SAP
Kak Lang Shera bersekolah di SMP Jalan Ipoh, KL (Alaa... sekolah yang budak-budak perempuannya tak pakai kutang tuuu!). Bila dah dekat-dekat nak peperiksaan SPM - Kak Lang Shera buat permohonan untuk berpindah sekolah ke sekolah kampung. Jadi, Kak Lang Shera akan menduduki peperiksaan SPM di sekolah kampunglah. Nanti.
“Kalau di SMP, Kak Lang boleh dapat gred dua... Kalau di sekolah kampung, Kak Lang boleh dapat gred 1, fer sure. Quota gred kat sekolah bandar dengan kat sekolah kampung tak sama. Quota gred kat sekolah kampung rendah banyak!” Kata Kak Lang Shera.
“Kalau dapat 25 aggregate dah kira gred 2 kan, kan, kan, Lang?" Tanya Jo, adik Kak Lang Shera. Aku pernah berkenan kat si Jo ni dulu. Rupa dia macam pelakon Lydiawati. Ha ha.
Zaman tu, kami kejar aggregate. Kami tak kejar berapa A1, berapa A2, atau berapa C3, C5, P7, P8, F9. Zaman tu, gred boleh dikira secara grouping atau six the best. Zaman tu, kalau kau dapat bawah 10 aggregate semasa peperiksaan percubaan SPM - 'state' dah hantar kau pergi belajar kat London dah. Walaupun keputusan SPM sebenar belum keluar. Wo!
"Akulah kan, Lang... *syerot syerot syerot* Kalau tak dapat SAP (Sijil Am Pelajaran) pun *syerot syerot syerot* dah bersyukur sangat dah, Lang!" Kata aku. Sambil nyonyot-nyoyot aiskrim Malaysia yang aku ambil dari ice box Mak Uda.
"Nak nyonyot sikit!" Minta Jo.
NOTAKAKIBANGKU: C4 ialah bahan peledak.
41 Comments:
masa tu, abis super power nyer result dpt pangkat 1 Aggregate 8 ker 9 eh enche naga? lupa dah.
Mac 15, 2007 10:53 PG
agregate spm 6 subjek lah.. srp 5. masa dulu target 6 subjek jer utk score hahaha
Mac 15, 2007 11:00 PG
Dof,
9A1 leeee!
Kalau tak budak STF - budak TKC. Kalau bukan budak TKC - budak Seri Putri.
Budak SIGS dan TIGS? Diaorang main brass band je pandai! Ha ha.
Mac 15, 2007 11:04 PG
Ram,
I ye ke? Maaflah, dah lama aku tak sekolah.
Mac 15, 2007 11:05 PG
btul kata lan... zaman dolu2 6 subjek je kira..
SAP? Saya Amat Pandai kata kawan adik.ha ha
Mac 15, 2007 11:07 PG
Amora,
Yelah yelah. Aku betulkan. 6 subjek je ek? *syerot syerot syerot*
Mac 15, 2007 11:48 PG
tuh spm tahun biler hahaha...
*syerot*syerot*syerot*
Mac 15, 2007 11:51 PG
aku pelik betul la..
dulu..SPM..aku ambik add math.
alih-alih..dalam sijil (bukan dalam slip) tak keluar pun add math aku.
Aku pelik la jugak tapi tak de la sampai mengadu kat kementerian atau menteri.
Sekarang baru aku terasa nak buat sidang akhbar...panggil reporter Tamil Nesan datang rumah.
Mac 15, 2007 12:18 PTG
aku antara first batch yg amik spm sijil terbuka ni..
masa tu punyelah susah bile nk jawab org2 kg tny"ko dpt aggregate brp spm?"hehehe
Mac 15, 2007 12:39 PTG
Sinaganaga .. salam
Mac 15, 2007 12:50 PTG
Owh...kau ambil SPM ek naga. Ingatkan MCE... he he he...
Mac 15, 2007 1:00 PTG
Nura,
*syerot syerot* Aku dah pos dah AKB.
Po,
Add Math aku F9! Tak samapi 1 minit dalam dewan periksa - aku dah pergi hantar kertas jawapan dah. Ha ha.
Trevia: Yang mencipta sistem PENGKAMILAN ialah Abdul Kamel al-Jibra, aku rasa. Ha ha.
Ir,
Ooo... SPM Sijil Terbuka ke namanya? Ooo...
A'ala,
Salam!
Mac 15, 2007 1:01 PTG
nyonyot? dah, semalam.
ha ha ha
Mac 15, 2007 1:40 PTG
Purp,
SPM. Dollah Jones yang ambil MCE. Tu sebab dia duduk lama di London. Ha ha.
Jai,
Huh? *syerot syerot syerot*
Mac 15, 2007 1:59 PTG
amek sampai belas subjek ni, mereka nak jadi apa sebenarnya ni? propeser serba tau ke.
Mac 15, 2007 2:22 PTG
kau cakap "zaman tu" buat aku terasa tua lah! sebab aku pun masih guna sistem sewaktu "zaman tu"! hahaha
Maksud SAP - teriak Cikgu Azman, "SAYA AMAT PALUI!!". Duuluuuuu masa aku dapat SAP untuk peperiksaan penggal dan masuk kelas pemulihan untuk budak-budak yang macam takde masa depan sebab result SPM tak gempak.
*palui - bodoh.
Mac 15, 2007 3:16 PTG
Nasib baik mak aku bukan jenis suruh aku ambil sampai 20, 30 subjek.
Nak menghabiskan sepuluh pun aku dah muntah-muntah.
Aku ingat lagi masa sekolah dulu, esok nak SPM baru la buka buku. Tapi best, sebab warden asrama tak kacau dah. Siap boleh hisap rokok dalam dorm.
Aku lagi suka sistem agregat, sebab, ye lah, jurang status tu tak nampak sangat. Lagipun senang nak cover.
Contohnya, kalau dapat 24 agg, masih pangkat satu, jadi kalau orang kampung tanya, dapat berapa? PANGKAT SATU, whoaaa, cam setaraf budak dapat 6,7,8 agregat je. Padahal, cam hampeh.
Ya, komen yang panjang ini sebagai terapi aku. Berilah sokongan!
Go Nazri, Go Nazri
Mac 15, 2007 3:29 PTG
Chik,
Nak jadi macam Tok Rimau kot. Entah.
Tak boleh amek 2 matapelajaran je ke weh? BM dengan Pendidikan Seni ke...
Hana,
Bukan saja paloi - budukang juga! Bha ha ha ha ha!!!! Adoi laaa... ampai-ampai sudah ni. Haiya!
Vovin,
TAHNIAH! Kerana kau dapat pangkat (gred) satu semasa SPM!!! Teruskan usaha! Go Nazri, go!
Oit2! Aku tengah berikan sokongan ni, oit2!
Mac 15, 2007 4:36 PTG
dulu masa sebelum ambik spm, aku pun suka nyonyot eskrem, yer aku nyonyot eskrem jer...
Mac 15, 2007 5:10 PTG
Entri ko ni buat aku rasa nak nyonyot eskrem gakss..
Mac 15, 2007 5:28 PTG
Kalau kau jumpa perempuan yg macam Orked awal, tentu kau akan baligh cepat kan.
"Orked umur berapa?"
"10 tahun"
"Tak macam 10 pun. Macam 12.."
Hahah.
Mac 15, 2007 6:19 PTG
Oi! Kau berlucah-lucahan ya?
Mac 15, 2007 7:04 PTG
ko share aiskrem dengan Jo ehh?
Mac 15, 2007 10:00 PTG
Ontah,
Ha ha.
Daun,
Wo! Uwooop uwooopppp!
Oit2! Hari tu Amyz uwooop uwoooppp kat rumah PENA. Samalah bunyinya. HA HA.
AreYoung,
Ha ha. Tu laaa... Aku lambat baligh laa... Form 2 baru baligh. Orang kata, kalau lambat baligh - lambatlah monopossss! HA HA.
Jig,
Bila masa? Wo!
Inilah,
Sepupu sepapat tak ada hal deh kalau shared icecream punnn... Ha ha.
Mac 15, 2007 10:47 PTG
Pangkat 1, Aggregat bawah 12. Tekanan siot target sekolah aku.
Mac 15, 2007 11:59 PTG
OoOo. Patut aku tersedak². Ada org sebut nama aku. Uwoop.. Uwoop..
Aku rasa SPM macam taraf PMR je. Dok kira-kira berapa A. Boring! (sambil pandang sebelah mata)
Daun, ko suka aiskrim apa? Aku suka aiskrim yang masam² dan ada vanila ditengah-tengahnya..
Mac 16, 2007 9:18 PG
berbual di comment box naga pulak.. macam takleh nak YM.. :P
Aku suka eskrem asam boi.. Lately abang aku dapat dari mana tah eskrem tu.. Best gilerr
Mac 16, 2007 10:33 PG
Art,
Kat sekolah aku - pengetua akan umumkan calon paling banyak dapat P & F. Tekanan betul.... Wo!
Amyz,
Kau suka aiskrim ek?
(Sex harresment tak soalan ni weh?)
... aiskrim siapa le yang masak2 tu, ek?
Daun,
Oit2! Kereta abang kau dah repair? Kepala abang kau mereng dak weh? Sihat ke dia? Dah naik kerja ke belum?
Mac 16, 2007 2:24 PTG
Oit! Oit! Ni citer pasal SPM ke pasal aiskrim ni??
Aiskrim? Suka. Suka. Camne nak buat sound effect ni eh? syerot syerot ke, slurp slurp?
(Haha. terganggu tak?)
Daun, macam best je aiskrim asam boi tu. Pst.. sambung kat YM lah.. Sini takde privacy! Haha.
Mac 16, 2007 2:57 PTG
RALAT
>>... aiskrim siapa le yang masak2 tu, ek?
Bukan 'masak', tetapi 'masam' yang dimaksudkan di sini.
Mac 16, 2007 3:48 PTG
ha'ah... dulu2 orang lebih pandang pangkat 1, 2, atau 3... sekarang ni, kira byk mana A nya... err... aiskrim malaysia ka tu?
Mac 16, 2007 4:34 PTG
saya dalam batch terakhir dinilai dengan sistem tu. spm 1999.
agregat spm = BM + dua subjek teras + dua subjek elektif + satu subjek teras/elektif.
agregat saya = 7. sedikit keciwa. nak dapat 6. huu...
SAP - Saja Amik Periksa.
Mac 17, 2007 3:08 PG
Tumpang iklan blog abang Naga yang ternama, hensem, bergaya dan kaya budi bahasa ekeke :-
Aku telah menghantar penyertaan untuk peraduan video pendek anjuran Maggi.
Kawan-kawan sokonglah aku dengan vote video tersebut.
Laman webnya ialah >>>
http://www.maggi.com.my/salutesContest/fans/comment.htm?videoid=123
Terima kasih atas sokongan kalian.
P/s : SAP = sijil amat pilu hu hu hu
Mac 17, 2007 12:48 PTG
Itu dulu.......
Mac 17, 2007 7:07 PTG
dah lama saya tak membaca di sini... apa khabar pak naga dan semua orang di sini...
Mac 18, 2007 12:00 PG
Sas.
Aiskrim Malaysia memang macam tu. :)
Sayut,
Tak amek Julai Paper?
Dug,
Ooo...
Khal,
Sekarang dah lain?
Roman,
Khabar baik.
Mac 18, 2007 1:31 PTG
naseb baek dulukala pakai agregat. walopon dpt 1A je.. maseh boleh bangga wo. sbb maseh pangkat 1.
budak2 sekarang.. maken hebat.
fuh.
Mac 19, 2007 2:42 PG
ha ha. kita senasib. remaja di zaman agregat dan gred.
@@ teringat sekeping kartun Lat yg menggambarkan seorang budak lelaki melompat kesukaan kerana dapat gred 3 dan seorang budak perempuan menangis teresak-esak kerana cuma dapat 10 agregat (masih gred 1)
Mac 19, 2007 2:19 PTG
ialah. asyik kejo berapa banyak A jek.kecik hati B,C,D,E dan F.
takde org nak kejar diaorg ker?.
hehe.
Mac 19, 2007 5:10 PTG
Famia, Zz, Ayob,
HA HA.
Mac 19, 2007 10:48 PTG
SAP tuh bukan ke sama dengan pangkat 3?
nak tanya soalan nak keluar topik sket. SPM sistem lama ada exam kertas Julai kan? untuk apa tuh ye?
Mac 20, 2007 6:47 PTG
Catat Ulasan
<< Home