"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Mac 2007

Trilogi

And one… and two… and three… and four…

Mohsein
“Khalid al-Walid pun memerintahkan tentera-tentera Islam untuk menyerang...,” cerita ustaz Mohsein, “Serang! Seranggg! Serangggg!”

Di antara ibu jari dan tapak tangannya – tersepit kapur tulis warna putih. Empat lagi jari tegak menggamit-gamit. Ustaz lulusan al-Azhar ini persis panglima perang. Cuma, panglima perang yang ini berbaju kotak-kotak, berseluar slack warna gelap, dan bersandal.

Di luar kelas. Aku dan Ramli (Ramli Ishak) sering mengajuk-ngajuk perlakuannya itu. “Serang! Seranggg! Serangggg! Tentera musuh pun habis matilah.”

Besar nanti, kami mahu jadi macam ustaz Mohsein juga. Kami mahu jadi panglima perang. Ha ha.

Mukhsin
Aku keluar panggung. Dengan keroncong Hujan yang terlekat di fikiran. Sayangnya, Kuala Lumpur semakin panas. Musim kemarau sudah semakin menghampiri. Agaknya.

Aku menyukai: 1. Irwan Iskandar yang melakonkan watak Pak Atan semasa muda. Ada kesinambungan gaya dengan watak Pak Atan ketika tua yang dilakonkan oleh M. Rajoli dalam Rabun. 2. Pelakon yang melakonkan watak Mak Senah (ibu saudara kepada Mukhsin). 3. Pelakon yang menyanyikan lagu Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) dengan spray pembunuh serangga di tangan sebagai microphone. Lelaki ini mungkin adik Pak Atan yang baru pulang dari belayar. Agaknya. 4. Pelakon kanak-kanak perempuan yang mempunyai mulut sangat cilahat itu. Ha ha.

Mukhsin adalah sebuah filem yang ‘dekat’ dengan penulis cerita dan pengarahnya sendiri. Dalam erti kata lain, Mukhsin adalah filem self-portrait; tentang cinta pertama atau cinta monyet pembikinnya. Aku rasa, pengarahnya tidak ada apa-apa masalah ketika menggarap filem ini.

Maka, lengkaplah sebuah trilogi. (Rabun adalah cinta pertama aku.)

Cinta Pertama
Aku cuba untuk mengingat-ingat. Tentang cinta pertama. Aku.

Aku dan Ramli menyintai gadis yang sama. Cikgu Magdelena adalah guru praktikal di sekolah kami. Dia sangat cantik. Pinggangnya ramping dan punggungnya ‘patah’. Guru berbangsa Tionghoa ini gemar berbaju kebaya ketat dan berkain batik lepas. Alahai!

And one… and two… and three… and four…

Kalau ada yang bertanya. Kenapa Trilogi? Sebab aku cuma menonton Rabun, Sepet dan Mukhsin. Tidak Gubra! Ha ha.

Oh ya, lupa nak beritahu, aku menonton ketiga-tiga filem ini di panggung. Bukanlah seperti kawan aku yang menonton VCD cetak rompaknya... HA HA.

18 Comments:

Blogger daun said...

Setelah 30 tahun mak aku tak pergi menonton wayang, semalam, mak aku masuk panggung tgk Mukhsin. Ayah aku geleng kepala sahaja.

Budak perempuan yang mulut mcm *toot* tu, tak perlu dengar butir bicaranya, kalau dia tgh berpantun syair pon dengar mcm dia tgh mengumpat.. ahahah

Mukhsin tu passionate.. fehh..

Mac 13, 2007 10:47 PG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Aku pula, tak menonton semua filem tersebut. makanya zerology! Oh, satu lagi .. aku tiada kenalan atau sedara bernama Mukhsin mahupun Mohsein apalagi Mohsin ataupun Mokhsin Aku cuma kenal Arwah Hani Mohsin (?)pelakon itu saja.... :D

Mac 13, 2007 10:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Daun,
Memang. Lelaki Melayu ni passionate.
Ha ha. (Aku tahu kau tak bersetuju dengan aku).

Nura,
Ha ha.

Mac 13, 2007 10:53 PG

 
Blogger doff said...

terlepas rabun. tengok sepet. tengok gubra. nak tengok mukhsin.

Mac 13, 2007 12:32 PTG

 
Blogger irdhihayati said...

rabun aku x tgk..
tiga lagi aku tgk..

aku rasa watak yg plg menonjol budak yg mulut dia mcm $%^%& tu...

yg lain aku setuju ngan naga..hehehe

Mac 13, 2007 1:33 PTG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

walaupon lu x ty, wa nk bg tau jugak... dlm byk2 filem tu sepet aje yg pernah tgk itu pun kat TV. teringin nk tgk mukhsin xde member la nk pi tgk cite mlayu. so mcm biasa tunggu kat tv je la..

Mac 13, 2007 1:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dof,
Bila dapat tengok Mualaf, ek?

Ir,
'Akak' Yasmin mesti beri perhatian yang lebih kepada pelakon kanak-kanak perempuan yang mulutnya macam gampang tu! Boleh pergi jauh budak tu weh.

Amora,
Apsal tak cakap. Setakat gi temankan - wa, matjan, vovin, spyz, op, bukunota, amir mukhriz, jigo boleh temankan. No hal punya! Kami tak raba-raba deh!!! Ha ha.

Mac 13, 2007 2:07 PTG

 
Blogger blackpurple said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Mac 13, 2007 2:22 PTG

 
Blogger blackpurple said...

Aku suka 'Mukhsin', juga mungkin sebab dekat di jiwa aku. Aku suka part 'main kawin-kawin'. Aku juga boleh 'eksyen' sebab Muar FC ada dalam cerita itu. Aku juga suka si Ayu yang 'laser' itu. Ha ha ha.

Entri aku tentang 'Muhsin'

Aku tak berapa setuju sebenarnya 'mereka' yang bercakap pasal kepincangan segi moral, agama dan budaya dalam filem ini. Kenapa bercakap tentang filem ini sahaja, kenapa tidak yang lain-lain. Kalau memang realitinya ada masyarakat kita sebegitu, kenapa 'takut' memaparkan di dalam filem..?

Mac 13, 2007 2:27 PTG

 
Blogger Sastri said...

setuju dengan senarai yg sinaganaga suka sebab sas juga suka watak2 tersebut... :D

Mac 13, 2007 3:14 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

ulasan kau menarik dude,

kau kata:
"Oh ya, lupa nak beritahu, aku menonton ketiga-tiga filem ini di panggung. Bukanlah seperti kawan aku yang menonton VCD cetak rompaknya... HA HA."

aku kata:
Jangan kau pulak bawak masuk kamera dan rakam cerita tu untuk jadikan visidi cetak rompak pulak. Dividi pun jangan.

Mac 13, 2007 8:31 PTG

 
Blogger Jannah said...

Dalam Dewan Siswa bulan Mac ada article travel ke Jepun ditulis oleh Sinaganaga. Encik kah? Bermisai tebal berjaket jeans itu?

Dan marilah menonton filem Malaya. Support the local film industri :)

Mac 13, 2007 8:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Budak2 Bakri tu. Ha ha.

Sas,
;)

Chik,
Taaaaaaaaaaak.

Jannah,
Entah. Iye ke? Ha ha.

Mac 13, 2007 10:10 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

aku menonton rabun di tv3,sepenuhnya.
aku menontn sepet, 1 setengah cd.
gubra? sama macam kau, tak tengok.
mukhsin? aku belum putuskan lagi.

Mac 13, 2007 11:08 PTG

 
Blogger amyz! said...

Aku boleh putuskan filem ini sangat comel!!

Oo. aku teringat masa aku kecik2. Aku memang suka menyorok bawah katil mak. Lari dari kena rotan. Haha.

Budak Ayu tu, besar esok boleh jadi ahli mesyuarat tingkap. Hahaha.

I've been touched oleh scene 1 happy family dancing diperhatikan Mukhsin dengan sayunya. :|

Mac 14, 2007 7:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bin,
Ha ha. Ok ok.

Amyz,
Maaf! Aku tak tersentuh. Pada kali ini.
Mukhsin filem yang santai.

Oh, aku pernah tersentuh keika tengok:
1. The Last Unicorn (cartoon).
2. Kindergarten Corp.
3. The Childrens of Heaven.

Mac 14, 2007 8:39 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku suka lagu yg susah nak sebut tu...

Mac 14, 2007 6:14 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Pelakon yang melakonkan watak Mak Senah itu namanya Mislina Mustafa. Sudah lama berlakon tapi baru kini menjadi orang felem. CArilah dalam Puaka Tebing Biru dan Bukak Api., tak rugi.

Oh, ya! aku pernah main kawin-kawin di pondok seorang rakan. Aku selalu jadi Atuk sebab aku selalu diserang lelah. Pengantinkan tak boleh sakit masa bersanding.

Mac 16, 2007 12:08 PG

 

Catat Ulasan

<< Home