"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Julai 2007

Merrie Melodies: 1974

Jam sudah pukul tiga petang. Aku nak buka tivi. Mau tengok Merrie Melodies. Mak aku kata, "belum start lagilah!"

Tapi aku degil. Aku nak buka juga. Aku tak kira. Aku nak juga. Mak aku kata, "jangan monyet, jangan!"

Aku buka tivi. Keluar paparan grafik hitam putih bentuk macam lubang tengah gitar. Dan. Ada suara mamat Cuba, mana datang entah, nyanyi lagu Guantanamera. Aku fikir, "ok juga ek lagu mamat ni!"

Lepas tu lagu Negaraku. Aku semakin bersemangat... (Tapi aku tak berdiri tengak pun). Tivi dah nak start. Pergh!

Lepas lagu Negaraku, ada cerita orang ramai-ramai duduk atas kerusi dalam dua barisan mengadap satu mamat dok pusing satu raga yang di dalamnya ada banyak bola warna hitam. Ada satu bola sudah terkeluar dari burit raga tu. Ada satu mamat bangun dari kerusi dan ambil bola tu. Mamat satu tu pulas bola satu tu macam putar skru. Bola satu tu terbelah dua. Dalam bola tu ada satu nombor warna putih. Mamat satu tu tunjuk kat penonton dan kata, "twenty four!"

Aku dengar Benggali (di) sebelah rumah tendang dinding. Mata aku semakin layu, layu, dan layu.

Sedar-sedar Merrie Melodies dah habis. "That's all folks!"

Damn!

NOTAKAKIBANGKU: Dulu-dulu, kalau kau menyampah tengok tivi 1 - kau kalih tivi 2. Kalau kau menyampah tengok tivi 2 - kau kalih tivi 1. Itu saja yang ada. He he.

18 Comments:

Blogger Pa'chik said...

kalau menyampah dua-dua.. keluar gi main guli...

Julai 13, 2007 4:39 PTG

 
Blogger rasso said...

dulu...
tv1 dan tv2 di tempat ako tak terang...
RTB jer yang oke...
dulu...

Julai 13, 2007 8:36 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

aaa..
errr..
itu judi ke?
hahaha aku xtau apa nama program tu, mungkin aku belum lahir barangkali..

Julai 14, 2007 11:53 PG

 
Blogger Kemat said...

dulu..rumah dah ader tv kira rumah orng kaya...ruamh org2 besar cam rumah ketua kampung..malam minggu kumpul ramai2 kt umah tok ketua tengok orang nyanyi2 kat tivi

Julai 14, 2007 3:12 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Rancangan apa tu? Maklumlah aku di alam ghaib lagi masa itu kot. ha ha!

Aku dulu-dulu 80an, kalau RTM1, RTM2 entah apa-apa ceritanya, aku tukar SBC masa itu.

Julai 14, 2007 3:42 PTG

 
Blogger Sastri said...

merry melodies ni kartun kan? sas pun sukaaaaaaaa...

Julai 14, 2007 4:47 PTG

 
Blogger Ku Keng said...

dan cerita Shintaro jugak best.

Julai 14, 2007 10:40 PTG

 
Blogger Papa said...

pakcik yang dok pusing raga tu.. aku rasa nama dia taufik...

Julai 14, 2007 11:25 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

sekarang banyak channel. sampai tak terkalih. sampai aku jadi malas nak tengok tv. malas nak tekan butang remote astro yang selalu rosak itu! ha ha ha

Julai 14, 2007 11:37 PTG

 
Blogger Anonymous said...

apahal kau mencarut tu?

Julai 15, 2007 8:41 PG

 
Blogger zizie ali said...

1974: raksaksa dah mula mengamuk di tokyo. mujur ada ultramen. rasanya masa tu giant robot dah pencen.

Julai 15, 2007 11:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Main masak-masak ler best! Ha ha.

Ras,
Sebab RTB lagi dekat dengan rumah kau?

Embun,
Bukan program judi. Tapi, program 'Kebajikan Masyarakat'. Ha ha.

Kemat,
He he.

Purp,
Rumah kami di Gemas pasang arial tinggi sebab nak tengok SBC. Ha ha.

Sas,
Aku pun suka kau. Ha ha.

Keng,
Maklong Lijah pernah beritahu, masa kecil2 aku tidur macam kartun Jagento. Kartun jenis apa tu, bang?

Gelem,
Aku syak pun orang tua tu. Ha ha.

Jai,
Ha ha.

Po,
Ha ha. Aku dah sign buku yang kau beli tu. Bila nak mai KL?

Zz,
Giant Robot - kepalanya pakai tutup kepala orang Badui dan di dadanya ada huruf V. Ha ha.

Julai 15, 2007 1:48 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

dan bila TV3 tiba di Sabah, rasa macam satu rahmat. hahaha

Julai 15, 2007 3:57 PTG

 
Blogger spyz said...

mujurlah aku org selatan. dpt jugak tgk chanel negara sebelah.

marilah kita bersatu,
dengan semangat yg baru
majulah s'pura
majulah s'puraaaaa...

p/s kartun jgn monyet tu sapa yg lukis eh??

Julai 16, 2007 6:51 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

aku teringat kisah masa aku tingkatan 5 (1993). seorang kawan aku kantoi ponteng oleh guru kanan (Hal Ehwal Murid).

Esoknya di kelas kawan aku ni di arahkan ke depan, "Apa kamu buat semalam?" tanya cikgu tu.

"Saya tengok tv cikgu".

"Ada siaran ka?" (Masa tu siaran TV start petang).

"Saya tengok TV pendidikan cikgu."

Hahahaha

Julai 16, 2007 9:01 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ha ha.....

Tua dah hang. Zaman aku budak-budak dah tak boleh semua tu.

Yang ada cuma Fall Guy dengan Six Melen Dola Men.

Julai 16, 2007 5:21 PTG

 
Blogger Razif AR Al-Marbawi said...

1974

saya sendiri belum lahir.
lahir lahir sahaja sudah menatap 3 jenis tivi. tivi kerajaan dan satu tivi swasta..

selalu tengok tivi swasta daripada kerajaan...

Julai 18, 2007 12:50 PG

 
Blogger Unknown said...

1974? agak agak bulan brapa tu naga? kalau bulan lapan wa baruuuuuuuuu lahir he he

Julai 20, 2007 12:30 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home