"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 April 2007

Mimpi Khasanah

Malam itu. Adalah malam-malam yang sama seperti selalu-selalu. Tanpa kafeina. Tanpa bintang. Dan. Tanpa magis. Yang ada hanyalah koko ais berkisar dan nikotina… yang ini entah batang yang ke berapa.

Cuma, yang membezakan sedikit malam itu dengan malam-malam yang sama seperti selalu-selalu, adalah – malam itu, dua orang karyawan (yang dikatakan oleh orang banyak) 'keji' akan bertemu. Ini pertemuan kami yang keempat kali, sebenarnya.

Yang seorang – melukis. Dan. Yang seorang – menulis.

KOMA

Faisal Tehrani lagi 'dalam' maghrib. Aku lagi duduk merokok di Hot Café; memerhatikan mortal-mortal yang lalu-lalang.

Kejap. Faisal Tehrani muncul entah dari celah mana-mana. Seketika duduk dia memesan, "teh tarik, makan... aaaa... tak mahu!" Sedang krim putih berputar di lapisan paling atas koko ais berkisar milik aku masih kekal elok tidak dikenyut. Diameter penyedut minuman itu lebih besar daripada yang lazim.

Buku-buku memenuhi muka meja. Perbincangan kami lebih banyak tertumpu kepada kerja-kerja reka bentuk Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu.

KOMA

Tiba-tiba. Muncul seorang perempuan entah dari celah mana-mana. - Berwajah separa buram. Berambut lepas; berombak dan sedikit kusut. Berpakaian rona tanah dan hijau tahi lembu. Berskirt paras lutut; berbelah dan berbutang depan. Berbut hitam separas betis dengan kemasan bulu harimau bintang di bahagian pangkalnya. - Merapati meja kami. Dan. Menegur dalam decibel nyamuk.

Hah? Aku kata. Boleh cakap kuat sikit tak?

Maafkan saya, enche-enche! Untuk pengetahuan enche-enche, saya pernah berkahwin dua kali. Yang pertama, Dato’. Yang kedua, Tan Sri. Kedua-dua laki saya itu akhirnya saya bunuh. Jadi, bolehkah saya kahwini enche-enche, seorang demi seorang? Dan, akan saya bunuh juga, kemudiannya.

*Plop* Fantasi macam-macamku musnah…

Nama dia Khasanah. Berumur awal tiga puluhan. Telah sekian lama memendam minat untuk menulis buku [dan ingin menjadi 'pop' seperti kami berdua. Ha ha.]. Bla bla bla… [Tidak aku perturunkan rincinya di sini kerana sudah tentulah kamu semua tidak menaruh minat untuk mengetahui butir perbualan kami yang sungguh ilmiah tahap dewa itu. Ha ha.]

Dia meminta nombor telefon kami. Aku beri kad nama. Faisal Tehrani beri alamat emel. Dan, Khazanah meminta diri dan berlalu dalam lenggok yang paling memikat, kemudiannya.

Faisal Tehrani memesan teh tarik kedua. Aku mengenyut koko ais berkisar yang telah habis separuh. Dan, kami kembali semula ke alam perbincangan yang tadinya telah tertunda. Perbincangan itu diselang-seli dengan cerita pasal Khazanah. Adakalanya kami mengekek. Mortal-mortal di meja-meja lain sibuk dengan hal masing-masing.

KOMA

Khazanah datang lagi! [Hah? Biar benar...] Pada kali ini, aku tidak lagi membiarkan dia terus-terusan berdiri. Sebagai seorang lelaki berhemah aku mempersilakan dia duduk. Tetapi, kerusi di sebelah Faisal Tehrani telah penuh dengan bag. ...

Maafkan saya, enche-enche! Saya rasa tertekan. Sungguh. Sebenarnya saya kerap mengalami mimpi-mimpi aneh. Bahkan, mimpi-mimpi itu kelihatannya sungguh real. Jadi, saya mahu membukukan mimpi-mimpi itu. Perlukah meminta izin dari si polan si polan (Dato’ Seri) yang hadir di dalam mimpi saya itu terlebih dahulu?

Khazah duduk berlipat kaki. Dari sudut pandangan ini, aku tidak dapat melihat mukanya tepat-tepat. Tetapi, jika menunduk sedikit sambil menongkat dagu dan mengerling, kau boleh lihat butang paling bawah skirtnya terbuka satu dan ini sudah tentulah menyerlahkan betisnya yang tidak berparut, alahai!

Awak kerja di mana? Faisal Tehrani tanya. Ha ha. Aku rasa pertanyaan itu tiada kaitan apa-apa. Sekadar mahu meredakan rasa kaget atau sekadar mahu melampiaskan rasa bosan.

Setelah berpuas hati dengan penjelasan kami, Khazanah meminta diri dan berlalu dalam struts kucing baka Madura yang paling memikat.

KOMA

Kemudian. Aku mendapat tahu. Dari Faisal Tehrani yang bercerita. Sebelum tadi, butang baju Khazanah terkatup kemas. Sebentar tadi, butang baju Khazanah terbuka beberapa. Ini mendedahkan sebahagian besar atas dadanya. "Ada bedak kilat-kilat!"

Aku syak itu silver dust.

*Plap!* Pelangi renjanaku musnah…

"Kenapa Naga?"

"Aku lupa nak minta nombor telefon Khasanah!"

Malam itu. Adalah malam-malam yang sama seperti selalu-selalu. Tanpa kafeina. Tanpa bintang. Dan. Tanpa magis. Yang ada hanyalah koko ais berkisar dan nikotina… yang ini entah batang yang ke berapa.

20 Comments:

Blogger Pa'chik said...

wah.. ini entri ko yang paling panjang rasanya...

butang terbukak... ada nampak kutang?

April 16, 2007 1:15 PG

 
Blogger Anonymous said...

Berkali-kali aku cuba memahami kali ini...

Antara koko ais dan nikotina.

Maaf..maaf.

Aku harap ada sambungannya lagi atau kau memang sudah menjadi seorang Faisal Tehrani!.

(Kembalikan si naga origami kami..)

April 16, 2007 8:59 PG

 
Blogger Ron97 said...

Jom BOWLING 5 Mei 2007 (sabtu) ni.
kat Kelab Golf Bukit Jalil pukul 11 pagi.
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5103

April 16, 2007 12:38 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tak banyak yang mindaku dapat cerna dari entri ini, cuma para yang bercerita tentang terbuka pangkal dada itu barangkali. Ha ha ha.

April 16, 2007 1:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Faisal Tehrani tetap Faisal Tehrani. Manakan mungkin Sinaganaga dapat jadi Faisal Tehrani.

Ron,
Wo!

Purp,
Ha ha.

April 16, 2007 1:49 PTG

 
Blogger Unknown said...

yey...naga tulis entri panjang...teringat suatu masa dulu naga berkata: "tak suka aku nak baca entri yang panjang-panjang..." Nampaknya, naga sudah keluar dari kepompong keselesaan....hehehe

April 16, 2007 2:33 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ya, aku juga cuma faham "betisnya yang tidak berparut".
wooo!

April 16, 2007 3:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

saya konfius. ramai watak.
khasanah,khazanah dan khazah?

April 16, 2007 3:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Galoh,
Salina Ibrahim janji nak ajar aku - tapi tak ajar2. Faisal Tehrani suruh aku tulis novel. MatJan suruh aku tulis cerpen untuk projek dia. So, aku tengah testing2 le ni...

Kama,
Wo wo!

GitarTong,
Kha-za-nah!

April 16, 2007 5:12 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Ooo... si Khasanah ini nak menulis mimpi-mimpinya....

Atau dia suruh enche-enche berdua yang tulis?

(Tersurat yang saya faham)

Tersiratnya?

Hehehehehe...

April 17, 2007 3:35 PG

 
Blogger Jong said...

Salam,
Eh eh kenapa Naga masukkan nama aku dalam entri ni? Ini fantasi? Fiksi? Kisah benar?
Hahahaha

April 17, 2007 2:28 PTG

 
Blogger areyoung said...

gatal.

April 17, 2007 3:11 PTG

 
Blogger maryati said...

Khasanah tu orang indonesia ke?kenapa dia panggil enche2?

April 17, 2007 3:17 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

khasanah itu pasti manusia dari zaman silam.

karena itu, dia berani muncul dalam mimpi-mimpi dealova pak sinaganaga.

sungguh aneh, yuk!

atau mungkin ia adalah...

SAKA!

April 17, 2007 3:26 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Dulu sindrom koko panas.

Ni nak datang pula sindrom koko ais.

Faisal, marah sikit Naga ni pi tengok habih kutang orang betis orang stardust orang.

April 17, 2007 3:39 PTG

 
Blogger Unknown said...

manyak detail la ini mimpi
dan
mata sinaganaga pon manyak nakai woo.
tara baik tau.

April 17, 2007 4:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tanah,
Khasanah mahu menulis tentang mimpi2nya yang kelihatannya sungguh real. Jika digilap betul2 - idea itu boleh membuahkan hasil yang lumayan. Sungguh!

Faisal,
Ha ha. Cerita ni ada 'epilog'nya. Tunggu!

AreYoung,
Siapa gatal? Ha ha.

Mia,
Khasanah berdarah kacukan Arab.

Amin,
Kami yang termimpikan Khasanah atau Khasanah yang termimpikan kami? Ha ha.

Khal,
Bila masa aku tengok dada orang? Aku tengok betis yang tersua sajalah.

Yang tengok dada ialah... Ha ha. Itu pun kerana dah terhidang. He he.

April 17, 2007 4:15 PTG

 
Blogger Jong said...

Issy Issy Naga...Issy Issyy!
aku masih tak tahu ni fiksi ke fakta. realisme magis ni.

April 17, 2007 6:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Faisal,
Realisme magis? Wow! Itu nama genrenya yang aku tulis ni? Wow!

Bedar Sukma Bisu - sudah 30% siap visualnya. :)

April 17, 2007 11:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Umpama mimpi dalam mimpi... Ha ha.

April 17, 2007 11:22 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home