"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Julai 2007

MASKARA 1.75

tutitutinuninuni

Kalau. Pada malam tu. Ada sup panas-panas. Pun bagus juga. Kata Anjang. Sambil tuning gitarnya.

tutitutinuninuni

Mana nak cari? Kalau. Setakat air panas. Bolehlah kami sediakan. Kata aku. Sambil celup-celup teh uncang. Ke dalam kole.

tutitutinuninuni

Hah! Apa kata... Kita sediakan air panas. Dan sup punjut. Biar tetamu yang datang. Celup-celup sendiri. Bikin sup panas-panas DIY. Kata Anjang. Sambil tuning gitarnya.

tutitutinuninuni

Ha ha! Menarik juga. Cadangan tu.

tutitutinuninuni i i i ...

25 Comments:

Blogger June said...

so, aku kena bawa garam sendiri la ni.

Julai 04, 2007 11:31 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

sup bonjot lahh.. bukan punjut.. jgn rendam bontot sudahlah hahaha

Julai 04, 2007 12:18 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Kalau sudi nak bawa sendiri garam tu - setidak-tidaknya dapat meminimakan kos penganjuran. Tutitutinuninuni...

Ram,
Aku cari juga perkataan 'bonjot' dalam kamus. Takde!
Tutitutinuninuni...

Julai 04, 2007 1:40 PTG

 
Blogger yani rahman said...

bukan ejaannya bunjut ke? :-?

Julai 04, 2007 2:15 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

ejaan kamus dewan:

PUNJUT

naga betul

Julai 04, 2007 2:20 PTG

 
Blogger Unknown said...

sup punjut? maskara? apa relevenye..? eh jom pi pelita..

Julai 04, 2007 3:12 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Request Encik Anjang main Black Magic Woman tiuuewww tiewuuuuuu tiewuuuwwww

hehehe

Julai 04, 2007 4:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelopak,
Bukan. :)

Mat Jan,
Ho ho yeah!!!!
Aku betul. Lan Rambai salah.

Amora,
PELITA bising sangatlah. FATIMAH le weh!!!!

Dug,
Oit2! Gemala Kasturi (1 serunai + 2 gendang + 1 gong) akan main metal weh! Lagu dari Morbit Angel, ape ke barang nama band tu. Entah macamana le bunyinya nanti. Rugi wo kalau kau tak datang. Wo wo! :)

Julai 04, 2007 4:33 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

aku buat dah ni, tak sedap.. jgn lah kau cuba....!!!

Julai 04, 2007 5:55 PTG

 
Blogger tapai said...

Cadangan lain, sediakan air panas dan oats. Soup Campbell mahal sangat!

Sup punjut remeh sangat! Lagipun mana ada orang celup-celup DIY bikin sup punjut!! Ha ha! Aparaaa!!

Julai 04, 2007 7:16 PTG

 
Blogger Rie said...

aku bawak daun sup.... brapa kilo mau?

Julai 04, 2007 7:17 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha

Julai 04, 2007 11:39 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

beli serbuk sup megi tu je la... nak jenis apa...

Julai 05, 2007 12:54 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Sup tulang takde?

Hehehe :)

Julai 05, 2007 4:18 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ontah,
Muerekekekekekekeeee...

Tapai,
Sindiket Sol-Jah mana ada uang berjuta untuk taja Kuaker Oats atau sup Campell. He he.
Jadi, doakan agar PTS beli Sindiket Sol-Jah - duit jual-beli tu nanti kami boleh beli makanan macam-macam untuk kawan-kawan yang kita suka ya. :)

Esis,
Bawak bawang goreng sekali! Bawak tulang kambing pun menarik gak weh!

Jai,
Ha ha.

Chik,
Serbuk belacan tu ke?

Tanah,
Sup tulang? Ok, aku reneh kau ngan Teh Tifani jer - serup je macam tulang. KAH KAH KAH! Ok, kalau nak ada daging sikit - aku reneh AreYoung.

Tapi, kalau nak puas makan - kita reneh BUKUNOTA ngan El-Maniq ngan ND (ND, bila nak bagi gambar-gambar yang kau snap tu?)

Julai 05, 2007 8:40 PG

 
Blogger Amyz! said...

aku bawa maggie cup sajalah! kau sediakan air panas kan?

slurpp...
slurpp...
slurpp...

aaaa.. sori. sori.. sila. sila baca naskah. jgn la pandang saya makan maggie cup ni.

Julai 05, 2007 8:44 PG

 
Blogger Sastri said...

untuk menambah rasa, kena bawa daging atau ayam sendiri ni... :D

Julai 05, 2007 9:14 PG

 
Blogger ZulDeanz said...

Anjang?... gitaris yang gambarnya keluat kat suratkhabar hari ni tu ye?...

Julai 05, 2007 12:44 PTG

 
Blogger Abu Irfan said...

cakap banyak tak guna.

datang maskara dua, tujuh haribulan tujuh. rumah pena. tak tahu jalan kalu, naik bumbung menara dbp. kemudian, terjun ke bumi.

nanti aku sambut.
(dan papah tubuh kau yang entahkan berat, entahkan ringan itu, terus, ke depan pentas maskara).

Julai 05, 2007 1:11 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tak elok makan yang punjut-punjut ni. Banyak pakai perasa dan pengawet, nanti cepat gugur rambut woo. Ha ha!

Julai 05, 2007 1:52 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

suruh tetiap orang bawak serbuk sup cendawan megi tuh.. haha.. pastu renihkan je la...
tak pun, pi cilok kat pizahat... amek ngan periuk dia sekali...

Julai 05, 2007 2:49 PTG

 
Blogger Unknown said...

sup pun ok juga. sebab mee tempohari boleh menyebabkan engkau tercekik jika makan dengan rakus.

Julai 05, 2007 3:16 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

bro naga, maskara tuh hape?

Julai 05, 2007 6:12 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Cis! Cis!! Cis!!!

Julai 06, 2007 3:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Bawa kuaci cap helang juga ya. Ha ha.

Sas,
Ya ya, sila sila.

Zuldin,
Ya ya.

Amir,
Cakap banyak tak guna - certot dua tiga line pun kau tak nak tulis. :(

Purp,
Aku belajar satu - pasti Tok Rimau suka makan punjut-punjut ni. Ha ha.

Chik,
Sup pizzahut mahal. Sol-jah tak mampu.

GitarTong,
Ha ha. Kau tercekik makan mi ke hari tu?

Art,
Rujuk akhbar Utusan Malaysia 5 Julai. :)

Tanah,
Kau kau balik bercuti - ambil bahagian ek!

Julai 06, 2007 11:53 PG

 

Catat Ulasan

<< Home