"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Jun 2007

Siri Polis dan Anda 1

Nak jadi sol-jah. Mak tak bagi. So, aku jadi penganggur sajalah.

Pakcik-pakcik semuanya ‘pangkat-pangkat’ dalam PDRM. Mereka 'lemas' tengok aku. Sepanjang masa dalam seragam kain pelikat. Duduk rumah. Berlingkar macam ular sawa. Kadang-kadang, ada anak-anak dara jiran datang bertandang; urut-urut di bawah dagu ular sawa itu. Maklumlah, mantan budak boarding school. HA HA.

“Kalau ndak… den rekomenkan kau masok polis!”

“Kalau jadi mato-mato… tak ndaklah, Lang. Kalau terus yor jadi UTK… ndaklah.”

“Abah kau!!! Kalau nak jadi UTK – konolah jadi mato-mato dulu!”

“Tak buleh torus yor jadi UTK ko, Lang?”

“Tak buleh!”

“Ooo….”

Nak jadi UTK. Pak Lang Musa kata, kena jadi mata-mata dulu. So, aku jadi penganggur sajalah.

20 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

"Alamak! mato-mato." <--- teringat skrip filem Ahmad Albab haha


Kalau abang jadi polis pun, tetap SEDAP mata memandang :P

Jun 14, 2007 8:59 PG

 
Blogger d'arkampo said...

Lepas jadi mato-mato..ko kena masuk D9 dulu..baru boleh masuk UTK!

Wah..Pak Lang ko dah jadi KPN sekarang! Buleh la ko apply FRU ye dak?

Jun 14, 2007 10:42 PG

 
Blogger ontahsapo said...

abis ko jadi apo last last...?

Jun 14, 2007 10:53 PG

 
Blogger ~qudwah_mardihah~ said...

jadi ajo penarik beca...

hahahhahahaaaahaha

kelaka bebeno ni ha...
mato-mato najib leh lah...

Jun 14, 2007 11:43 PG

 
Blogger Pa'chik said...

mujo tak disuruhnyo jadik idung-idung.. haha.. tidak a'kau kojo nyarik dadah samo visidi la yo... haha...

Jun 14, 2007 11:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dugong,
Kalau aku jadi mato-mato, memanglah tetap SEDAP mata memandang - tapi, bimbang juga, kalau awek-awek 'lemas' setelah memandang.
Muerekekekekeke...

Po,
Abang Hasan dah FRU (Seremban). Abang Zaman dah Pemusnah Bom (tepi balai polis Jalan Bandar). Pak Long Sarip dah Traffic & Kereta Peronda (Tampin). Pak Lang Musa dah BrassBand (Kuala Kubu Baru). UTK je yang tak ada wakil lagi. :)

Ontah,
Last-last jadi Last Post! Ha ha.

Mardihah,
Dulu tak ada Polis Pelancong. Kalau tak - nak gak try apply. Ha ha.

Chik,
Tapi, kalau dapek jadi mato-mato golap pun best juga. He he.

Jun 14, 2007 12:59 PTG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Jun 14, 2007 2:01 PTG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

sebahagian dr diskripsi kije UTK ialah mato mato. dulu dulu UTK sebuah unit ELIT tp skang x lagi..

teringat kat ALONG, kalau balik dr operasi, revolver masih berasap atas peti ais

Jun 14, 2007 2:10 PTG

 
Blogger blackpurple said...

Aku tak reti pangkat-pangkat dapam bidang kepolisan nih.

Tetiba aku teringat pada Sarjan Misai. Sekarang Datuk YH dah naikkan pangkat jadi Sub-Insp Misai kalau tak salah. Ha ha ha.

Jun 14, 2007 4:13 PTG

 
Blogger ~qudwah_mardihah~ said...

huhuhuhuhu

ekau memang....no hal punye..
Najib banyak mato-mato....mato-mato bom paling meletup..he he..syyyhh..nanti kena gam eden...

apo..jadi mato-mato ni kalau hensem leh lah...

siapo nak jadi mato-mato email sinaganaga..senang apply...mato-mato depan umah hei...jaga pintu pagar.Ado kosong kata dirinya...

~sekadar hiburkan diri~

Jun 14, 2007 9:47 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Eee... Jadilah mata-mata, dalam The Economist yang saya baca, si mata-matalah ni yang paling tinggi korupsi di Malaya (voted by public and businessmen).

Jun 15, 2007 6:40 PG

 
Blogger spyz said...

polis trafik!!
motor baru dia den nmpk cantik..

Jun 15, 2007 6:48 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

ekau nak jadi mato kanan ko, mato kiri? cubo kau tanyo kek balai mantin

Jun 15, 2007 1:52 PTG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Oo.. kalo mato tak nampok, macamano nak jadi mato-mato? Last2 jadik kakitangan jer lah ;)

Jun 15, 2007 2:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
UTK dah tak ELITE lagi ke? Laaa...

Purp,
Pencen sub-insp la tu nanti. Dit pencen banyak aa sikit untuk modal ternak ikan keli dalam kanvas. Ha ha.

Tanah,
Ada ramai juga mato-mato yang jujur. :)

Spyz,
Dah tua-tua ni - nyesal lak rasanya dulu tak apply bomba.
Ha ha.

Art,
Kalau dapek jadi mato-matu dulu, se nak minta tuka Bahau ko, Gomonceh ko - kalau gi pasar - buleh dapek sayur free. he he.

Nura,
Kakitangan = kerani pentadbiran koperasi polis.
Ha ha.

Jun 15, 2007 2:34 PTG

 
Blogger Taiko said...

salam.. maaf mengganggu.

Boleh bagi saya 5 minit?

anda dijemput ke http://bajukerja.blogspot.com untuk menjawab beberapa soalan survey mengenai pakaian kerja secara ikhlas. boleh ya?

terima kasih

Jun 15, 2007 9:51 PTG

 
Blogger areyoung said...

Kalau tak mungkin Naga yg akan keluar paper itu hari kan? ;P

Jun 16, 2007 12:22 PTG

 
Blogger Gelembai said...

aku harap tak ada org kena letup.

Jun 17, 2007 2:32 PTG

 
Blogger Sastri said...

nak kena simpan misai la ni bila jadik mata-mata... (biasa nengok depa ni ada misai)... :p

Jun 18, 2007 9:38 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Mato-mato ko, UTK ko, gaji mahal oooo...

Rugi ko!

Jun 20, 2007 9:21 PG

 

Catat Ulasan

<< Home