"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Mac 2007

Senandung keroncong tentang 'hujan'

Hujan di Jepun tak sama dengan hujan di Malaysia. Hujan di Jepun – emas. Hujan di Malaysia – batu.

Kalau travel. Kalau terpaksa bawa beg pakaian 20 kilo, beg buku 10 kilo, dan beg peralatan 10 kilo… Selalunya aku poskan sahaja. Ha ha.

“Poskan ke Hotel New Hiroden di Hiroshima, ya!” Aku kata.

“Baikkkkkkkk!” Amoi Jepun staf syarikat perkhidmatan penghantaran cepat tu kata.

Mereka akan bungkus beg-beg itu dengan sampul plastik. Percayalah, beg-beg itu akan sampai dulu sebelum tuan punya beg sampai ke destinasi. Dan, kau cuma perlu berlenggang-lenggang kangkung di sepanjang perjalanan.

mega mendung di angkasa
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahagia terasa
meskipun duka nestapa

tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

~Lirik dan Lagu oleh Pak Atan, 'Mukhsin 2006'.


Sayang sekali, musim panas di Hiroshima pada kali ini tanpa hujan turun, alahai!

19 Comments:

Blogger Amyz! said...

mp3 lagu ni takde ye? Hahaha.

Kalau hujan emas di Jepun, bestnya. Baik! Nanti saya nak pindah ke Jepun lah!

Mac 14, 2007 9:47 PG

 
Blogger June said...

janganlah buka cerita pasal hujan, nanti ada orang* menangis depan pc.



*mamat putus cinta tu belum mati lagi.

Mac 14, 2007 10:47 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Baik! Ramai2lah kita pindah ke Jepun. Ha ha.

Tifani,
Semalam, aku dapat tahu, dia gi makan dengan Amir Mukhriz. Aku ingat dia dah mati dah... (minum 1 botol klorok). Ha ha.

Mac 14, 2007 11:32 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

betoi ke, bagasi bleh sampai dulu...wah best ni. Best bagi para perantau yang suka berlenggang kangkung naik flight

Mac 14, 2007 12:53 PTG

 
Blogger Rie said...

SOLJAH... kali ini kamu sentimental sungguh..

Mac 14, 2007 1:07 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bagasi akan smpai dahulu
ayah selalu mengalaminya
kami sbg anak2nya.. sudah terbiasa

cuma.. kami masih hairan
tentang yang kedua sampai..

yakni perutnya
kemudian baru dia..

oh, ayah..

Mac 14, 2007 1:17 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

hujan batu, askar israel

Mac 14, 2007 3:08 PTG

 
Blogger areyoung said...

Tapi kenangan susah nak mati kan

(seperti mana naga masih membayangkan Miyuki mengelepar atas salji, sedangkan tahun ini salji tak turun sama seperti 130 tahun lampau).

Mac 14, 2007 3:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mirah,
Aku berlenggang-lenggang kangkung naik keretapi.

Esis,
Oh! Iye ke aku terlebih sentimental?

Rena,
Oh, ayah kau...

Chik,
Asia minor?

AreYoung,
130 tahun? Kau ingat purba sangat ke weh? Ha ha.

Mac 14, 2007 4:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Bagi lelaki molek seperti aku dan perempuan molek seperti kau - kenangan memang susah nak mati. Entahlah kenapa... :)

Kawan kita tu dah minum klorok ke belum? Ha ha.

Mac 14, 2007 4:34 PTG

 
Blogger June said...

syukurlah, mamat tu sesat jalan masa nak shopping klorox.

Mac 14, 2007 5:35 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

mana nak cilok mp3 lagu ni? kau tahu..?

Mac 14, 2007 6:15 PTG

 
Blogger Nazri said...

Ribena! bukan klorok!

Ribena! Ingat tu!

Mac 14, 2007 7:21 PTG

 
Blogger Nazri said...

Ribena! bukan klorok!

Ribena! Ingat tu!

Mac 14, 2007 7:22 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

aa nak tanya, orang jepun bila mereka sebut Asia, mereka rujuk tempat mana? timur tengah ke?
aku terpelik pasal mereka cakap Asia, sedangkan jepun pun masih asia jugak.

p/s: jangan kata asia carrera dah la.

Mac 14, 2007 7:54 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tifani,
Ha ha.

Ontah,
Ontahlah.

Vovin,
Ok ok, rebina.

Chik,
Entah. Aku Melayu. Bukan Jepun.

Mac 14, 2007 11:23 PTG

 
Blogger ahmad said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Mac 15, 2007 2:21 PG

 
Blogger ahmad said...

Bukan rebina.Ribena la.

mabuk Ribena! guk! guk! guk!

Mac 15, 2007 2:23 PG

 
Blogger DeeN said...

Uh! Apa kaitan klorox dgn ribena? Di jepun diorang panggil klorox dgn nama ribenakah? atau sebaliknya? ha ha ha

Mac 15, 2007 11:47 PG

 

Catat Ulasan

<< Home