Kempunan
Kampung Kasipillay. 1978.
Satu hari. Aku teringin sangat. Nak makan chocolate wafer. Trebor. Paket warna oren. Bukanlah mahal sangat. Satu paket dua puluh sen. Masa tu.
Tapi, mak bukannya orang berduit. Jadi, dia tak belikanlah...
Nak jadikan cerita. Aku balik sekolah petang tu. Semasa turun dari bas LEN nombor 93. Ada satu motosikal laju. Datang dari sebelah kiri bas dan rempuh aku. Aku nampak bumi kat atas. Aku nampak langit kat bawah. Aku dengar orang dalam bas pekik, "WO!!!" Sedar sedar, aku dah tergolek 'dog'. Kemudian, aku nampak motosikal tu 'cabut lari'!
Aku ok. Tapi, peha kiri aku ada kesan bunga tayar motosikal. Kemudian, ada 'brother' hantar aku pergi klinik. Doktor kata tak patah. Tapi, lebam tu - lamaaaaaa baru hilang!
"Kena langgar sebab kempunan ni!" Mak beritahu bibi sebelah rumah sewa kami. Bibi angguk-angguk kepala. Bibi tanya aku nak makan capati tak. Aku geleng-geleng kepala. (Aku nak Trebor *sob*)
Malam tu. Mak belikan aku chocolate wafer. Tapi, bukan Trebor. Cap Cina! Paket kertas timah warna merah. Bukanlah mahal sangat. Satu paket sepuluh sen. Masa tu.
"Lain kali, kalau teringin nak makan apa-apa... tapi tak dapat makan lagi - jilat tapak tangan dulu. Supaya tak kempunan!" Pesan mak.
"Ooo...." Aku kata. Aku simpan tekad dalam hati, "Apabila aku besar nanti, dah kerja, aku nak beli chocolate wafer Trebor banyak-banyak!"
27 Comments:
kat tempat saya pulak, calit jari ke lidah kemudian ke dahi sambil cakap "nek kenek".
nak wafer 1!
Mac 01, 2007 10:17 PG
agak2 berapa kali dah kau jilat tapak tangan kau tu...?
Mac 01, 2007 10:47 PG
oh macam tu kah. kalau teringin sangat jilat tangan orang lain boleh juga kah?
Mac 01, 2007 12:38 PTG
sama pengalaman dengan aku, bezanya bukan cokelat tapi baju, aku berazam nak beli baju pengakap banyak-banyak.
jilat tapak kaki? ibu jari kaki pun susah nak nampak bila tundukkan kepala, apa barang HAHA
Mac 01, 2007 12:44 PTG
silaplah pulak, bila masa naga tulis jilat tapak kaki. alahai. haha
Mac 01, 2007 12:45 PTG
He he he. Kalau jilat tapak tangan tu aku sanggup lagi.....
Paket yang kertas timah warna merah tu sekarang pun ada lagi kan...?
Mac 01, 2007 1:15 PTG
Dof.
Kenapa 1? Kenapa tak 10, 20, 30, bla bla bla?
Ontah,
Dah banyak kali dah.
Esis,
Boleh juga tu. HA HA.
Dug,
Tulah kau ni... kalau aku cakap kau ni ******, kau marah!!! Baca betul2, fahamkan isi kandungannya, kalau perlu - baca di celah2 baris tu. Kemudian, baru beri respond!!!
Purp,
Cap Cina paket timah warna merah - ada lagi!!! Tapi, harga dah lainlah.
Mac 01, 2007 2:57 PTG
nama chocolate wafer tu 'snap' kan?
Mac 01, 2007 4:02 PTG
kau dah besar, dah keje, dah beli chocolate wafer banyak-banyak?
oh ye, sila rujuk blog aku sebab aku dah 'tagged' kau!
Mac 01, 2007 4:19 PTG
Chik,
Aaaaaaa... tak ingat pula aku. Rasanya, 'snap' wujud kemudian. Aaaaa...
D,
Kau tagged aku apa baranggg... Kau tak kenal-kenal aku lagi ke? Tak akan kau tak ingat - aku pernah nak lempar pinggan masa mesyuarat ajk... (you know what and which ajk lo huh!).
Ha ha.
By the way, kalau dah kena 'tagged' mesti kena jawab ke? Amora dan D (dan yang lain2 tu), sila bagi dalil mengapa aku kena jawab itu tag?
Ha ha.
Mac 01, 2007 4:50 PTG
aku memang tengah gian nak menjilat ni huhu
Mac 01, 2007 5:19 PTG
Tido dalam kempunan, air liur basi meleleh.. ek? Kalau dah jilat tapak tangan mungkin tidak..
Sekarang tak layan dah trebor wafer tu.. kinder buenos la sedap..
Mac 01, 2007 5:41 PTG
Masa kecik dulu, aku berazam, kalau aku masuk syurga, aku nak mintak papan karom kat Tuhan. Supaya aku boleh main karom hari2. Aku sgt suka main karom dulu.
Mac 01, 2007 6:16 PTG
aku sekarang gian nak makan nasi kandar .. hari2 jilat tangan..tapi lom tercapai lagi huhu
Mac 01, 2007 6:47 PTG
Ram,
HA HA. Kau mencarut.
Daun,
Sebelum tidur - jangan lupa basuh kaki!
1khz,
Tekad nak masuk sorga tak boleh kalau2! :) Mesti tanam tekad untuk masuk, dude!
Kemat,
Nasi Kandar di GAMA still nomer satu ke?
Mac 01, 2007 6:59 PTG
Wafer Snap tak sedap. Liat.
Tapi ada chocolate wafer yang saya suka dulu. Jenama apa lupa la pulak. Tapi ada macam-macam perasa.
Sedap.
Mac 02, 2007 5:08 PG
dah beli dah?
Mac 02, 2007 10:19 PG
Patut la kilang Trebor tak pernah rugi.
Hang dok tukang beli.
Mac 02, 2007 11:17 PG
Masa kecik-kecik dulu aku pun pernah pasang hasrat yang sama -nak beli cekedis manis2 pedas(yg ada gambar ayam main gitar pada peketnya tu) baaanyak-banyak. Haha!
Mac 02, 2007 12:30 PTG
Tanah,
Semua cekelat aku suka. Ha ha.
Jai,
Dah.
Khal,
Ha ha.
AreYoung,
Ha ha. Jangan makan banyak-banyak sangat jajan jenis tu - boleh botak kepala kau tau! Ho ho.
Singin' now:
"Saya Charlie Cikedis, yang rangup enak sekali, childrens nak lagi, saya (bagi) Charlie Cikedis!"
Ha ha.
Mac 02, 2007 1:11 PTG
manislah. gigi rongak nanti. mak aku cakap. sampai aku takut nak makan coklat.wafer dan seumpamanya.aku tak suka coklat or wafer sampai aku dewasa.
Mac 02, 2007 4:26 PTG
ha ha... jilat tapak tangan ek. ayah pun pernah cakap mcm tu dulu dan rasanya skang ni bukan satu tapi selori pun boleh beli.
Mac 02, 2007 5:18 PTG
"Lain kali, kalau teringin nak makan apa-apa... tapi tak dapat makan lagi - jilat tapak tangan dulu. Supaya tak kempunan!" Pesan mak.
"Sedih baca cerita naga" pakteh.
Mac 04, 2007 3:08 PTG
Rudy, Amora,
Ha ha.
Pakteh,
Harap2 entri ni boleh menang Anugerah Geng Jurnal utk kategori Entri Menyentuh Emosi. Ha ha.
Mac 05, 2007 8:47 PG
hoh! jilat tangan? Jilat jari takleh ker? Snap sedap di makan tatkala lapar. Kalo tak, nak tengok pun malas ahakss.. sian dier
Mac 05, 2007 11:58 PG
naga:
nasi kandar kat GAMMA tak nah try..best ker..pebret nasi kandar kul 11mlm @ Masjidkapitan keling, nasi kandar chowrasta..best giler dude..
Mac 05, 2007 6:39 PTG
mak aku kata:
"Belajar rajin-rajin, nanti dah besar besok, dah keje, belilah apa nak beli".
Aku dah rajin belajar. Aku dah besar. Aku dah tak bernafsu nak beli benda tu.
Mac 06, 2007 7:28 PTG
Catat Ulasan
<< Home