Yin
Sharpener ada, Jan? Aku tanya SarJan Leman.
Hah, kalau tak ada sharpener, kasi tajam itu pensel dengan gigi! Sarjan Leman jawab aku. Sinikal.
Aku. Tentukan koordinat pada peta. Dan, lukis satu garis lurus dari titik A ke titik B. Dengan pensel tumpul. Lantaklah! Kemudian, aku tenang kompas. Dan, aku arah anggota seksyen untuk bergerak membontoti aku.
Squad, follow me! Aku kata. Sarjan Leman pandang langit. Dan, bersiul-siul lagu Pak Ngah Balik.
KOMA
Seksyen kami sesat! Tersasar jauh dari laluan sebenar. Rupa-rupanya, 5pt tebal garisan pada peta bersamaan dengan satu kilometer jauh pada atas bumi.
*Plap!*
19 Comments:
Haha.
Kawan aku sesat dalam masjid. Lagi teruk kan?
Haha.
April 20, 2007 9:48 PG
wah bahaya gak tu.
tapi yang lebih bahaya, kalau kita salah arah kiblat 1 darjah di Malaysia, jarak terpesong dari Kaabah lebih 125 kilometer!
jadi waspada dengan arah kiblat anda
April 20, 2007 9:50 PG
Naga tak sesuai untuk dibontoti - Harap Ma'lom.
April 20, 2007 10:34 PG
Yin ?
Sesat ?
memb...i ?
he he he..
April 20, 2007 11:13 PG
Amyz,
Sangat teruk!
Maniq,
Sangat bahaya. Ya!
AreYoung,
Bontot aku seksi. Sungguh!
Purp,
Ha ha.
April 20, 2007 12:41 PTG
entri terdahulu orgy, entri terkini bontot.
hehehe... ish! lucah sungguh diriku!
April 20, 2007 2:40 PTG
Hoh.... tak tau baca skala, lagu tu la nasibnya.
Aku baca peta refer kat tanda kat pokok.
Psss... skala Richter aku tau la.
April 20, 2007 2:42 PTG
Kama,
Ha ha.
Khal,
Dah aim kat pokok le tuuu... Tapi, dah line pensel tu tebal sangat - tu yang 'lari' jauh tuuu...
April 20, 2007 2:45 PTG
Tu pasal group aku dulu sampai terperosok dalam paya haha, satu digri punya pasal.. satu digri!!!
April 20, 2007 3:18 PTG
perghhh....
besar impaknya ek.. kerna ianya tumpul saja.... pangkal itu perlu diasah setajam mampu... uhuhuhu
April 20, 2007 7:55 PTG
malam tadi mimpi saya tersesat entah ke mana...
saya terlihat Faisal Tehrani di dalam mimpi saya.
dia baru saja fail satu paper...
mimpi ini aneh, ada dicatatkan di blog saya.
agak-agaknya saya sudah terpengaruh oleh entri-entri di blog ini...
=.=" sehingga terbawa ke mimpi...
aneh... aneh sekali...
April 20, 2007 10:09 PTG
Dug,
Wo!
Ras,
Wo wo!
Amin,
Apsal semua orang mimpikan Faisal?
April 21, 2007 9:57 PG
takde orang offer reward ke?
April 21, 2007 10:20 PG
pakai google.earth. semua skala dah disedaiakan. tak payah asah pensel. cammanapun masih perlu membontoti seseorg. seseorg yg tak semestinya seksi.
lapis kedua: pensel tumpul bisa menyesatkan. apa lagi kalau otak/akal tumpul. sesat dan menyesatkan.
April 21, 2007 12:49 PTG
malu bertanya, sesat jalan...
April 21, 2007 1:30 PTG
hhmmm..aku nak jadik supplier sharpener kat askar kita..hrap2 Dato Najib sudi timbangkan..
April 21, 2007 3:23 PTG
Chik,
Ada juga. Sarjan Leman lee... Ha ha.
Zz,
Selalu dilaporkan dalam akhbar2, "...ada kesan koyakan lama, disyaki dengan senjata tumpul". Ha ha.
Sas,
Soljah kena cari jalan sendiri. Tak boleh nak tanya2 orang... :)
Kemat,
Ha ha. Cadangan yang baik. Aku suka kau.
April 21, 2007 9:28 PTG
kalo kemat nak saplai shapener, aku nak saplai pensel tekan buleh? sekali ngan dia punya lead... sapener, sekali jual je...
April 22, 2007 8:54 PTG
Barangkali kerana aura buku baru Faisal Tehrani yang sudah diterbitkan itu...
April 22, 2007 10:52 PTG
Catat Ulasan
<< Home