Sembang politik di restoran yang namanya seperti kemaluan wanita itu
Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai umur 21 tahun.
Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.
Sumber: Mingguan Malaysia, 21 April 2007
...
“Tan Sri kena tambah lagi satu alasan ni… ermmmm… kerana dah bosan dengan janji-janji ahli politik dan state! Kau tengok… berapa banyak projek perumahan untuk rakyat yang terbengkalai… tak selesai-selesai juga… apa gunanya ada Kementerian Perumahang… ” Kata pakcik yang duduk semeja; sama-sama menunggu roti kirai untuk dihantar ke meja. Dan, akhirnya aku tahu, pakcik tu orang Terengganu yang telah bertahun-tahun berlatih cakap KL.
Roti kirai aku sampai dulu.
“Pakcik rasa-rasalah kan… nyam nyam nyam… kalau 80 peratus orang Melayu tu pakat-pakat mendaftar dan mengundi parti lainlah… nyam nyam nyam… apa akan jadi kat state?” Tanya aku.
“Hishhhhh! Tak bolehlah macam tu… orang Melayu kenalah mengundi parti Melayu… parti AMNU… Hishhhhh!” Kata pakcik tu.
Roti kirai pakcik tu sampai kemudian. Double!!!! Siapa nak bayar ni?
“Kau dah masuk… nyam nyam nyam… Islam hadhari?” Tanya pakcik tu.
“Agama baru tu… nyam nyam nyam… ek, pakcik?” Tanya aku.
Ha ha. Kami ketawa kuat-kuat. Macam pontianak tercucuk paku setengah inci kat tengkuk. Pasangan pengkid di meja sebelah sedikit terganggu. Awek dia menjeling-jeling kepada kami. ‘Abang’ dia kata, “you pekakkan telinga je… sabarlah sikit, sayang!”
23 Comments:
woo p makan roti kirai kat situ tak ajak jiran ar
Ko kena tanya sendiri kat diorang kenapa tak daftar sebagai pemilih lagi
psstt.. salah sorangnya aku la tu. Keji tak? ha ha ha
April 23, 2007 11:12 PG
hohoho... daftar sebagai pemilih? sebabnya, sebab mereka tidak tahu siapa yang mereka hendak undi.
buku-buku berpesta la la la...
tiba-tiba datang kalasnikov...
lalu berlakulah tragedi VT.
April 23, 2007 11:19 PG
waa.. lama pontianak tak kena paku setengah inci tu ye...
April 23, 2007 12:53 PTG
Madu,
Nak ajak kau makan roti kirai - takut kau tak bangun pagi lagi. :)
Amin,
Tragedi VT? Apa tu...?
Chik,
Lama. Ha ha.
April 23, 2007 2:32 PTG
aku tak daftar pun!
kalau monyet jadi wakil dia lawan wakil bulan pun..
mungkin monyet tu yang menang, kan!?
April 23, 2007 2:43 PTG
tp kan klu yg 80 peratus tu daftar semua..agak2 nye tukar kerajaan x kiter??aku x pernh ngundi gak sbb x cukup umur hahahaha
April 23, 2007 4:40 PTG
Joe,
Entahlah! Aku bukan politikus. Jadi, aku tak tahu...
Ir,
Pokok pangkalnya - niat. Kalau niat memang dah tak elok - kau bubuh le new branding apapun - hasilnya tetap menyusahkan rakyat. :)
April 23, 2007 5:02 PTG
Orang masuk UMNU, apa niatnya?
April 23, 2007 6:36 PTG
agama baru. hohohoho!
April 23, 2007 6:48 PTG
Kak Ainon,
Selamat pulang ke tanah air. InsyaAllah, Sildiket Sol-Jah akan berjumpa dengan akak pada 19 Mei nanti.
Kama,
Ha ha.
April 23, 2007 10:56 PTG
Saya mendaftar dah lima tahun dah.
Mengundinya tidak.
Hahaha!
April 24, 2007 4:58 PG
Tanah,
Ha ha.
April 24, 2007 8:34 PG
kat IC aku tulis Islam Hadhari. haha.
April 24, 2007 8:47 PG
Nida tak register pun takpe. Orang ingat umur dia 18 thn lagi. haha.
April 24, 2007 9:31 PG
VT - Virginia Tech
atau
TD - Teknologi Daraia
(ini satu lagi pengaruh daripada blog ini. haha.)
April 24, 2007 9:52 PG
Book,
Muerekekekekkee...
Amyz,
Ha ha. Ratu Roti Kirai Restoran Vargina 2006 tu weh... Muerekekekeke...
Amin,
Jangan le terpengaruh dengan blog ini.
April 24, 2007 11:02 PG
Aku nak tahu kenapa di kertas undi ada no siri... buat apa no siri tu???
Aku tahu sebab aku sudah mendaftar...
Aku taknak masuk agama baru tu...
April 24, 2007 11:49 PG
aku dok kt tmpat yg berjuntai tu 3 thn. tp dorg buat jln smggu ja dah siap. smpai tanam pokok dlm kampus. cait!!
err.. dftar seminggu sebelum mengundi pun boleh kan kan.
April 24, 2007 2:14 PTG
tempat aku tunggu wakil rakyat mati baru parti nk mai masok tgk pnduduk..huuhu..
April 26, 2007 2:44 PTG
kat kertas undi tu ada no siri sebab nak detect sapa yang mengundi..ha,sapa kata undi adalah rahsia??kalau kau keje kerajaan,kau undi pembangkang jangan harap la kau nak naek pangkat.eheh
April 27, 2007 3:40 PG
salam,
aku ingat kau bohong...aku dah ternampak restoran tu...isssy isssy issyyy.
April 30, 2007 12:29 PTG
aiseh teringin pulak nak makan kat restoran yang namanya seperti kemaluan perempuan tu .. sedap kah agaknya
Mei 07, 2007 12:42 PTG
terkejut saya
Mei 21, 2008 11:53 PG
Catat Ulasan
<< Home