Temuduga
DBP alami zaman kejatuhan – KSN
Utusan Malaysia, 22 Jun 2007
Dulu.
Aku. Beli seluar slack. Cap John Gray. Warna kelabu gelap. Aku. Beli kemeja. Cap Peppers. Warna kelabu kotak-kotak putih. Aku. Memang dah ada kasut. Cap Clark Siam. Warna kelabu tahi anjing. Aku. Tak ada tali pinggang. Jadi, si Saiful beri pinjam kejap. Ha ha.
Aku. Pergi DBP. Ambil ujian. Bertulis dan amali. Kemudian.
“Lepas waktu makan tengah hari, tengok senarai nama kat pintu dewan… kalau ada nama – maknanya kamu luluslah tu. Minggu depan datang interview!” Kata kakak kerani tu.
Aku. Tak makan tengah hari. Sebab duit cuma cukup-cukup. Untuk tambang pergi balik. Naik bas nombor 13. Aku. Togok air paip sajalah. Ha ha. Tepat jam dua. Aku jengok senarai nama calon-calon yang lulus. Nama aku ada.
KOMA
Aku. Pakai seluar slack. Cap John Gray. Warna kelabu gelap. Aku. Pakai kemeja. Cap Peppers. Warna kelabu kotak-kotak putih. Aku. Memang dah ada kasut. Cap Clark Siam. Warna kelabu tahi anjing. Aku. Tak ada tali pinggang. Kali ini, si Saiful tak bagi pinjam dah. Ha ha.
Aku. Pergi DBP. Temuduga. Kemudian.
“Kamu boleh main bola sepak?” Tanya Encik Rahim Rahman. Ketua Bahagian Reka Bentuk.
“Tak boleh, tuan. Saya kaki bangku!” Jawab aku.
“HA HA!” Semua penemuduga ketawa.
“Kamu boleh baca doa sembahyang subuh?” Tanya siapa entah. Dah tak ingat. Mungkin Tuan Haji Shaari Abdullah.
“Boleh, tuan! Aaa… Nawaitu shauma godhin…” Jawab aku.
“HA HA!” Semua penemuduga ketawa.
Dulu. Kalau mereka memang nakkan kau – mereka akan tanya soalan yang simple-simple sahaja. Salah jawapan pun tak apa. Janji apabila baca niat ada bunyi macam ustaz Ismail Kamus. Ha ha.
“Ok! Esok kamu pergi buat x-ray dan periksa kesihatan di klinik Salmah dekat Ampang Park. Lepas tu pergi angkat sumpah di mahkamah!” Beritahu Encik Halim Daud. Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
HAHHH! Kena pergi MAHKAMAHHHH?? *gulp!*
Dulu.
33 Comments:
Kena angkat sumpah ke?
Jun 27, 2007 10:07 PG
hahahahha..nostalgia tuh....bas 13, driver cina yg macam nak tido kan..gemuk2 tu....hihiihihhi
Jun 27, 2007 11:05 PG
Angkat sumpah untuk apa ek En Naga? Payah tu kerja DBP kena angkat2 sumpah...
Jun 27, 2007 11:27 PG
Salam.
Aku ingat jaman dulu kat dbp...tak salah lewat 60'an di mana aku, adik dan kakak bersama anak-anak orang dbp nyanyi (choir) kat dewan lama tu...sorrylah aku tak ingat aku pakai seluar cap apa...
Oit bang naga, apa no hp abang? ni prata dabel dah sejuk ni...
Jun 27, 2007 11:50 PG
..angkat sumpah di Mahkamah.
Satu terminologi yang sebenarnya betul.
Bukan kau kena angkat tangan kanan dan berkata..
"segala apa yanag akan saya katakan di dalam Mahkamah ini adalah benar, tidak ada apa yang tidak benar melainkan benar belaka.."
Bukan..
Terminologi itu berasal dari perlakuan.Lepas kau tandatangan,pesuruhjaya sumpah akan 'angkat' cop dia dan DAM! cop atas dokumen kau.
Timbullah terma angkat sumpah.
he he he
Jun 27, 2007 12:07 PTG
angkat sumpah?
wooohooo!
kerja kat krusty krab kena angkat sumpah tak?
Jun 27, 2007 12:33 PTG
memang kena la semua penjawat awam.Ish!
Jun 27, 2007 12:38 PTG
kat Dawama tak kena angkat sumpah ker?...
Jun 27, 2007 12:49 PTG
temuduga untuk apa ni? sekuriti?
Jun 27, 2007 1:03 PTG
aku harap bila aku di-interview nnt aku akan dpt soalan yg sama.. hehe..
Jun 27, 2007 3:34 PTG
memula angkat sumpah.. kendian, bila dah lama... sumpah majikan pulak.. hehe...
Jun 27, 2007 3:56 PTG
HA HA.
Sekarang kalau penemuduga tak mahu ambil kamu kerja [baca: malas nak tanya banyak2], dia akan bagi soalan yang cincai-cincai saja. [selalunya itu kalau ramai sangat calon].
HAMPEH!
Jun 27, 2007 5:27 PTG
banyak cabaran aku nak masuk ke site ko nih.
1st attempt- aku eja blog kau sibagabaga.
2nd attempt- aku eja blog kau sinaganana.
ish ish..
Jun 27, 2007 6:27 PTG
kalau dah rezeki di situ, pasti akan dapat keje kat situ... inilah yg sas ckp pada diri sendiri bila duduk menjawab soalan2 temuduga yang ntah apa-apa jawapan yg sas beri... :D
Jun 27, 2007 7:36 PTG
Embun,
Kenalah!
Ayin,
Ha ha. Bas 13 tu 1 jam satu gi Kem Sg. Besi.
Gal,
Entahlah angkat sumpah sebab apa. Lupa dah...
Helmy,
Lewat 60-an aku masih bayi lagi, bang! :)
Po,
Tapi... aku angkat sumaph kat luar mahkamah. Sah ke?
Yob,
Tak payah kot, entah! Ha ha.
Ahmad,
He he.
Adi,
Dawama? Syarikat apa tu?
Nizam,
Temuduga pejawat awam. :)
Kelam,
:)
Chik,
HA HA!
Nura,
Contoh soalannya: "Selepas you ni - ramai lagi ke calon lain kat luar sana?"
Ha ha.
Salina,
Ha ha. Orang yang jarang2 masuk ke blog aku memang harus melalui halangan begitu. :)
Sas,
Oh, iye ke?
Jun 27, 2007 11:07 PTG
Dulu ditemuduga, sekarang menemuduga... alahai.
Jun 28, 2007 8:22 PG
uhuk3
kelakar lah..
ketawa tul pagi ni...hilng tensen..
salam perpaduan
angkat sumpah..jadi majistret tuhh........
Jun 28, 2007 8:32 PG
Hahahaha.
Wooo.. dengar kena masuk court, macam ada buat salah besar je. hahaha.
Jun 28, 2007 9:17 PG
Helmy,
Oit2 bang! Mana boleh reveal no telefon kat sini. Ha ha. (Nota: Pada poster MASKARA ada nombor telefon Pengurus Projek. Mungkin dude tu boleh berikan nombor telefon ketua Turus. Bukan gua takmoh bagi - serik ler kes stalker dulu-dulu tu).
Pssst! Kat blog MatJan, ada awek 14 tahun, letak nombor telefon, suruh kita hubungi dia. FuyooOOOoooooo!
Dug,
Ha ha.
Mar,
Ha ha.
Jun 28, 2007 9:21 PG
sbb DBP cuma mau pekerja yg setia...kalau x lu org akn dilanggar sumpah! ha ha
Jun 28, 2007 9:24 PG
Amyz,
Ha ha. Wo wo! Uwooop uwoooopppp!
Amora,
Rukun Negara pun kita langgar - inikan pula Sumpah Setia. Hah!
Jun 28, 2007 9:38 PG
Abang Naga sekarang ni masih kaki bangku ke? Ataupun dah terrar macam Ronaldo? HAHAHA
Jun 28, 2007 10:59 PG
Salam.
Wahai abang naga. email la kat hamba.
Eh aku kira antara jaman saiz 26 dengan 36, masa ko 36 ni lagik banyak peminat eh?
hahahahhaa
Jun 28, 2007 11:29 PG
Cat,
Satu hapah sukan pun aku tak reti main. Sokan Mencari Harta Karun GengJurnal hari tu pun team kami dapat nomer second kecorot! HA HA!
Helmy,
Bukan aku sorong saja, bang! Kesemua anggota Sindiket Sol-Jah memang menjadi kegilaan wanita. Tok Rimau menduduki carta nomer 1, misalnya. Ha ha.
Jun 28, 2007 1:37 PTG
bro,
kenapa timbul perkara 'kalau dia nak beri, dia akan tanya soalan yang mudah2?'. inilah juga angkara 'kabel'. kalau ada kabel, mereka akan beri. dan mereka akan tanya soalan yang mudah2.
tidakkah sepatutnya semua yang pergi mengadap untuk temduga akan di tanya soalan yang hampir serupa, supaya semuanya adil mendapat penilaian yang serupa?
'kabel' adalah barah yang meresap dalam seluruh masyarakat kita.
Jun 28, 2007 5:20 PTG
Depa tanya doa semayang Suboh tu nak pastikan hang ni orang yang boleh mangkit Suboh la tu.
Jun 28, 2007 5:41 PTG
kelakar. tapi rasa sangat menyentuh hati.
Jun 28, 2007 9:25 PTG
Denai,
Temuduga lesen memandu berkomputer pun - soalannya random. :)
Orang yang ada sijil four flat pun - belum tentu boleh buat kerja. :) Sepatutnya tak begitukan, kan, kan?
Khal,
Dulu-dulu, kalau sembahyang Jumaat, KP DBP kat saf depan. Dulu-dulu laaa... (Sorrykan gua, datukkkk!) Ha ha.
Mulan,
Hati kau seorang sahaja yang tersentuh.... Harap2 entri ni akan menang anugerah entri menyentuh hati. :)
Jun 28, 2007 10:01 PTG
Salam Bang.
Esok (Jumaat) saya ada kat Tupai2 sekita 2.45. Jomlah...
Jun 28, 2007 10:57 PTG
la lame ke kene angkat sumpah?
Jun 29, 2007 4:44 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jun 29, 2007 9:04 PG
Zaman aku ditemuduga, soalan wajib ialah :
"please tell us about yourself in English"
Dan untuk jawatan yang aku sandang, temuduga sekadar cukupkan syarat je, sapa yang hadir semua akan dapat
Jun 29, 2007 9:08 PG
Helmy,
Aramakkkkkkk! Aku ada meeting jam 2:30 ptg ni. Hish!
The,
Kejap je.
Lebah,
Ha ha.
Jun 29, 2007 9:13 PG
Catat Ulasan
<< Home