saharil said...

sudah vote..

Mac 01, 2007 6:28 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku suka visual Can You Hear Me. Sangat2. Tapi, aku vote Kiri jugalah.

Mac 01, 2007 7:28 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Yg cantik-cantik tu biarlah menang Judges' Choice. Yang berpotensi besar tu bagi Peoples' Choice. Cam Mawi.

Undi sekali sehari. Mudah je, lebih mudah dari makan pil kuda- 3 kali sehari.

Bang, buat filem Maggie pulak.

Mac 02, 2007 8:40 PG

 
Blogger Pa'chik said...

sudah hundi.

Mac 02, 2007 4:10 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

aku teringin nak jadi pelakon... tapi bini aku tak kasi. dia tak suka jadi bini orang glamer katanya.

Mac 02, 2007 4:13 PTG

 
Blogger June said...

WO!

Aku suka part air-air tu.

Mac 02, 2007 5:02 PTG

 
Blogger Unknown said...

dude! sorry N3 kali ni mmg wa tertinggal betul.

Mac 02, 2007 5:15 PTG

 
Blogger Nazri said...

Whoa, jarang aku tengok entri naga panjang-panjang.

Panjang-panjang

Aku vote!!!

Mac 03, 2007 3:28 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak tengok satu pun lagi. Tak boleh komen apa-apalah....

Mac 04, 2007 4:51 PTG

 
Blogger ~inilah saya~ said...

aku tengah mendownload filem2 ini.

lama sungguh...

Mac 04, 2007 10:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Bertanding biar adil.

Ram,
HA HA.

Tifani,
Cuba layan K HOLE pula. Kau rasa2 - kenapa pengarahnya guna tajuk 'K' Hole???

Amora,
Tertinggal? Kenapa?

Vovin,
Panjang ke? Taklah...

Purp,
Ha ha.

Ini,
Ha ha.

Mac 04, 2007 11:41 PTG

 
Blogger zizie ali said...

belum undi. nak baca preview dulu banyak-banyak. dari pelbagai kacamata.

Mac 05, 2007 11:15 PG

 
Blogger DeeN said...

eh eh .. aku blur.. apa ini.. aku hanya tau KIRI. tu pun ada yg promote. Yg lain2 tuh di mana ya?

Mac 05, 2007 11:53 PG

 
Blogger Rie said...

aku tak undi lagi.. hahaha

Mac 05, 2007 12:11 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Hoh!

Kena tgk ni!

Mac 05, 2007 2:00 PTG

 
Blogger June said...

Aku memang hanya vote K-Hole.

Mac 05, 2007 7:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
Nanti aku ulas K HOLE. Tunggu!

Nura,
Click butang BMW SHORTIES tu!

Esis,
Pengamal media seperti kau patut undi.

Khal,
Mestilah.

Tifani,
Aku pun vote K HOLE.

Mac 05, 2007 10:09 PTG

 
Blogger areyoung said...

Pandangan yang bernas daripada pengamal visual. Anw, nak tau jugak apa pandangan pengamal undang2, pengamal perubatan dan pengamal ilmu hitam.

Anyone..?!

Mac 06, 2007 2:58 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

=.=" tak ada T.V kat kolej... tak dapat vote.

Mac 06, 2007 3:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Ha ha.

Amin,
Apa barang tengok kat tivi? Gi tengok kat Internet le weh!!!! Haiya.

Mac 09, 2007 3:47 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home