"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

23 Julai 2007

Piket

picket

noun
a person or group of people standing outside a place of work or other venue, protesting about something or trying to persuade others not to enter during a strike.
a blockade of a workplace or other venue staged by such a person or group.

Pak Soma kata, ok, ini hari kita sudah belajar piket, semua sudah ready?, kalau sudah ready – jom kita pergi piket!

Kami kata, sudaaaaaaah!!!

Pak Soma kata, ok, goooooo!

Apa ketua sorak sebut – kami ikut. Apa ketua sorak nyanyi – kami ikut. Kami angkat poster. Aku dan abang Usop angkat poster juga. Ada tulis, ‘Jangan anak tirikan pekerja tempatan!’

Kami laung, pergi balik! pergi balik! (pekerja asing).

Ada wartawan datang. Ketua kumpulan bagi teks siaran akhbar.

Ada wakil MTUC datang. Ketua kumpulan lupa nak jemput mereka untuk sertai piket. HA HA.

Ada polis datang. Tiga orang badan macam beruang khutub. Ha ha. Satu, polis tiga paku. Dua, polis calit kat lengan. Ketua kumpulan pergi berbincang dengan polis tiga paku. Polis tiga paku tunjuk-tunjuk kat trak polis tiga tan. Satu polis calit kat lengan catit teks yang terdapat pada poster. Satu lagi polis calit kat lengan suruh kami bersurai.

Kami laung, tak mahu! tak mahu!

Pak Soma tanya, mana awak orang punya first aid kit?

Ada satu mamat pura-pura jatuh pengsan. Ada satu mamat lain cepat-cepat terkam dan beri CPR: mouth to mouth.

Ada minah jerit, eeeeeeeiuuuuuuuu!

Aku kata, wo ho!

16 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Piket dengan tunjuk perasaan sama ke?

Aku kalau nak bagi mouth ke mouth tengok orang dulu. He he he!

Julai 23, 2007 1:29 PTG

 
Blogger Anonymous said...

apa cerita ni bang?...

tak masuk paper pun.

Julai 23, 2007 3:17 PTG

 
Blogger June said...

Apa? GAY pun join piket ke?



Eeuuuuuuuuuuiii.

Julai 23, 2007 5:14 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Hang patut bunyi,

Uwop! Uwop! Uwop!

Julai 23, 2007 5:56 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

ko tak pikat minah tu?

Julai 23, 2007 8:34 PTG

 
Blogger Sayuti said...

undang2 buruh menyatakan bahawa pekerja perlu memberi notis kepada majikan sebelum berpiket. ni, bagi notis ke tak ni?

Julai 23, 2007 10:59 PTG

 
Blogger zizie ali said...

ikut sama berpiket biasanya sb. mereka pelakon berbakat. yg selalunya timbulkan provokasi berlebihan.

Julai 24, 2007 6:35 PG

 
Blogger Amyz! said...

uwoop! uwoop!
hahaha.

Julai 24, 2007 8:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Piket dengan tunjuk perasaan tak serupa kot. Entah! Mari kita tanya MatJan atau Po.

Po,
Paper mana nak cover cerita2 macam ni, bang.

Teh,
GAY pun manusia juga. Ha ha.

Khal,
Ha ha. Uwop uwooop! Wo ho!

Chik,
Tak. Ha ha.

Sayut,
Ya, Kesatuan kena bagi notis kepada Majikan sebelum berpiket. Kena maklumkan kepada balai polis yang berhampiran juga tau.

Zz,
Ada do and don't semasa berpiket. Dan tidak semesti kau bukan ahli Kesatuan - kau tak boleh turut serta dalam berpiket. Info ni aku baru je tahu. Wo ho!

One more thhing, provokasi tidak dibenarkan sebenarnya dalam berpiket. Yang suka provok tu bukan Kesatuan tetapi parti politik tak weh! Ha ha.

Amyz,
Hello ungkaaaaaa!!! Ha ha.

Julai 24, 2007 8:39 PG

 
Blogger Ron97 said...

pengsan pun CPR juga ke?
aiyak!

Julai 24, 2007 9:34 PG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

eeeiuuu..

Julai 24, 2007 9:47 PG

 
Blogger Samurai said...

Terpengaruh dgn filem barat. Baru pengsan sikit dah bagi CPR.

Julai 24, 2007 10:36 PG

 
Blogger Papa said...

aku rasa itu mungkin mr cuepacs yang suka lelaki lembut yang tak boleh jadi cikgu

Julai 24, 2007 11:17 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

bilanak update weh? kang piket kang! ha ha ha

Julai 25, 2007 7:59 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ron,
Berlakon. Kami cuma berlakon. Haiya!

Ceri,
He he.

Samurai,
Ha ha.

Gelem,
Aku bernaung di bawah MTUC. CUEPECS untuk kakitangan awam: Tok Rimau misalnya.

Binjai,
HA HA!

Julai 25, 2007 8:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

uhuk!

Julai 25, 2007 10:57 PG

 

Catat Ulasan

<< Home